Langkau ke kandungan utama

Jawapan Anne Ngasri kenapa pilih Mohd. Sumali Reduan dan bukannya Aliff Aziz


Berita pertunangan Anne Ngasri dan Mohd. Sumali Reduan baru-baru ini nyata mengejutkan ramai peminat Anne Ngasri kerana memilih seorang duda beranak dua. Sebelum ini, Anne Ngasri pernah dikatakan begitu hangat bercinta dengan penyanyi kelahiran Singapura, Aliff Aziz tetapi putus sejak dua bulan lepas. Korang boleh ikuti jawapan Anne Ngasri berkenaan isu mengejut ini.
Kosmo: Boleh Anne jelaskan kenapa tiba-tiba ambil keputusan untuk bertunang?

ANNE: Pertama sekali saya ingin mengucapkan syukur kerana kini saya telah pun bergelar tunangan orang. Kalau semuanya berjalan dengan lancar, saya akan mendirikan rumah tangga pada bulan hadapan, cuma tarikh yang masih belum ditentukan lagi. Bagi saya ini bukan merupakan satu keputusan yang dibuat secara tiba-tiba kerana selama ini saya memang sudah bersedia untuk berkahwin. Lagipun sejak putus cinta baru-baru ini saya tidak pernah menutup hati saya dengan mana-mana lelaki.

Kosmo:
Adakah anda sedar dengan keputusan untuk bertunang kebanyakan peminat akan menyangka anda yang sebenarnya menjadi punca ketika putus cinta dengan Aliff?

ANNE: Saya sedar perkara sebegitu pastinya akan timbul, namun saya meminta supaya peminat tidak salah sangka kerana apa yang berlaku itu hanya kami yang tahu. Selama ini saya enggan memberikan sebarang komen kerana tidak mahu membuka aib sesiapa.

Kosmo: Siapakah lelaki bertuah yang telah berjaya menambat hati anda?

ANNE: Tunang saya itu merupakan duda berusia 40 tahun dan memiliki seorang anak serta ahli perniagaan yang aktif dalam politik. Selebihnya, biarlah media mengetahui cerita tentang tunang saya selepas kami berkahwin pada bulan hadapan.

Kosmo: Sejak bila anda mengenalinya?

ANNE: Sebenarnya kami sudah berkawan selama setahun, namun hubungan kami sekadar kawan biasa kerana dia juga merupakan kawan kepada Darling (kakak). Kira-kira sebulan yang lalu, baru kami rapat dan saya anggap kehadirannya dalam hidup saya tepat pada masanya. Selain itu saya melihat ada keserasian yang terjalin sepanjang kami berkawan rapat.

Kosmo: Bagaimana pula penerimaan keluarga terhadap pilihan anda dan keputusan untuk berkahwin buat kali kedua?

ANNE: Saya berasa sangat beruntung dan bertuah kerana ahli keluarga sangat merestui hubungan kami. Dia ikhlas menerima diri saya seadanya dan hubungannya dengan ketiga-tiga anak saya juga agak rapat.

Kosmo: Adakah dia tahu tentang peristiwa yang melanda diri anda sebelum ini?

ANNE: Sudah tentu dia tahu dan seperti yang saya katakan tadi dia memang ikhlas untuk memperisterikan saya serta tidak kisah dengan apa yang telah berlaku. Dia juga banyak memberikan sokongan kepada saya.

Kosmo: Apakah perancangan anda selepas mendirikan rumah tangga nanti?

