(Gambar) Neelofa pakai kebaya dan skirt pendek ketika hadiri The Blue Kebaya Showcase

Neelofa memang boleh dikatakan antara artis tercantik di Malaysia kerana memiliki paras muka dan bentuk badan yang menawan, dan mempunyai ramai peminat terutamanya lelaki. Ini dibuktikan dengan Engine Carian Google mencatatkan 1,600 results untuk setiap hari. Apapun jenis pakaian yang dikenakannya, Neelofa tetap kelihatan cantik dan menawan. Baru-baru ini, beliau telah menghadiri satu sesi pertunjukan fesyen kebaya dengan Neelofa memakai baju kebaya dan skirt pendek. Berikut adalah beberapa gambar beliau ketika berpakaian baju kebaya berpadankan skirt pendek hasil rekaan Ezuwan Ismail.






Awas peminta sedekah sudah kembali aktif di Kepala Batas, Kedah

Satu artikel menarik untuk dikongsi bersama hari ini adalah berkenaan dengan kegiataan meminta sedekah yang sudah kembali aktif di daerah Kepala Batas, Kedah. Menurut akhbar sinar harian, peminta sedekah dipercayai lebih berani dan melakukannya di tempat yang terbuka. Memang aktiviti ini merupakan salah satu cara untuk mengaut keuntungan kerana ianya mengeksploitasi kanak-kanak dan orang tua dengan menjadikan mereka sebagai peminta sedekah.


Apa yang lebih teruk lagi tentang kegiatan ini ialah tabung peminta sedekah didapati dibalut dengan gambar-gambar masjid yang kononnya terbengkalai dan memerlukan dana untuk disiapkan. Manakala orang tua yang menjadi peminta sedekah sedang memakai topi kopiah putih (dalam gambar di atas). Kegiatan meminta sedekah ini sangat berbeza dengan kegiatan meminta sedekah di China.

Aku ada menulis satu artikel lepas yang bertajuk : lelaki 41 tahun mengemis untuk didermakan kepada orang yang lebih memerlukan, yang mengisahkan tentang seorang lelaki cina sanggup menjadi pengemis kerana ingin membantu orang yang lebih memerlukan. Amat berbeza sekali dan memalukan bagi kita memandangkan negara Malaysia terkenal dengan sikap sopan-santun, peramah dan saling bantu-membantu.

Teknik memasang widget related posts di blogspot

Jumlah pageview sesebuah blog merupakan elemen utama yang mempengaruhi kenaikan Rank Alexa dan juga PageRank (PR) blog tersebut. Pageview berbeza dengan unique visitor (UV) kerana ianya berkaitan dengan berapa kali pelawat membuka halaman sesuatu entri dalam blog yang dilawati. Biasanya, pageview akan lebih tinggi daripada unique visitor, iaitu lebih kurang 2 atau 3 kali ganda dari UV.

Aku tertarik dengan seorang blogger perempuan yang mempunyai pageview 5.3 kali ganda purata UVnya setiap hari. Hairan juga macam mana blogger hebat itu memang menjana jumlah pageview yang sangat tinggi. Di sini, saya ingin berkongsi dengan korang tentang salah satu teknik penting untuk meningkatkan pageview sesebuah blog iaitu dengan memasang widget related post pada setiap entri. Paparan gambar di bawah ini ialah widget related posts yang berjaya dipasang menggunakan teknik yang aku akan kongsikan nanti.


Teknik ini memang berkesan dan banyak membantu mempromosikan entri-entri yang lepas. Berikut ialah langkah-langkah untuk memasang widget related post dalam blogspot :
  • Login ke blogger dengan ID Anda
  • Klik Template >> Edit HTML >> Proceed 
  • Jangan lupa beri tanda mark ✔ pada kotak Expand Template Widget 
  • Cari kod </head> dengan bantuan key CTR + F  
  • Copy kod di bawah dan paste di atas </head>
<style>
#related-posts { float : left; width : 540px; margin-top:20px; margin-left : 5px; margin-bottom:20px; font : 11px Verdana; margin-bottom:10px; }
#related-posts .widget { list-style-type : none; margin : 5px 0 5px 0; padding : 0; }
#related-posts .widget h2,
#related-posts h2 { font-size : 20px; font-weight : normal; margin : 5px 7px 0; padding : 0 0 5px; } #related-posts a { text-decoration : none; } #related-posts a:hover { text-decoration : none; } #related-posts ul { border : medium none; margin : 10px; padding : 0; }
#related-posts ul li { display : block; background : url("https://sites.google.com/site/multipaste1/rss.png") no-repeat 0 0; margin : 0; padding-top : 0; padding-right : 0; padding-bottom : 1px; padding-left : 21px; margin-bottom : 5px; line-height : 2em; border-bottom:1px dotted #cccccc; }
</style>

<script src='https://sites.google.com/site/multipaste1/Related_posts.js?attredirects=0=1' type='text/javascript'/> 
  • Seterusnya, cari kod <data:post.body/> atau <div class='post-body'> (jika kod <data:post.body/> tidak dijumpai) 
  • Copy kod di bawah dan paste di bawah  <data:post.body/> atau <div class='post-body'>
<b:if cond='data:blog.pageType == "item"'>
 <div id="related-posts"><font face='Arial' size='3'><b>Artikel Terkait :</b></font><font color='#FFFFFF'><b:loop values='data:post.labels' var='label'><b:if cond='data:label.isLast != &quot;true&quot;'>,</b:if><b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><script expr:src='&quot;/feeds/posts/default/-/&quot; + data:label.name + &quot;?alt=json-in-script&amp;callback=related_results_labels&amp;max-results=5&quot;' type='text/javascript'/>
</b:if></b:loop></font>
<script type='text/javascript'>removeRelatedDuplicates();printRelatedLabels(); </script>
</div>
</b:if>
  • Preview dan jika tiada errors, save template yang sudah diubahsuai
  • Selesai

Tengkorak kepala ratu cantik disimpan dalam perutnya

Inilah salah satu berita yang cukup menarik untuk dikongsi bersama iaitu berkaitan dengan pembedahan luar biasa yang dilakukan oleh bekas ratu cantik Idaho, Jamie Hilton. Ratu cantik ini difahamkan telah meminta doktor pakar tulang untuk memotong suku daripada tengkorak kepalanya untuk disimpan di dalam perut beliau, sementara menunggu kecederaan di kepalanya sembuh.

Teknologi dan kebijaksaan manusia di zaman ini terus meningkat. Benda yang dahulunya mustahil untuk dilakukan sudah ada penyelesaiannya sekarang. Perkembangan berterusan teknologi perubatan memang banyak membawa kebaikan kepada manusia. Bagaimanapun, sehebat-hebatnya manusia, Tuhan tetap yang paling bijaksana dan terhebat. Ikuti paparan berita menarik tentang pembedahan luar biasa Jamie, dipetik dari harian metro. 

BOISE (Idaho) - Bekas ratu cantik menjalani pembedahan luar biasa apabila suku daripada tengkoraknya dipotong dan disimpan dalam perut sementara menanti kecederaan parah di kepalanya sembuh. 


Pakar bedah menyimpan bahagian belakang tengkorak Jamie Hilton itu dalam perutnya bagi memastikan ia kekal bebas daripada pencemaran kuman dan mendapat khasiat sewajarnya ketika menunggu bengkak di otaknya surut. Apabila ibu kepada tiga anak itu sedar daripada pembedahan, dia mendapati ada benjolan besar dan keras di perutnya.

Pada masa sama, sebahagian daripada tengkoraknya ‘hilang.’ Menurut media, cebisan tengkorak itu disimpan di perut Jamie selama 42 hari sebelum Jamie sekali lagi dibedah untuk mencantumkan semula tulang berkenaan.

Semalam, Jamie, 36, dibenarkan pulang selepas bertarung dengan maut kira-kira tiga bulan lalu. Menulis di blog mengenai pengalaman itu, Jamie berkata, tiada yang lebih penting padanya daripada terselamat melalui detik kritikal sebelum ini.

“Saya boleh bermain dengan anak-anak, mencium suami, melepak dengan ibu dan hidup. “Hati saya bagaikan mahu meledak dengan kesyukuran.

“Adakah hidup saya segala-galanya sempurna? Tidak, tetapi hari ini saya masih hidup!” katanya. Memenangi gelaran Ratu Idaho pada 2009, Jamie menyertai suaminya, Nick, dan iparnya, Greg memancing ikan salmon di Hell’s Canyon, Jun lalu. Ketika Jamie cuba menarik tali pancingnya, dia tergelincir dan terjatuh kira-kira empat meter ke atas bongkah batu.

Apabila Nick tiba di situ, dia mendapati Jamie terkulai tanpa denyutan nadi atau bernafas. Namun, ketika Nick mengangkat Jamie, wanita itu kembali bernafas dan hasil bantuan Renjer Hutan dan perkhidmatan kecemasan, dia dikejarkan ke hospital di Boise menaiki helikopter. Pemeriksaan doktor mendapati otak Jamie membengkak dan perlu dibedah untuk menyelamatkan nyawanya.


