Tempat menarik di Sabah (Part 3)


Bersua kembali dalam siri sambungan tempat menarik di Sabah untuk part yang ke-3. Dalam entri lepas, aku telah berkongsi tentang topik tempat menarik di Sabah part 1 dan part 2. Untuk tempat menarik di Sabah part 3 kali ini, kita akan tinjau tentang beberapa pulau menarik berdekatan dengan Bandar Kota Kinabalu yang seringkali menjadi tarikan pelancong dari luar.

Antara pulau-pulau menarik yang berdekatan dengan Bandar Kota Kinabalu ialah Pulau Gaya, Pulau Manukan, Pulau Mamutik, Pulau Sapi dan Pulau Sulug. Oleh kerana setiap pulau ini berdekatan antara satu dengan yang lain, maka, ianya telah disatukan di bawah satu nama iaitu Taman Negara Tunku Abdul Rahman.


Masa 15-30 minit akan diperlukan untuk sampai ke pulau-pulau ini menggunakan bot laju dari Terminal Jesselton, Bandar Kota Kinabalu. Bot laju beroperasi dari 7.30am hingga 5pm. Berikut ialah kadar kos pengangkutan bagi bot laju.


Pulau Manukan



Pulau Manukan merupakan pulau kedua terbesar di Taman Negara Tunku Abdul Rahman selepas Pulau Gaya. Ia menyediakan kemudahan seperti kolam renang, gelanggang tenis, restoran dan chalet. Pulau ini menawarkan satu pemandangan batu karang yang indah dan sangat popular di kalangan rakyat tempatan dan pelancong yang begitu menggemari aktiviti menyelam.



Pulau Mamutik




Pulau Mamutik berhampiran dengan resort dan merupakan pulau terkecil di Taman Negara Tunku Abdul Rahman. Pulau Mamutik ialah pulau terdekat dengan Bandar Kota Kinabalu. Pulau ini dimiliki oleh sebuah keluarga kaya yang telah membina rumah di atas pulau ini. Pulau Mamutik mempunyai pemandangan yang cantik dan pokok-pokok yang malar hijau di sepanjang pantai dengan pasir yang memutih. Pulau Mamutik adalah tempat yang sangat sesuai untuk menenangkan fikiran selepas penat bekerja sepanjang minggu.

Pulau Sapi




Pulau Sapi juga terletak di Taman Negara Tunku Abdul Rahman Kota Kinabalu Sabah hanya mengambil masa lebih kurang 25 minit untuk pergi ke sana dari jeti Jeselton Point.Pulau ini terletak tidak jauh dari Pulau Manukan mempunyai tarikan yang lebih kurang sama seperti Pulau Manukan.

P/S : Setakat ini sahaja untuk entri tempat menarik di Sabah part 3. Kita akan sambung lagi dalam part 4 bagi Pulau Gaya dan Pulau Sulug.


2 ulasan:

  1. saya orng semenanjung... tapi first time jejak sabah, saya sudah jatuh hati. Dah 3 kali pergi sabah... cdg2 nak pgi lagi... tak puas duk sabah, kalau boleh menetap sana, dah lama saya nak! tiga2 pulau tu saya dah pergi, murah saja. tak sampai rm50 pun... kan.

    BalasPadam
  2. Berapa lama ya tempoh masa untuk 1 trip melawat semua pulau tu?

    BalasPadam