ANNE: Setakat ini saya belum memikirkan sebarang perancangan lagi kerana mahu memberi tumpuan terlebih dahulu kepada persiapan perkahwinan.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Biodata Jovian Mandagie, suami baru Nina Ismail Sabri

Biodata Jovian Mandagie, suami baru Nina Ismail Sabri - Majlis perkahwinan antara Jovian Mandagie dan Nina Ismail Sabri yang berlangsung di Istana Negara Lama, Kuala Lumpur, menarik perhatian orang ramai untuk mengetahui serba sedikit identiti Jovian Mandagie.
Siapa sebenarnya jejaka yang dikenali dengana nama Jovian Mandagie? Pada pandangan luaran, orangnya memang seorang lelaki yang kacak dan memikat hati namun apakah kelebihan lain yang ada pada Jovian sehingga berjaya menambat hati anak Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob?
Jom ketahui sedikit biodata tentang Jovian Mandagie. Memang bertuah sungguh Nina Ismail Sabri mendapat suami yang pintar, kaya dan berwawasan.
Nama penuh : Jovian Mandagie atau Mohd. Ridhwan (nama Islam) Asal : Indonesia (dibesarkan di Kuala Lumpur)
Umur : 27 tahun
Tarikh Lahir : 6 Jun 1986
Hobi : Membaca
Kelulusan : Ijazah Sarjana Muda Fesyen dan Peruncitan, Universiti Lim Kok Wing
Kerjaya : Pemilik Butik Jovian Flagship Store
Penca…

Muda Lagi Rupanya Ibu Janna Nick!! Tak Sangka Emak Janna Nick Secantik Ini...Jom tengok 10 foto Wajah Sebenar Ibu Janna Nick Yang Tidak Pernah Didedahkan Selama Ini

Muda Lagi Rupanya Ibu Janna Nick Tak Sangka Emak Cantik Pada Anaknya..

Muda Lagi Rupanya Ibu Janna Nick!! Tak Sangka Emak Janna Nick Secantik Ini...Jom tengok 10 foto Wajah Sebenar Ibu Janna Nick Yang Tidak Pernah Didedahkan Selama Ini.

Cantik ibu Janna Nick kan
Nama Janna Nick mungkin baru, ini kali pertama aku tengok lakonannya dalam drama Syurga Nur di Slot Akasia yang menggantikan drama Dia.
Isteri Luar Biasa. Agak cantik orangnya dan matang tapi umur masih muda gituw. Meh layan biodata Janna Nick. Teringin nak dengar Janna cakap bahasa utara mesti comelkan.




Biodata Penuh Janna Nick :-
Nama Penuh : Nurul Jannah Binti Muner
Nama Komersial : Janna Nick
Umur : 20 Tahun (2015)
Tempat Lahir : Sungai Petani, Kedah
Adik Beradik : Anak ke 2 daripada 4 beradik (1 Lelaki 3 Perempuan)
Adik Perempuan : Nurul Balqish (11 Tahun) menjadi School Cheerleaders
Keturunan : Cina, Pakistan & Thai
Pendidikan : Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pendang
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Nanas
Sek…

Biodata Zarema Zainal, isteri kedua Aidil Zafuan

Biodata Zarema Zainal, isteri kedua Aidil Zafuan - Memilih 14 Mac 2014 sebagai tarikh untuk disatukan menjadi pasangan suami isteri yang sah, Aidil Zafuan dan Zarema Zainal dilihat tersenyum lebar sepanjang majlis pernikahan berlangsung di kediaman pengantin perempuan pada pagi tadi.

Tahniah sekali lagi penulis ucapkan. Meskipun, perkahwinan kali ini adalah yang kedua buat Aidil Zafuan namun dia tetap teruja memandangkan tidak pernah merasainya ketika bernikah dengan bekas isteri, Rita Rudaini.

Bagi Zarema Zainal pula, dia semestinya paling bersyukur. Maklumlah, hubungannya dengan Aidil sentiasa dipandang negatif oleh masyarakat sehingga nama mereka berdua tidak pernah lekang mendapat tomahan dan kritikan di laman sosial.

Semoga dengan penyatuan pasangan ini, mereka tidak lagi menjadi sasaran kritikan orang ramai di laman sosial. Di sini, penulis sertakan biodata ringkas Zarema Zainal.

Nama Penuh : Zaremah Zakaria
Nama Panggilan : Emma Zainal atau Zarema Zainal
Umur : 28 Tahun
Status Ibub…