Akhirnya - Bomoh penipu dipenjara 45 tahun

Akhirnya, seorang bomoh lelaki berusia 38 tahun yang melakukan penipuan telah dijatuhkan hukuman penjara selama 45 tahun. Moga-moga dengan hukuman ini, lelaki tersebut akan insaf dan menyesal dengan perbuatannya serta bertaubat. Ikuti paparan berita tentang lelaki ini yang dipetik dari kosmo.

JOHOR BAHRU – Seorang pengamal perubatan tradisional dijatuhi hukuman penjara 45 tahun dan 15 sebatan selepas mengaku bersalah terhadap 15 pertuduhan menipu di Mahkamah Majistret di sini semalam.


Majistret Mohd. Azlan Shah Mohd. Allias menjatuhkan hukuman itu selepas Omar Mohamad, 38, mengaku bersalah atas dakwaan penipuan kononnya boleh mengganda wang, mengelak wang daripada disedut makhluk halus dan membersih barang kemas daripada saka.

Omar didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan kerana melupuskan barang kemas bernilai RM20,000 dengan memajak harta tersebut untuk kegunaan sendiri. Sabit kesalahan, dia boleh dihukum penjara lima tahun, sebat dan denda.

Tertuduh turut didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan bagi 14 tuduhan lain kerana menipu boleh menggandakan wang, mengelak wang simpanan disedut mahkluk halus dan membersihkan wang daripada saka. Dia boleh dihukum penjara 10 tahun dan sebat jika sabit kesalahan.


Budget 2013 Malaysia


Berikut ialah ISI KANDUNGAN BUDGET 2013 Malaysia yang telah dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak pada petang 28 September 2012. Info ini dirujuk dari blogger miraakim

Fokus 1 : Mengarang Aktiviti Pelaburan

PELAKSANAAN 12 NKEA | BAJET 2013
1. Pelaksanaan projek permulaan (EPP) NKEA dengan peruntukan RM3 bilion:
   - Penanaman semula kelapa sawit berkualiti tinggi, pengeluaran produk herba bernilai tinggi
     serta pengeluaran padi berskala besar;
   - Pengindahan Sungai Klang (River of Life) ;
   - Penggantian Rangkaian Paip dan Baik pulih Pembetungan  

MENGGALAK PELABURAN DOMESTIK | BAJET 2013
2. Penyediaan Dana Strategik Pelaburan Domestik, RM1 bilion – MIDA
3. Insentif pengambilalihan syarikat asing dan kadar cukai khas kepada penyedia perkhidmatan
    tempatan.

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA | BAJET 2013
4. Pembangunan PKS -Skim Pembangunan PKS
    - RM1 Bilion (SME Bank)
    - Pelan Induk PKS (2012-­2020)
    - RM 30 juta bagi tahun 2013
    - Dana Industri Halal - RM200 juta bagi pembiayaan modal kerja PKS yang mengusahakan
      pengeluaran produk halal
5. Penjaja dan peniaga kecil
    - Skim perlindungan insurans berkelompok kepada penjaja dan peniaga kecil (perlindungan
      maksimum sehingga 5,000 ringgit)
    - Kemudahan pinjaman mudah kepada penjaja dan peniaga kecil (RM25,000 bagi licensee
      dan RM500,000 kepada licensor)

SEKTOR PELANCONGAN | BAJET 2013
6. Merancak Sektor Pelancongan
    - Program Tahun Melawat Malaysia 2013 / 2014 dengan sasaran 26.8 juta pelancong
    - Pengecualian cukai pendapatan selama 3 tahun bagi pengusaha pelancongan yang
       mengendalikan 750 pelancong asing atau 1,500 pelancong tempatan.

HAB DAGANGAN MINYAK DAN GAS | BAJET 2013
7. Insentif cukai bagi pelaburan dalam aktiviti penapisan produk petroleum:
    - Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 10 tahun - Pengecualian cukai
      peganga
    - Pengecualian duti setem
8. Projek pelaburan minyak dan gas:
    - Petronas Refinery and Petrochemical Integrated Development (Rapid)
    - Terminal minyak dan gas - Johor dan Sipitang, Sabah
    - Loji Regasifikasi di Melaka
9. Insentif cukai ke atas Program Global Incentive for Trading (GIFT) sebagai menjadikan
    Malaysia Hab dagangan komoditi antarabangsa:
    - Pengecualian cukai pendapatan 100% untuk tempoh 3 tahun pertama operasi syarikat
      dagangan LNG
    - Memperluas dagangan komoditi di bawah program GIFT seperti pertanian, bahan mentah
      bertapis, logam asas dan kimia.

PENEKANAN KEPADA SEKTOR PERTANIAN | BAJET 2013
10. Mencergas sektor pertanian & perladangan
     - Pembangunan program pertanian melalui aplikasi teknologi terkini - RM 30 juta
     - Meningkatkan pengeluaran produk makanan dan kesihatan - RM75 juta
     - Program penanaman semula pokok kelapa sawit - RM432 juta
     - Pembangunan bahan terbitan oleo bernilai tinggi - RM127 juta
     - Memperkasa Projek Azam Tani - RM 41 juta (manfaat hampir 6,700 peserta)
11. Menambah 4 kawasan jelapang padi baru – keluasan 19 ribu hektar
     - Kota Belud, Batang Lupar, Rompin & Pekan
     - Jangkaan menghasilkan 104 ribu tan metrik dan penyertaan 12,237 pesawah.

INSENTIF UNTUK NELAYAN | BAJET 2013
12. Elaun bantuan sara hidup RM 200 sebulan - manfaat 55 ribu nelayan
13. Insentif 10 hingga 20 sen sekilo bagi hasil tangkapan ikan
14. Skim perlindungan insurans nelayan - perlindungan hingga RM100,000

MENINGKAT AKTIVITI PERTANIAN | BAJET 2013
15. Penerusan subsidi dan insentif pertanian - RM2.4 bilion
      - Pemberian Subsidi Harga Padi - RM 480 juta
      - Pemberian Subsidi Baja Padi - RM465 juta
      - Insentif Peningkatan Hasil Padi - RM80 juta
      - Insentif Pengeluaran Padi - RM563 juta ringgit
      - Subsidi Harga Beras - RM528 juta
      - Subsidi Benih Padi Sah - RM85 juta
16. Skim Perlindungan Takaful Pertanian
      - Jumlah pampasan sehingga RM13,000
      - Manfaat kepada 172 ribu pesawah.

MENCERGASKAN PASARAN MODAL DAN KEWANGAN | BAJET 2013
17. Pasaran Modal
      - Menerajui terbitan sukuk - RM171 bilion @ 71% drpd jumlah terbitan sukuk global
      -Terbitan sukuk tunggal terbesar dunia dengan nilaian RM30.6 bil. - PLUS Berhad
      - Penubuhan Pusat Promosi Pasaran Modal di Suruhanjaya Sekuriti
      - Program Graduate Representative - melatih 1,000 graduan dalam pasaran modal
18. Tawaran Awam Awal (IPO)
      -Terbitan dua daripada tiga IPO terbesar di dunia - FELDA Global Ventures Holdings (RM9.9
        bilion) dan IHH Healthcare Berhad (RM6.3 bilion)
19. Pasaran Bon dan Sukuk
      - Rangka kerja terbitan bon dan sukuk runcit - Suruhanjaya Sekuriti
      - Pegangan bon dan sukuk runcit oleh individu
      - Potongan cukai dua kali bagi menerbitkan bon dan sukuk runcit
      - Pengecualian duti setem ke atas surat cara dalam urus niaga bon dan sukuk runcit
      - Potongan cukai dua kali bagi tempoh 4 tahun bagi terbitan AgroSukuk.

MENGGALAKKAN AMANAH PERNIAGAAN | BAJET 2013
20. Pengendalian perniagaan melalui Amanah Perniagaan
      - Layanan cukai sama seperti syarikat
      - Pengecualian duti setem dan cukai keuntungan harta tanah
21. Tambahan peruntukan modal Danajamin ­‐ RM400 juta ; 2 tahun
      - Merancak penerbitan bon dan sukuk oleh syarikat
22. Penubuhan Yayasan Pasaran Modal - RM 100 juta
      - Pembangunan modal insan bagi industri sekuriti
23. Tun Razak Exchange (TRX)
      - TRX dijangka menarik 250 syarikat perkhidmatan kewangan antarabangsa dan
         menawakan 40 ribu peluang pekerjaan
      - Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 10 tahun kepada syarikat berstatus Tun
        Razak Exchange (TRX)
      - Pengecualian duti setem berstatus TRX Marquee
      - Pengecualian cukai bagi pemaju hartanah
24. Pembangunan Wakaf Korporat
      - Merangka Pelan Induk Wakaf Korporat - JAWHAR bekerjasama dengan Majlis Agama
        Islam Negeri.

