Anne Ngasri dan Mohd. Sumali Reduan nikah Disember ini


Ketika kisah berakhirnya hubungan percintaan pelakon Anne Ngasri dan penyanyi kelahiran Singapura iaitu Aliff Aziz sedikit reda, tiba-tiba timbul cerita kurang enak yang mengatakan pelakon itu sudah menjadi isteri kedua kepada seorang VIP.

Bagaimanapun, cerita sensasi tersebut berlalu begitu sahaja dan tanpa disangka Anne atau nama sebenarnya Naszriah Ngasri telah mengikat tali pertunangan dengan Setiausaha Kerja Pemuda UMNO Malaysia yang juga merupakan seorang ahli perniagaan, Mohd. Sumali Reduan dalam satu majlis yang berlangsung di rumah keluarganya di Taman Batu Permai, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada 11 November lalu.

Menariknya, pelakon itu bertunang kira-kira dua bulan selepas hubungannya dengan Aliff berakhir. Ia lantas menimbulkan persoalan apabila dengan pantas Anne mendapat pengganti, sedangkan banyak gosip yang tersebar sebelum ini mendakwa Aliff yang curang dan penyanyi Adira menjadi punca perpisahan mereka.

Bukan sahaja berita pertunangan tersebut agak mengejutkan, sebaliknya Anne juga mengaku akan menikahi duda anak satu berusia 40 tahun yang dikenalinya sejak setahun lalu itu pada Disember ini.

Anne yang ditemui Kosmo sewaktu majlis kesyukuran yang berlangsung di rumah keluarganya baru-baru ini menyatakan dia mahu membuka lembaran baru dalam kehidupannya dan berharap tiada pihak yang membuat pelbagai spekulasi terhadap pertunangannya itu.


0 Response to "Anne Ngasri dan Mohd. Sumali Reduan nikah Disember ini"

Catat Ulasan

dzulCYBER