Searching...
11:42 PG 0

Kisah Janda 5000

Gambar Hiasan
Janda 5000 ialah kisah seorang perempuan Sulawesi yang berhijrah ke Sabah untuk mencari nafkah hidup dengan meninggalkan suaminya di kampung. Perempuan ini hanya dikenali Zubaidah dan memiliki rupa paras yang sangat cantik sehingga ramai lelaki yang ingin memperisterinya. Zubidah telah mengikut seorang mandor yang kebetulan bekerja di Sipitang, Sabah, di kawasan pembalakan pada era 80-an dan bekerja sebagai tukang masak.

Batu Peringatan Janda 5000

Oleh kerana ketiadaan suami di sisi, Zubaidah sangat kesunyian sehingga sanggup tidur dengan seorang lelaki yang turut bekerja di kawasan pembalakan itu kerana menawarkanya bayaran yang besar setiap khidmat satu malam. Sejak itu, Zubaidah seringkali tidur dengan ramai lelaki lain yang sanggup membayar khidmatnya setiap malam. Walaupun ada lelaki yang sangat ingin mengahwininya, namun Zubaidah menolak kerana takut kehilangan sumber pendapatan. 10 tahun kemudian, Zubaidah kembali ke Sulawesi dan terus bercerai dengan suaminya.

Sebagai tanda peringatan kepada perempuan ini, nama Janda 5000 telah dipahat di sebuah batu besar pada era 90-an yang masih kekal sehingga kini. Batu berkenaan terletak di kawasan Long Pasia, Sipitang, Sabah.


0 Komen:

Catat Ulasan