PEMBANGUNAN USAHAWAN BUMIPUTERA | BAJET 2013
25. Projek MRT ­‐ sebanyak RM9 bilion atau 43% daripada nilai kos infrastruktur projek MRT
      diperuntukkan kepada syarikat Bumiputera
26. Penyediaan Dana Pembiayaan Bumiputera, SME Bank - RM 1 bilion
27. Galakan insentif bagi syarikat Bumiputera di bawah Skim Jaminan Modal Kerja (SJMK)
     - Melanjutkan tempoh kemudahan Skim sehingga 31 Disember 2013
     - Memperluas kepada syarikat Bumiputera Berprestasi Tinggi (TERAS)
     - Meningkatkan kelayakan pemegang syarikat sehingga RM20 juta
28. Pembiayaan TEKUN bagi usahawan kecil & sederhana
     - Peruntukan 2013: RM350 juta, termasuk RM50 juta bagi Skim Usahawan Masyarakat India.

Fokus 2: Memperkasa Pendidikan & Latihan 

MEMPERKASA PENDIDIKAN DAN LATIHAN | BAJET 2013
29. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, 2013 ‐ 2025
     - Peruntukan sektor pendidikan ­- RM38.7 bilion @ 15% dari keseluruhan peruntukan
     - Peningkatan kemahiran guru (subjek: Bahasa Kebangsaan, BI, Matematik & Sains)
     - Mewujudkan Unit Pelaksanaan Pendidikan (EDU)
30. Pembangunan Sektor Pendidikan
     - Tabung Khas Pembinaan, Penambahbaikan & Penyelenggaraan sekolah (RM1 Bilion)
31. Memperkukuh Peranan Taska Dan Prasekolah
    - Pendidikan prasekolah di bawah KEMAS, KPM, PERMATA & JPNIN - RM1.2 bilion
    - Geran pelancaran (RM10,000) kepada penyedia Pusat Pendidikan Awal Kanak‐kanak
       swasta
    - Potongan cukai dua kali ke atas majikan yang menyediakan elaun atau subsidi kepada
      pekerja dan perbelanjaan penyelenggaraan kemudahan Taska dan pusat jagaan
      kanak‐kanak
    - Pengecualian cukai pendapatan bagi tempoh 5 tahun dan elaun bangunan industri pada
      kadar 10% setahun diberi kepada pengusaha Taska, pusat jagaan kanak‐kanak dan
      prasekolah swasta.
32. Projek perintis bagi melaksanakan TASKA OKU – 6 kategori OKU.

LATIHAN & KEMAHIRAN | BAJET 2013
33. Peruntukan dalam latihan teknikal dan vokasional - RM3.7 bilion
      - Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran - RM440 juta
      - Peralatan ILP & IKBN - RM366 juta
      - Program latihan berstrategik tinggi - melatih 5,000 orang
      - Program RAPID di Pengerang - melatih 300 belia dalam bidang minyak dan gas
      - Program latihan kemahiran dibawah ILP & skim SLDN - melatih 3,200 pelajar India
34. Penubuhan Graduate Employability Taskforce (GET) - memperkukuh kebolehpasaran
      graduan & bidang kerjaya
35. Skim Latihan 1M’sia - potongan cukai 2 kali ke atas perbelanjaan syarikat
36. Pemeriksaan percuma sebanyak 2 kali kepada 1.4 juta ahli PERKESO

Fokus 3: Membudaya Inovasi, Meningkat Produktiviti

MEMPERGIAT PERUSAHAAN KECIL DAN SEDERHANA | BAJET 2013
37. Pembangunan PKS
     - Harta intelek dijadikan cagaran untuk peroleh pembiayaan
     - Penyediaan Dana Pembiayaan Harta Intelek ­- RM200 juta (Kerajaan menanggung 2%
       kadar faedah dan CGC menjamin 50%)
     - Program latihan penilai harta intelek - RM19 juta

MEMPERGIAT AKTIVITI R&D | BUDGET 2013
38. Peruntukan R&D kepada 5 Universiti Penyelidikan - RM600 juta
      - Menjalankan penyelidikan berimpak tinggi
      - Bidang strategik: nano teknologi, automatif, bio-teknologi & aero-angkasa
39. Insentif cukai kepada syarikat subsidiari yang menjalankan aktiviti R&D
      - Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan
      - Pengecualian cukai 100% ke atas pendapatan berkanun untuk tempoh 10 tahun
      - Potongan cukai bersamaan jumlah pelaburan oleh pelabur pemangkin dalam syarikat
        teroka dibenarkan ditolak daripada semua jenis pendapatan
40. Mengarusperdanakan program kreativiti dan inovasi -Program Inovasi Inklusif - kerjasama
      Agensi Kerajaan & NGO

PEMBANGUNAN TEKNOLOGI HIJAU | BAJET 2013
41. Menambahbaik Skim Pembiayaan Teknologi Hijau
     - Tambahan peruntukan bagi SPTH RM2 bilion
     - Pelanjutan tempoh permohonan sehingga 31 Disember 2015

Fokus 4: Konsolidasi Fiskal dan Mempercekap Penyampaian 
Perkhidmatan Awam

PENGUKUHAN KONSOLIDASI FISKAL | BAJET 2013 
42. Memastikan defisit fiskal terus berkurangan dan mencapai bajet berimbang - 3%
      menjelang 2015
43. Memperkukuh sistem percukaian negara
     - Peralihan daripada sistem cukai berasaskan pendapatan kepada sistem cukai yang lebih
       menyeluruh serta saksama
44. Perolehan Kerajaan dan pembelian berdasarkan prinsip value for money.

MENGUKUH PENYAMPAIAN PERKHIDMATAN AWAM | BAJET 2013
45. Meningkat kecekapan Perkhidmatan Awam
      - Penekanan kepada amalan kerja secara cepat, tepat dan berintegriti
      - Perkhidmatan yang lebih efisyen, efektif dan responsif
46. Pesara Kerajaan
      - Menyelaras mininum pencen yang berkhidmat sekurang­-kurangnya 25 tahun: daripada
        RM720 kepada RM820
      - Manfaat kepada 50,371 pesara (termasuk penerima pencen terbitan)
47. Warga Emas
      - Diskaun 50% bayaran pemprosesan pasport (tempoh 5 tahun:RM300 ke RM150 dan
        tempoh 2 tahun : RM100 ke RM80)
      - Berkuatkuasa Januari 2013
48. Penambahbaikan Skim Perkhidmatan ATM
      - Menambah baik kelayakan masuk (Ijazah - pegawai; Diploma – askar Laskar)
      - Kenaikan pangkat secara time-based (8 tahun: Prebet ke Lans Koperal & Lans Koperal ke
        Koperal)
      - Bayaran insentif khas RM200 sebulan (manfaat: 125,708 anggota ATM)
      - Menaikkan elaun khidmat tugas anggota Askar Wataniah, Pasukan Simpanan Sukarela
        Tentera Laut dan Udara (dari RM4.00 sejam ~ RM7.80 sejam)
49. Pesara Tentera tidak Berpencen (berkhidmat kurang 21 tahun)
      - Bantuan tunai one-off, RM1,000 - manfaat 224 ribu bekas tentera.

PINJAMAN PERUMAHAN PENJAWAT AWAM | BAJET 2013
51. Bahagian Pinjaman Perumahan (MOF) akan disusun semula
     - Bank komersial sebagai panel bak yang menguruskan pinjaman
     - Manfaat dan bantuan sedia ada kekal (kadar peratus 4%)
52. Wang proses permohonan pinjaman perumahan
     - Mengurangkan caj wang proses (dari RM1 setiap RM1,000 pinjaman kepada RM100
       falt rate)

PELATIH PRA PERKHIDMATAN | BAJET 2013
53. Pelarasan elaun Pra­Perkhidmatan
     - Menaikkan kadar elaun pra perkhidmatan
     - Manfaat kepada 13 skim dengan anggaran 31,135 pelatih.

Fokus 5: Mensejahterakan Rakyat

INISIATIF PEMBIAYAAN SWASTA – PFI 2 | BAJET 2013
 54. Menyediakan peruntukan RM6 bilion bagi melaksanakan pelbagai projek dan program
       untuk memastikan kesejahteraan rakyat.

MENGURANGKAN KADAR JENAYAH | BAJET 2013
55. Inisiatif mengurangkan kelakuan jenayah
     - Tambahan perjawatan baru polis
     - Penubuhan Unit Rondaan Bermotosikal –> rondaan 1,000 motosikal di kawasan
       perumahan
     - Tambahan 10,000 bilangan ahli Pasukan Sukarelwan Polis
     - Pemasangan Sistem Kamera Litar Tertutup atau CCTV sebanyak 496 unit di 25 buah
       Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) Semenanjung, Sabah dan Sarawak.
56. Penglibatan pihak swasta dan komuniti dalam mewujudkan persekitaran selamat
      dan aman
     - Aktiviti rondaan di kawasan kejiranan - geran RM10,000 kepada persatuan penduduk
     - Mempertingkat peranan rukun tetangga (KRT) - 6,500 KRT menjelang 2013
     - Penyediaan pakaian seragam kepada hampir 300,000 anggota RELA aktif
     - Galakan Elaun Modal Dipercepatkan kepada syarikat yang membelanjakan pemasangan
       peralatan keselamatan.

Lelaki didenda RM28,000 kerana mencabul sofa


WISCONSIN – Apabila nafsu menguasai diri, macam-macam perkara dilakukan oleh manusia. Walaupun perbuatannya itu merupakan perkara paling keji dan gila, namun ia tetap dilakukan hanya kerana nafsu yang bergelora.

Itu yang berlaku kepada seorang lelaki `gila’ Gerard Streator yang berusia 46 tahun.

Lelaki sakit jiwa ini dilihat melakukan seks dengan sebuah sofa buruk yang tinggalkan di tepi jalan.

Perbuatan kejinya itu dilihat oleh seorang pekerja sebuah hotel.

Menurut pekerja terbabit, ketika melalui jalan berkenaan, dia ternampak Gerard sedang membengkokkan badannya manakala seluarnya sudah ditanggalkan hingga ke paras buku lali.

“Kejadian itu berlaku pada pukul 11 malam selepas saya habis bertugas di sebuah hotel. Saya dapat menyaksikan dia sedang menggoyangkan punggungnya di sofa itu.

“Kejadian itu dapat dilihat dengan jelas kerana sofa itu berada di tepi jalan. Tiada orang berada di atas sofa buruk itu,’’ kata pekerja hotel tersebut.

Ketika Gerard sedang melakukan perbuatan itu, seorang pegawai polis yang kebetulan melalui jalan berkenaan, telah menjerit ke arahnya menyebabkan lelaki itu melarikan diri di sebalik apartment berhampiran.

Dia kemudiannya ditahan dan didakwa kerana melakukan kelucahan melampau.

Sabit kesalahan, Gerard boleh dihukum penjara sembilan bulan dan denda £7,000 fine.

Sumber: infoisusemasa

Lelaki buta gantung diri selepas isteri mati


GLOUCHERSTER - Seorang lelaki pekak dan buta bertindak menggantung diri selepas kematian isterinya akibat sakit jantung.

Seorang koroner diberitahu, Stewart Timms, 63, dan isteri, Valerie, 68, yang bisu dan pekak, adalah pasangan dedikasi yang sentiasa hidup saling bantu-membantu.

Tetapi selepas Valerie meninggal dunia di rumah mereka di Andoversford, Gloucestershire, suaminya menggantung diri, beberapa meter dari mayatnya, kata Timbalan Koroner Gloucestershire, David Dooley.

Dooley merumuskan, Timms, pembuat kabinet, membunuh diri dan isterinya, mati akibat penyakit biasa.

Pasangan itu mempunyai dua anak dan lapan cucu. Mayat mereka, kedua-duanya berpakaian tidur, ditemui 16 Jun lalu oleh anak mereka, Emma Scott yang datang untuk menziarah.

Mereka dilihat bersama dua atau tiga hari sebelum penemuan itu.

Dalam kenyataannya, Emma berkata, ibu bapanya berkahwin selama 38 tahun.

“Mereka amat menyanyangi satu sama lain. Mereka jarang bertengkar. Menjelang kematian mereka, ibu bapa saya tidak pernah bertengkar. Mereka sentiasa bantu satu sama lain,” katanya.

Menurut Emma, bapanya pernah cuba menggantung diri 24 tahun lalu selepas diberitahu dia akan buta. Bagaimanapun, Timms tidak bercakap apa-apa baru-baru ini atau sebelum kematiannya.


Katanya, apabila tiba di rumah ibu bapanya, tidak ada orang yang menjawab ketukannya pada pintu rumah, menyebabkan dia cuba masuk menerusi pintu belakang, tetapi ia berkunci.

Dia melihat anjing bapanya, Arnie dan menyedari ada sesuatu yang tidak kena selepas ternampak kesan najis di lantai.

Dia meminta bantuan jiran pasangan itu, Adrian Stoner yang memanjat rumah berkenaan.

Stoner kembali dan memberitahu bapanya menggantung diri.

“Saya seterusnya diberitahu, ibu saya juga sudah ditemui dan disahkan mati,” kata Emma.
Dia yakin kematian ibu bapanya tidak berkait dan mereka tidak membantu satu sama lain untuk membunuh diri.

Sumber: Harian Metro

Perangai spiderman selepas berkahwin

Inilah perangai spiderman selepas berkahwin. Bukan bermakna hero ini akan jadi jahat tetapi kerana dia terpaksa membantu isterinya menjemur kain sepanjang hari tanpa rehat. Memang kesian kerana dia tidak dapat membantu orang lain seperti sebelum berkahwin.


Lelaki gemuk lebih serius bercinta dan beristeri


Jangan mudah merasa rendah diri jika anda termasuk dalam kategori lelaki berbadan gemuk. Ini kerana kebanyakan lelaki yang memiliki badan agak berisi, gempal, atau gemuk dikatakan lebih setia jika dibandingkan dengan lelaki berbadan kurus & sederhana. Ia berdasarkan kajian yang dilakukan oleh sebuah Badan Pertubuhan di Jerman baru-baru ini.

Satu soal selidik telah dilakukan ke atas 1000 orang lelaki Jerman berusia antara 31 hingga 69 tahun. Setiap responden diberi soalan tentang daya tarikan mereka terhadap seksual. Hasilnya didapati 23% lelaki yang termasuk dalam kategori memiliki berat badan ideal mengakui bahawa mereka cenderung untuk bersikap curang. Bagi lelaki dalam kategori berat badan berlebihan, hanya 11% yang tertarik untuk bersikap curang terhadap pasangan mereka. Manakala 19% lelaki yang memiliki berat badan terlebih kurus akan cenderung bersikap curang terhadap pasangannya.

Justeru itu, para penyelidik membuat kesimpulan bahawa lelaki yang gemuk akan lebih cenderung untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dan bersedia untuk memberi komitmen berbanding bersikap curang.


Selain itu, perut berotot yang dimiliki lelaki didapati tidak menjadi faktor utama untuk menarik perhatian wanita. Kumpulan penyelidik dari University of Queensland, Australia membuat kesimpulan tersebut dari pemerhatian terhadap iklan yang menampilkan beberapa bentuk badan lelaki. Didapati, purata wanita yang tertarik dengan lelaki berbadan gemuk dan berbadan sasa adalah hampir sama.

Phillippa Diedrichs, seorang penyelidik menyatakan, promosi iklan menggunakan model lelaki yang berbadan sasa adalah tidak terlalu perlu. Hasil kajian ini telah menjadi bahan perdebatan di antara pihak media tentang bentuk tubuh lelaki paling sempurna. Malah, hingga kini secara khusus, telah memberi gangguan kepada pola pemakanan di kalangan wanita muda.

"Beberapa responden beranggapan bahawa model lelaki berbadan sasa menunjukkan imej homoseksual. Imej tersebut bagi mereka mungkin tidak sesuai dan menjengkelkan,” kata Diedrichs, dipetik dari Times Of India. Hasil kajian Diedrichs pada tahun 2008 menunjukkan, daya tarikan iklan untuk model lelaki berbadan gemuk adalah lebih kurang sama dengan model lelaki berbadan sasa.

Sumber: Gempak.org


(Pelik) Bintang pop Jerman mengahwini sebiji nenas

Inilah bintang pop Jerman yang bertindak pelik kerana melakukan perkara tidak masuk akal selepas mengahwini sebiji nenas miliknya. Makin pelik manusia zaman sekarang ini, adakah patut sebiji nenas pun mahu dijadikan teman hidup. Mungkin itulah yang ada dalam fikiran lelaki penyanyi pop ini. Korang boleh baca artikel yang diterjemahkan dari laman Metro.

Bintang pop Jerman, Ramma Damma, menimbulkan kontroversi selepas berkahwin dengan sebiji nenas miliknya di Gretna Green, Scotland.


Difahamkan, Ramma telah membelanjakan RM40 untuk melamar nenas berkenaan yang kemudiannya diberi nama Tippi.

"Kami berseronok sepanjang malam sambil memandu kereta untuk meraikan kebahagian perkahwinan kami, kami tidak berniat untuk kahwin lari," kata bintang pop itu yang dipetik dalam laman Metro.

"Saya amat mencintai Tippi, jadi saya rela mengahwininya. Kami telah berkahwin di Hotel Gretna Green Hall dengan bantuan seorang pakar kahwin Scotland yang berpakaian kilt. Sepanjang kami berada di Scotland, kami makan sepuasnya di pelbagai restoran. Tippi pula berjaya menghabiskan segelas air," katanya lagi.

"Tippi sangat suka menonton filem terutamanya filem-filem yang berunsurkan kemusnahan alam seperti gempa bumi sambil memeluk saya akibat ketakutan,"


Lumpuh seumur hidup ketika turun dari motosikal


KUALA TERENGGANU - “Ibunya belum sempat lagi memberhentikan motosikal, dia sudah melompat turun dan sikap gopoh cucu itu menyebabkan dia cacat seumur hidup,” kata Zaleha Ngah, 55, nenek kepada Nur Iman Rafiq Abd Rashid, 3, yang putus ibu jari kaki kiri akibat tersepit di dalam gegancu motosikal ditunggang ibunya, Norlia Abdullah, 27, di depan rumahnya di Kampung Pengkalan Batu, Bukit Tunggal, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 4.30 petang itu, Nur Iman Rafiq dan dua abang serta seorang adiknya dibawa ibunya bermain di taman permainan terletak tidak jauh dari kediamannya itu.

Namun, ketika pulang dari taman berkenaan, mangsa membonceng di tempat duduk belakang itu bertindak melompat turun sebaik hampir sampai di rumah tanpa menunggu ibunya memberhentikan motosikal.

Tindakannya itu menyebabkan kaki kirinya termasuk ke dalam rim motosikal sebelum tersepit di dalam gegancu tajam sehingga menyebabkan ibu jari kaki itu terputus.

Zaleha yang tinggal di Batu Rakit, di sini, ketika ditemui di Wad Multidisiplin Kanak-Kanak Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) berkata, dia difahamkan ibu jari kaki kiri cucunya putus kerana termasuk ke dalam gegancu motosikal ditunggang anaknya itu.

“Norlia memberitahu kaki kiri anaknya itu tidak sempat memijak tanah ketika melompat turun dari motosikal kerana kaki kirinya tersangkut ke dalam gegancu yang sedang berputar laju dan Nur Iman Rafiq rebah sebaik jari kaki kiri itu terputus dimamah gegancu berkenaan,” katanya.

Sumber: Harian Metro

Seorang lelaki tawar RM200 juta kepada sesiapa yang mahu kahwini anak perempuan lesbiannya


HONG KONG - Seorang jutawan Hong Kong menawarkan HK$500 juta (RM200.3 juta) tawaran perkahwinan kepada mana-mana lelaki yang boleh memenangi hati anak perempuan lesbiannya, semalam.

Cecil Chao mengumumkan tawaran kewangan itu selepas anak perempuannya, Gigi, mengahwini pasangan sejenisnya sejak tujuh tahun, di Perancis awal tahun ini, lapor akhbar South China Morning Post.

“Saya tidak kisah sama ada lelaki itu kaya atau miskin. Yang penting dia pemurah dan berhati mulia,” kata Chao, 76 tahun.

Katanya, Gigi seorang wanita yang baik, mempunyai bakat dan cantik. Dia sangat menyayangi ibu bapa, pemurah dan sering melakukan kerja amal.

Chao yang mempunyai syarikat pembangunan hartanah Cheuk Nang yang disenarai di papan saham, tidak dapat dihubungi untuk mengulas perkara itu.

Perkahwinan sejenis tidak diiktiraf di Hong Kong, bandar konservatif sosial di mana homoseksual dianggap sebagai jenayah pada 1991.

Chao seorang yang terkenal di kalangan sosial di Hong Kong dan sentiasa hadir di majlis awam bersama teman wanita terbarunya yang muda.

Sumber: Harian Metro

Seri temubual bersama Neelofa berkaitan gosipnya dengan aktor kacak, Hans Isaac


Inilah seri temubual bersama Neelofa berkaitan dengan gosipnya dengan aktor kacak, Hans Isaac, ketika mereka dikatakan pergi bercuti bersama-sama di Koh Samui, Thailand. Temubual ini dipetik dari kosmo

NEELOFA tidak henti-henti digosip bercinta dengan aktor kacak tinggi lampai, Hans Isaac biarpun dia pernah menafikannya. Terbaharu, merujuk kepada laman Twitter masing-masing, mereka berdua seolah-olah pergi ke destinasi yang sama iaitu di Koh Samui, Thailand.

Menerusi Twitter mereka, Neelofa dan Hans masing-masing menampilkan foto keindahan Koh Samui, selain tweet Neelofa memberitahu tentang pemergiannya ke sana.

Neelofa atau Lofa yang ditemui pada majlis pratonton filem Hantu Kapcai di Damansara, Petaling Jaya, Selangor pada Selasa lepas mempunyai jawapan tersendiri yang diluahkan kepada Kosmo!.

Kosmo!: Pasti Lofa sendiri sudah tahu tentang gosip yang mendakwa Lofa bercuti bersama Hans Isaac di Koh Samui, Thailand baru-baru ini. Betul atau tidak?

NEELOFA: Jika mahu dikatakan saya bercuti bersama dia (Hans Isaac), dia sebenarnya sudah cuti lama (ke Koh Samui) sejak hari Khamis dan dia juga belum pulang lagi. Sedangkan, saya bersama kawan-kawan saya ingin bercuti selepas tamat penggambaran drama bersiri Kau Yang Terindah. Hans pula pergi ke sana dengan tujuan yang lain tapi apa yang menghairankan, mengapa mereka ini (blog-blog gosip hiburan tempatan) mahu paparkan gambar (yang) saya (rakam) dan jadikan ia isu besar.

Ini kerana memang saya sendiri yang muatnaik gambar (pemandangan di Koh Samui) tersebut. Pelik mengapa mereka paparkan gambar tersebut dan reka cerita lain. Jika Lofa mahu orang tahu bahawa Lofa bercuti bersama Hans, baik Lofa rakam gambar bersama dia sahaja.

Jadi Lofa memang bercuti bersama kawan-kawan Lofa?

Ya, betul.

Lofa ada berjumpa dengan Hans di Koh Samui?

Tidak sama sekali. Kami tidak berada di lokasi yang sama di Thailand, dia telah ke Phuket. (Pelakon) Nazim Othman juga ada bercuti di Phuket. Saya juga tidak jumpa Nazim kerana dia menginap di resort yang lain. Ini kerana percutian Lofa itu hanya selama dua hari sahaja. Lofa pergi hari Ahad dan pulang semalam (Isnin).

Jadi Lofa memang langsung tidak bertemu Hans di sana?

Dia pergi bersama saudara-maranya dan kumpulan golf yang disertainya untuk bermain golf di Koh Samui. Saya rasa di Koh Samui ada sebuah kelab golf.

Bagaimana penerimaan Lofa apabila perkara ini timbul dan timbul spekulasi bahawa Lofa dan Hans pergi bercuti berdua-duaan di Koh Samui?

Bagi saya, pertama, ia sememangnya secara kebetulan. Tapi untuk orang sabotaj privasi saya dan jadikan isu lain itu saya perlu terima kerana ia part of the parcel. Maksudnya, saya tidak boleh lari daripada perkara-perkara begini. Asalnya tujuan saya pergi bercuti untuk rehat dan tenangkan fikiran. Namun, pulang sahaja ke sini (Malaysia), serabut pula dengan cerita sebegini. Jadi, saya rasa saya perlu terima dan hadapi semua.

Adakah Hans tahu akan perkara ini?

Saya rasa tidak kerana ia hanya (digembar-gemburkan) dalam blog-blog. Tapi, apa yang bakal dia katakan dan lakukan saya tidak pasti. Sepanjang mengenali dirinya, saya rasa dia akan buat bodoh sahaja.

Ada terdetik rasa menyesal dalam diri kerana berkongsi di laman Twitter tentang percutian Lofa ini?

Ada sedikit (sambil ketawa). Ini kerana Lofa rasa seperti ia menjadi perkara besar padahal Lofa pergi ke sana hanya untuk bersuka ria dan bercuti. Rupa-rupanya, bertambah serabut kepala Lofa dibuatnya.

(Info) Samsung mula jual Galaxy Note II


SEOUL - Syarikat gergasi elektronik Korea Selatan, Samsung Electronics semalam melancarkan model telefon pintar terbaharunya, Galaxy Note II hanya seminggu selepas telefon pintar iPhone 5 keluaran Apple Inc. dipasarkan.

Galaxy Note II yang diperkenalkan buat pertama kali di Berlin bulan lalu akan dijual di 128 buah negara termasuk Amerika Syarikat (AS) tidak lama lagi.

Gajet itu lebih besar daripada model-model utama telefon pintar siri Galaxy S. Seperti model sebelum ini, Galaxy Note II turut didatangkan bersama pen S bagi menulis nota dan melukis pada skrinnya.

Ia dijana perisian Android buatan Google dan dilengkapi pemprosesan quad core yang lebih laju berbanding versi pertama.

Galaxy Note II menampilkan skrin sentuh berukuran 14 sentimeter (sm), lebih besar daripada versi sebelum ini yang bersaiz 13.5sm.

"Kami percaya jualan Galaxy Note II di seluruh dunia untuk tiga bulan pertama akan meningkat tiga kali ganda berbanding model sebelum ini," kata ketua perniagaan komunikasi mudah alih Samsung, J. K. Shin.

Versi terbaharu itu membolehkan para pengguna membahagikan skrin kepada dua bahagian untuk melayari dua program sekali gus pada satu-satu masa. Galaxy Note pertama terjual lebih 10 juta unit sejak dilancarkan pada November tahun lalu.

Sumber: Kosmo

Anne Ngasri dan Aliff Aziz sah putus hubungan


Aliff Aziz dan Anne Ngasri kini telah membawa haluan masing-masing. Menurut Anne, perpisahan berlaku mungkin kerana tiada jodoh antara mereka (jawapan cliche) dan dia serahkan segala-galanya pada Allah.

Apabila diminta mengulas punca perpisahan mereka, Anne Ngasri menjawab biarlah punca perpisahan mereka itu menjadi rahsia antara mereka berdua sahaja. “Biarlah rahsia dan ia akan menjadi rahsia kami berdua sahaja,” jawabnya ringkas dan tidak mahu diminta lagi disoal mengenai peribadinya itu lagi apabila ditanya oleh portal Murai.

Dalam laporan sisipan akhbar BPop, Berita Minggu hari ini, Anne telah mengesahkan hubungan cintanya dengan penyanyi Sayang Sayang itu sudah pun putus. Namun keputusan dibuat bukan atas tekanan keluarga atau kenyataan kakaknya, Darling kepada rakan media sebelum ini. Bahkan ia hanya membabitkan dirinya dengan Aliff yang dikatakan cukup peribadi.

Sumber : warisanpercik

Teknik memilih daging ayam yang fresh ketika membeli-belah di pasaraya


Daging ayam adalah salah satu sumber protein yang penting untuk tubuh badan manusia. Oleh yang demikian, anda dan keluarga perlu makan daging ayam sekurang-kurangnya sekali seminggu. Pemilihan ayam yang segar ketika membeli-belah di pasaraya sangat penting untuk menjamin sumber protein dalam daging ayam yang berkualiti. Ketika memilih ayam segar di pasaraya, beberapa petua boleh diikuti (sumber : petuaseharian) :-
  1. Warna daging segar selalunya berwarna putih kekuningan.
  2. Warna lemak seharusnya putih kekuningan dan merasa di bawah kulit ayam.
  3. Bau daging segar, jika anda berbau yang kurang menyenangkan, lupakan saja niat untuk memiliki ayam tersebut.
  4. Apabila dagingnya ditekan, daging yang segar akan kembali ke bentuk asal. Berbanding dengan daging ayam yang tidak segar, kesan jari anda akan kelihatan untuk beberapa ketika sebelum kembalik ke bentuk asal.
  5. Tidak ada bekas lebam kecuali lebam akibat pendarahan ketika penyembelihan.
  6. Bagi ayam yang siap dipotong, pastikan daging yang melekat di tulang ayam itu padat.
  7. Kulit ayam perlu kelihatan cantik. Tidak kelihatan robek atau terlalu banyak kesan luka.
  8. Pastikan juga kulit ayam yang anda pilih bersih dari sebarang bulu halus. Selalunya bakteria mudah terkumpul pada bahagian ini. Oleh kerana itu, adalah baik jika anda membuang kulit ayam sebelum dimasak.
  9. Jangan beli ayam yang terlalu banyak patah tulang.
  10. Jika daging ayam yang anda pegang berlendir dan lembut, bermakna ia tidak lagi boleh dikategorikan sebagai daging ayam yang segar.

Soal siasat dengan teliti sebelum hukum Gopinath yang hina Islam melalui facebooknya


Mungkin pihak polis perlu menyelidiki terlebih dahulu sebelum mengambil tindakan ke atas Gopinath Jayaratnam kerana di dalam dunia moden ini apapun boleh berlaku termasuk memfitnah orang lain dengan meng-hack account facebook.

Soal siasat yang teliti sangat perlu agar tidak tersalah hukum orang yang tidak bersalah. Lagipun pemilik facebook ini telah pun menyatakan permohonan maaf beliau secara terbuka melalui facebooknya. Orang yang memang berniat menghina Agama Islam tidak mungkin akan menyatakan permohonan maafnya dengan begitu cepat. Jadi, kita harus bertenang dan tidak cepat melatah. Biarlah pihak polis yang mengambil tindakan yang setimpalnya ke atas orang yang telah menghina Agama Islam.



25 tahun isteri jadi bos kepada suami sendiri

Inilah contoh sikap profesional yang boleh dijadikan teladan kepada kita semua khususnya kepada individu yang sudah berkahwin dan bekerja di jabatan yang sama. Ikuti kisah seorang suami yang sangat profesional walaupun bekerja di bawah isterinya, dipetik dari Harian metro.

SHAH ALAM - Bagai merpati dua sejoli. Itu perumpamaan yang sesuai buat sepasang suami isteri yang juga penerima Anugerah Khidmat Lama 25 tahun apabila bibit cinta mereka bermula ketika masing-masing mula bertugas di Universiti Teknologi Mara (UiTM), di sini, bermula 1986 sebelum mendirikan rumah tangga pada November 1989.

 

Hanita Yusof dan Mohamad Taufik Ithnin masing-masing berusia 48 tahun kini bertugas di UiTM Dungun, Terengganu tidak menghadapi sebarang masalah untuk bekerja di bawah satu bumbung kerana mengamalkan sikap profesionalisme yang tinggi.

Lebih menarik lagi, Mohamad Taufik yang memegang jawatan sebagai Penolong Pendaftar Hal Ehwal Pelajar (HEP) berkata, dia tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja di bawah isterinya yang memegang jawatan sebagai Timbalan Pendaftar.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah untuk bekerja di bawah isteri kerana ketika di tempat kerja kami seolah-olah tidak mengenali di antara satu sama lain dan ia memudahkan sebarang urusan kerja.

“Isteri juga begitu kerana kami memahami tugasan masing-masing dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan selain meletakkan perkara berkaitan peribadi sewaktu di pejabat,” katanya selepas menerima anugerah di Majlis Jasamu Dikenang di Dewan Agong Tuanku Canselor (DATC), UiTM, di sini, semalam.

Turut hadir dalam majlis berkenaan, Naib Canselor UiTM, Prof Datuk Dr Sahol Hamid Abu Bakar.

Sementara itu, Hanita berkata, sepanjang 25 tahun bertugas di UiTM, dia tidak pernah berasa lelah untuk terus berbakti di universiti itu demi membantu anak bangsa terus mencapai kejayaan. Katanya, ketika bertugas dia akan menumpukan segala perhatian yang ada untuk melunaskan tugasan di pejabat dan memberikan perkhidmatan yang terbaik.

“Suami sangat memahami tugasan kami di tempat kerja. Oleh itu, saya bersyukur kerana mempunyai peluang untuk bertugas bersama suami yang secara tidak langsung menyuntik semangat untuk terus kuat melunaskan tanggungjawab,” katanya.

Dalam majlis itu, kira-kira 600 penerima Anugerah Khidmat Setia Lama 25 tahun, Anugerah Setia Lama 30 tahun, Anugerah Pesara Pilihan dan Anugerah Peserta Wajib daripada seluruh UiTM di Malaysia hadir di majlis berkenaan.

Setiap penerima menerima sijil penghargaan dan seutas jam tangan.

Robert Pattinson - Kahwin saya dulu, baru minta maaf

Begitulah syarat yang telah diletakkan oleh pelakon utama filem Saga Twilight, Pattinson, jika Kristen Stewart mahu kembali kepadanya. Setuju dengan tindakan Pattinson kerana ianya untuk memastikan samada seseorang itu benar-benar mencintai kita atau tidak. Ikuti luahan hati Pattinson yang dipetik dari akhbar kosmo.

NAMPAKNYA hubungan antara aktor Robert Pattinson dan Kristen Stewart masih menjadi sorotan media Hollywood. 

Kisah mereka masih menjadi buruan dan paling terkini, pasangan kekasih yang dilaporkan renggang sebelum ini kerana kecurangan Stewart dilaporkan sudah kembali jernih.

Lebih daripada sekadar sudah kembali berbaik, tersebar berita tentang Pattinson memberi syarat kepada kekasihnya itu untuk meneruskan hubungan cinta mereka.

Pattinson didakwa telah meletakkan syarat agar Stewart berkahwin dengannya sebagai permohonan maaf atas kecurangan wanita berusia 22 tahun itu.

"Satu-satunya jalan untuk dia memaafkan dan menerima Stewart semula ialah aktres itu perlu berkahwin dan menghabiskan sisa hidupnya bersama Pattinson.

"Jika Stewart tidak bersetuju untuk berkahwin dengannya, dia tidak mahu meneruskan hubungan mereka," ujar satu sumber kepada Daily Star.

Pattinson dan Stewart telah menjadi pasangan kekasih selama empat tahun sejak mereka bertemu dalam filem saga Twillight. Hubungan mereka bergoncang selepas gambar-gambar intim antara Stewart dengan pengarah Rupert Sanders tersebar beberapa bulan lalu.

Kisah seorang lelaki mati ditetak ketika melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya

Inilah kisah menyayat hati seorang lelaki cina berusia 36 tahun yang mati ditetak sekumpulan penjenayah selepas selesai sahaja melangsungkan perkahwinan dengan tunangnya. Memang menyedihkan kerana beliau terpaksa meninggalkan isterinya kurang dari 24 jam menjadi pasangan suami isteri. Ikuti paparan kisah lelaki ini yang dipetik dari Harian Metro.

JOHOR BAHRU - Seorang peniaga barangan alat ganti yang baru beberapa jam berkahwin tidak sempat menikmati malam pertama apabila dia mati ditetak oleh sekumpulan lapan lelaki bersenjatakan parang dan bertopeng di Taman Mount Austin di sini kelmarin.



Kejadian pukul 2 petang itu mengakibatkan Allan Tee Kok Weng, (gambar kecil) 36, maut selepas ditetak di kepala, leher serta badan di hadapan isterinya, Shiau Ting, 30-an.

Sebelum kejadian, pasangan itu baru selesai minum bersama rakan-rakan di sebuah bistro di taman tersebut.

Difahamkan, pasangan itu melangsungkan upacara perkahwinan di Taman Daya dan sempat pulang ke rumah untuk menukarkan pakaian. Jarak antara dua tempat itu kira-kira tiga kilometer.

Seorang pekerja bistro yang enggan dikenali memberitahu, serangan itu berlaku terlalu pantas.

"Sebaik melangkah keluar, lelaki itu terus ditarik oleh lapan penjenayah yang memakai topeng ski sebelum dia ditetak berkali-kali.

"Selepas memastikan mangsa tidak bergerak, penjenayah itu kemudian melarikan diri. Mangsa kemudian dikejarkan ke hospital," ceritanya.

Dalam pada itu, satu sumber memberitahu, kejadian itu disyaki bermotifkan dendam berikutan semakan mendapati mangsa mempunyai beberapa rekod jenayah lampau berkaitan gaduh, dadah dan curi.

Tinjauan Kosmo di bilik mayat Hospital Sultan Ismail pula mendapati ahli keluarga dan kenalan rapat mangsa masih bersedih dengan kejadian itu dan enggan ditemu bual.

Di situ juga kelihatan sebuah kereta diikat dengan reben merah jambu yang lazimnya menjadi hiasan untuk membawa pengantin baru.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Zainuddin Yaacob ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut.

Selain NGO pro demokrasi, Majlis AIDS Malaysia akui pernah terima dana Soros


KUALA LUMPUR, 25 Sept - Spekulator mata wang, George Soros bukan sahaja mendanai kumpulan pro-demokrasi di Malaysia, tetapi juga telah membiayai aktiviti-aktiviti Majlis AIDS Malaysia (MAC) yang pernah diketuai oleh anak perempuan pengkritik utamanya di Malaysia, Datuk Paduka Marina Mahathir.

Warganegara Amerika Syarikat (AS) itu mendapat perhatian akhir-akhir ini selepas akhbar arus perdana dan stesen televisyen mesra kerajaan berkata Open Society Institute (OSI) telah mendanai badan bukan kerajaan (NGO) pro-demokrasi untuk menjejaskan kestabilan kerajaan Barisan Nasional (BN) di bawah Datuk Seri Najib Razak.

Media Malaysia tidak memberikan apa-apa bukti usaha untuk ketidakstabilan.

Ketua pengkritik Soros adalah Tun Dr Mahathir Mohamad, yang pernah memanggil hartawan Amerika itu “dungu” apabila spekulasi matawang Soros dikatakan telah membawa turun ringgit Malaysia semasa Krisis Kewangan Asia pada 1997/98.

Wakil MAC dalam kenyataannya kepada The Malaysian Insider membuat pengakuan selain dana daripada OSI, mereka juga menerima dana daripada Global Fund (GFATM) yang terlibat dalam program kesedaran anti-AIDS, TB dan malaria.

“Ya, MAC juga menerima dana asing dan ia digunakan untuk program kesedaran seperti kempen kesedaran isu tentang AIDS dan HIV serta program-program lain,” kata wakil MAC yang enggan namanya dikenali kepada The Malaysian Insider.


Oraganisasi tersebut memberitahu tahun lepas mereka menerima dana sebanyak US$75 ribu (RM230 ribu) bagi menampung program dan kempen mereka dalam memberi kesedaran tentang AIDS dan HIV.

Minggu lalu, pertikaian dana asing kepada NGO di Malaysia menjadi isu yang hangat dimainkan oleh media arus perdana yang dikawal oleh Umno dan Barisan Nasional (BN).

Mereka menuduh pembiayaan sedemikian bertujuan untuk menjatuhkan imej kerajaan dan pemimpin Malaysia.

Antara NGO yang menjadi sasaran ialah seperti SUARAM, Seacem dan media alternatif, Malaysiakini yang didakwa oleh kerajaan dan agensi-agensinya sebagai cuba mencetuskan ketakstabilan politik negara.

SUARAM baru-baru ini dipantau secara dekat oleh Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) yang mendakwa bahawa badan hak asasi manusia tersebut memiliki “akaun yang mengelirukan”.

NGO hak asasi manusia itu telah secara aktif mengikuti skandal Scorpene di mahkamah Perancis, berazam untuk mendedahkan dakwaan rasuah kerajaan dalam pembelian kapal selam berbilion ringgit pada tahun 2009 dan mungkin membuka semula kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibuu, yang dikatakan ada kaitan dengan perjanjian itu.

Malahan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dalam kenyataan dua hari lalu mendakwa spekulator mata wang, Soros cuba merampas kuasa politik daripada kerajaan BN dengan melantik perdana menteri pilihannya di Malaysia.

“Bagaimana ia boleh menjadi satu perkara yang baik? Dia mahu mengawal politik kita,” kata Dr Mahathir kepada pemberita Ahad lalu.

Sumber: Malaysian Insider
 

Gambar artis dan model tercantik Filipina (7 Photo)

Sam Pinto ialah salah seorang artis dan model tercantik negara Filipina. Nama sebenar beliau ialah Samuelle Lynne Acosta, dilahirkan pada 11 Disember 1989 (22 tahun) dan berasal dari Paranaque. Sam mula bergiat dalam dunia hiburan pada tahun 2009 sehingga sekarang. Beliau banyak membintangi drama-drama TV seperti Spooky Nights: Panata, Legacy, Captain Barbell Ang Pagbabalik dan sebagainya (Sumber: wikipedia). Inilah beberapa gambar Sam yang membuktikan kecantikan semulajadinya.








Gagal bercinta akan buat anda gila dan jadi ganas

Inilah kisah seorang lelaki dikenali Hong, berumur 37, yang menjadi gila selepas gagal bercinta pada usia 16 dengan gadis idamannya. Pengajaran, hati-hati terjebak dengan cinta monyet pada usia awal remaja kerana ianya akan menjadikan seseorang sakit mental jika gagal. Ikuti kisah Hong yang dirujuk dalam akhbar Harian Metro

Seorang wanita merantai anaknya yang sakit mental dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu dengan sebahagain besar masanya hanya terlantar di atas katil.



Menurut media semalam, Hong Chunlin terpaksa dirantai dan dikurung di rumahnya apabila dia mula menjadi ganas dan sukar dikawal. Hong, 37, kini dijaga ibunya, Chen Jiufang, 71, di rumah mereka di di Nanjing, Jiangsu, timur China.

Disebabkan terlalu lama dirantai, pergelangan tangan Hong mempunyai parut yang dalam. Chen berkata, Hong mula mengalami gangguan mental ketika berusia 16 tahun akibat kemurungan melampau kesan gagal bercinta.



“Sebelum ini, Hong pernah dibiarkan bebas tetapi dia selalu bergaduh, memaksa saya mengurungnya di rumah,” katanya.

Menurut Chen, Hong mudah menjadi agresif jika ternampak warna merah kerana bekas kekasihnya mengenakan pakaian berwarna itu ketika mereka berpisah. “Kami petani miskin dan tak mampu membiayai perubatan Hong di hospital atau membeli ubat untuk mengawal perlakuannya,” katanya.



Apa yang boleh dilakukannya, kata Chen, adalah memastikan Hong kekal bersih, selamat dan mendapat cukup makan. “Memang sedih melihat Hong dirantai, tetapi jika tidak dibuat begitu, dia akan mencederakan orang lain dan dirinya,” katanya.

Walaupun terlalu lama dirantai, Chen masih berharap Hong akan pulih satu hari nanti walaupun masalah kewangan tetap menjadi kekangan kepada mereka. “Mudah-mudahan ada mana-mana pihak tampil membantunya,” katanya. 

Gambar bekas Kekasih Frank Lampard yang cantik (5 Photo)

Saskia Boxford ialah bekas kekasih Frank Lampard yang cantik dan gebu, berumur 26 tahun. Beliau merupakan anak orang kaya dan bekerja sebagai model di London.






Syarat lulus lesen memandu ialah tidak senyum !!


Di Malaysia, setiap kakitangan awam sangat digalakkan senyum terutamanya ketika melayan pelanggan. Senyuman dipercayai dapat menyenangkan hati orang lain serta mengurangkan tekanan diri sendiri ketika bekerja. Dengan senyum, kita mudah mendapat ramai kawan. 
 
Tetapi di New Jersey, lain pula jadinya. Setiap pelanggan yang ingin mengambil lesen memandu amat dilarang senyum. Ia bukan setakat larangan tetapi satu peraturan baru. Pelik bukan? Ikuti paparan berita ini yang dirujuk dalam mummynemo.com

Jabatan Kenderaan Bermotor New Jersey (DMV) melarang individu mempamerkan senyuman mereka semasa sesi bergambar untuk mendapatkan lesen memandu.

Peraturan terbaru itu turut mencetuskan tidak puas hati banyak pihak kerana menganggap ia seperti menyekat hak mereka untuk mempamerkan ekspresi wajah.

Bagaimanapun, jurucakap DMV, Mike Horan menegaskan perisian baru yang digunakan mereka sebenarnya boleh membantu untuk menangkap pencuri identiti kerana ia boleh mengesan penipuan menerusi perubahan ekspresi muka.
 

IPhone 5 - 5 juta unit terjual, pelanggan pula berebut


NEW YORK - Gergasi elektronik Amerika Syarikat (AS), menyatakan semalam bahawa jualan iPhone 5 mencecah lima juta unit selepas telefon pintar terbaru itu dilancarkan pada hujung minggu lalu.

Apple dalam satu kenyataan berkata, sebahagian pelanggan terpaksa menunggu untuk memiliki gajet terbaharu tersebut ekoran jumlah permintaan kini melebihi bekalan.

"Permintaan untuk iPhone 5 menakjubkan dan kami sedang berusaha keras untuk membekalkan iPhone 5 kepada setiap pelanggan kami," kata Ketua Eksekutif Apple, Tim Cook.

Menurutnya, iPhone 5 mula dijual di AS, Australia dan beberapa negara lain pada Jumaat lalu.

Gajet pintar itu akan dijual di 22 buah negara pada Jumaat ini. iPhone 5 dijual pada harga bermula daripada AS$199 (RM611) untuk model berkapasiti 16 gigabit (GB) hingga AS$399 (RM1,225) bagi versi 64GB di AS.

Sumber: Kosmo

Pengajaran kepada blogger yang suka tabur fitnah

Inilah pengajaran kepada blogger-blogger yang suka sangat tabur fitnah terhadap para artis negara tanpa bukti yang kukuh. Semalam, tiga blogger vietnam dipenjara kerana menyebarkan propaganda anti-pemerintah tanpa usul periksa. Ikuti paparan berita berikut yang di ambil dari akhbar kosmo.

BANDAR RAYA HO CHI MINH - Sebuah mahkamah di selatan Vietnam memenjarakan tiga penulis blog kerana kesalahan menyebarkan propaganda antipemerintah dalam satu perbicaraan singkat tetapi penuh dramatik. 

Selepas perbicaraan selama beberapa jam, penulis blog berprofil tinggi, Nguyen Van Hai yang turut dikenali sebagai Dieu Cay dihukum penjara 12 tahun.

Seorang anggota polis wanita yang menjadi penulis blog, Ta Phong Tan pula dihukum penjara selama 10 tahun. dia menjerit semasa dibawa keluar dari mahkamah.

Ibu Tan meninggal dunia selepas membakar dirinya di hadapan sebuah bangunan pihak berkuasa tempatan pada Julai lalu bagi membantah dakwaan terhadap anak perempuannya itu.

"Jenayah mereka serius dan jelas berniat jahat terhadap negara," kata presiden mahkamah berkenaan di sini, Nguyen Phi Long.

Menurutnya, kedua-dua tertuduh tidak dibenarkan membuat kenyataan penutup kerana mereka mencetuskan kekacauan di dalam mahkamah.

"Mereka mesti dikenakan hukuman yang berat," katanya.

Sementara itu, tertuduh ketiga, Phan Thanh Hai, 43, merupakan satu-satunya penulis blog yang mengaku bersalah dalam perbicaraan tersebut.

Dia dihukum penjara empat tahun selepas berjanji tidak akan mengulangi jenayah itu dan tidak akan berhubung lagi dengan pihak yang memusuhi negara.

Mereka didapati bersalah dalam kes berhubung beberapa artikel yang disiarkan dalam laman web Free Journalists Club dan beberapa artikel lain dalam web masing-masing.

Laman web itu diharamkan di Vietnam.

Ketiga-tiga penulis blog berkenaan mengecam rasuah dan ketidakadilan di negara berkenaan selain mengkritik dasar luar Hanoi.

Kesemua defendan perlu menjalani hukuman tahanan di dalam rumah antara tiga tahun hingga lima tahun selepas mereka selesai menjalani hukuman penjara.

Isu perkahwinan Datuk K dan Rozita Che Wan adalah fitnah semata-mata


Salah seorang anak Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa atau Datuk K telah bertemu pelakon Rozita Che Wan secara peribadi untuk mengetahui adakah benar wanita itu mahu mengahwini bapanya.

Rozita, 38, berkata, dia terkejut apabila seorang lelaki datang menemuinya di sebuah majlis baru-baru ini bertanyakan kebenaran gosip berkenaan.

“Saya tidak mengenali Datuk K secara peribadi dan begitu juga anak beliau. Dia tiba-tiba menyapa saya di sebuah majlis tertutup dan bertanya mengenai perkara berkenaan,” katanya kepada portal redcarpet.net.my.

Rozita sebelum ini pernah dikaitkan dengan Datuk K dan mereka kononnya dikatakan telah berkahwin secara senyap.

Dalam pada itu, Rozita memohon semua media dan penulis blog di negara ini menghentikan spekulasi melibatkan dirinya dengan Datuk K kerana tidak mahu melukai hati penyanyi Siti Nurhaliza.

“Saya tidak mahu menyakiti hati Siti dengan cerita-cerita yang tidak benar sebegini tambahan pula saya memang tidak berminat dengan lelaki yang sudah berkahwin,” ujarnya.

Sementara itu, Rozita menjelaskan dia kini selesa hidup sendirian dan akan lebih berhati-hati mencari cinta selepas rumah tangganya hancur sebelum ini.


Rozita berkata, dia sentiasa mengambil pengajaran daripada kegagalan perkahwinannya yang lalu dan mengakui cerewet apabila melibatkan lelaki.

Malah jika ditakdirkan bertemu jodoh dengan duda, dia akan memastikan lelaki tersebut tidak mempunyai anak kerana tidak mahu bergaduh dengan anak-anak tirinya.

“Saya cuma akan berkawan dengan lelaki bujang atau pun duda yang tidak mempunyai anak kerana saya tidak mahu anak-anaknya menghadapi masalah dengan saya.

“Saya tertarik kepada lelaki yang baik, tidak ego dan dapat menjaga rumah tangga dengan sempurna walaupun dia tidak sekaya mana,” katanya.

Tambah Rozita, paling penting lelaki yang ingin mendampinginya mestilah boleh menerima dua anak lelakinya yang telah meningkat usia remaja.

“Anak-anak tidak meletakkan kriteria calon suami saya kerana paling penting lelaki itu dapat mengembirakan saya dan menyayangi mereka seperti anak sendiri,” ujarnya.

Sumber: Harian Metro

(Info) Bahaya tidur yang menghadap kipas meja


Cuba anda bernafas di dalam kereta yang sedang bergerak laju dengan tingkap terbuka. Anda pasti akan sukar bernafas kerana aliran angin yang kencang. Angin kencang dari kipas meja yang diarahkan ke muka kita pun akan menyebabkan fenomena yang sama.

Akibat aliran udara yang kencang, kita tidak akan dapat menghirup jumlah oksigen yang kita perlukan sehingga menyebabkan kesukaran bernafas. Perkara yang sama juga akan berlaku kalau kita tidur menggunakan kipas meja yang menghadap ke muka kita.

Pada dasarnya, ketika tidur suhu tubuh kita akan menurun perlahan-lahan. Dengan berkipas, angin dari kipas meja akan membuat suhu tubuh kita semakin turun, seterusnya nafas, denyutan jantung dan tekanan darah kita juga akan menurun perlahan-lahan.


Fenomena ini sama seperti ketika kita masuk ke dalam air yang sejuk untuk tempoh yang lama, yang boleh menyebabkan jantung kita tidak boleh berfungsi dengan baik sehingga kadar pernafasan menjadi lemah, dan akhirnya menyebabkan kematian.

Dengan kata lain, kalau kita tidur di dalam bilik yang semua tingkapnya tertutup dengan kipas meja yang menghadap ke muka kita, ia boleh mengakibatkan kematian.

Oleh itu, kalau pada musim panas kita ingin tidur dengan kipas meja yang menghadap ke muka kita, pastikan tingkap bilik terbuka agar peredaran udara di bilik kita baik dan lancar.