Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2012

Keputusan penuh Chelsea vs Manchester United 1 November 2012

Keputusan penuh Chelsea vs Manchester United 1 November 2012 bagi pusingan kedua Piala Liga. Berikut ialah keputusan penuh perlawanan Chelsea vs Manchester United yang baru sahaja tamat berlangsung awal pagi tadi, yang menyaksikan Chelsea menewaskan Manchester United, 5-4 pada masa tambahan. Gol-gol Chelsea dijaringkan oleh D. Luiz (31'), G. Cahill (52'), E. Hazard (90'), D. Sturridge (97') dan Ramires (116'). Gol-gol Manchester United Pula dijaringkan oleh R. Giggs (22' & 120'), J. Hernandez (43') dan Nani (59'). Diucapkan tahniah kepada Chelsea.

Pusingan Kedua Piala Liga 2012
Chelsea vs Manchester United
  1 November 2012
3.45 pagi Keputusan Penuh : 5 - 4


Warga emas ditangkap dan dipenjara kerana berucap melebihi 3 minit

RIVERSIDE - Seorang wanita berusia 60 tahun ditangkap selepas berucap melebihi tiga minit yang diperuntukkan pada mesyuarat Majlis Bandaraya Riverside, lapor akhbar Riverside Enterprise, semalam.

Video ketika Karen Wright ditangkap sempat dirakamkan yang menunjukkan warga emas itu digari oleh polis dan didakwa mengganggu mesyuarat awam.
"Bolehkah anda melihat pergelangan tangan saya? Mereka menarik dengan kasar pergelangan tangan saya. Saya tidak boleh bangun tanpa meletakkan tangan saya ke bawah," katanya yang mendakwa polis menggari tangannya pada lututnya. Sementara itu, Datuk Bandar Riverside, Ron Loveridge dan anggota majlis yang lain menafikan mengarahkan penangkapan itu, sebaliknya berkata apa yang berlaku ialah ucapan Wright telah tersasar dengan mengkritik cara majlis tempatan menangani enapcemar sambil menyeret isu kontrak.

Ujar Loveridge, apabila masa Wright tamat, salah seorang daripada dua pegawai polis yang menghadiri majlis itu mula menghampiri Wright tetapi w…

Selebriti mati paling kaya di dunia

Bintang legenda Hollywood, Elizabeth Taylor telah mengalahkan sahabat baiknya, Michael Jackson dalam senarai selebriti mati terkaya di dunia.

Menurut senarai terbaharu yang dikeluarkan oleh majalah Forbes, untuk tempoh dari Oktober tahun lepas hingga Oktober tahun ini, mendiang Taylor telah mengumpul pendapatan tertinggi berjumlah AS$210 juta (RM672 juta) dengan sebahagian besarnya iaitu RM592 juta adalah hasil daripada lelongan barangan peninggalannya yang termasuklah permata, kostum dan lukisan.

Antara harta peninggalan Taylor yang terjual dengan harga paling mahal termasuklah lukisan karya pelukis legenda, Van Gogh pada tahun 1889 - mencecah RM51 juta di samping pulangan bisnes pewanginya, White Diamonds sepanjang tahun lepas yang terkumpul mencecah RM240 juta.

Menurut laporan majalah bisnes itu lagi, pendapatan Taylor untuk tahun lepas juga disumbangkan daripada hasil jualan produksi filem lakonannya yang ditayangkan pada tahun 1963, Cleopatra.

Ini kerana Taylor yang meningga…

Tempat paling sejuk di dunia

Para saintis telah mengenal pasti tempat yang dipercayai menjadi tempat paling sejuk di dunia. Tempat itu dikenali sebagai Ridge, terletak 14,000 kaki di dataran Antartika. Apabila musim sejuk, purata suhu ialah sekitar -70 darjah celsius. Tempat paling sejuk di dunia ini dikenalpasti tidak ada manusia pernah tinggal di sana.

Sepasukan saintis dari Amerika Syarikat dan Australia berjaya mengenalpasti Ridge A daripada imej satelit dan klimatologi model sebagai lokasi pemerhatian terbaik di dunia. Ianya terletak di wilayah Antartika Australia iaitu hampir 90 batu dari lokasi pemerhatian yang sedia ada.


Saunders, ketua kajian, menyatakan bahawa di samping suhu yang sangat rendah, tempat itu juga mempunyai kandungan air yang sangat rendah serta udara.
"Tempat itu sangat tenang, hampir tiada angin dirasai dan sangat sejuk," katanya.  Gabungan semua elemen-elemen ini menjadikannya tempat berkenaan sesuai untuk proses pemerhatian astronomi.
"Imej Astronomi diambil dari Ridge A…

Jumlah kalori mengikut jenis makanan

Jumlah kalori mengikut jenis makanan memang patut diketahui oleh setiap individu yang ingin menjaga kesihatan badan melalui kawalan pemakanan. Secara purata, jumlah kalori yang diperlukan oleh lelaki bagi setiap hari ialah 2,250 kalori, manakala wanita pula ialah 1,800 kalori. Jom lihat di sini jadual kalori mengikut jenis makanan.


KATEGORI : KUIH MUIH

1. Kasui berkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

KATEGORI : LAUK PAUK

1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan…

JAWATAN KOSONG 54

Sedang mencari jawatan kosong terbaru di Malaysia? Jom mohon jawatan kosong terbaru kerajaan atau jawatan kosong terbaru swasta yang ke-54 di sini. Kepada sesiapa yang belum atau lambat mendapat informasi tentang jawatan kosong terbaru dalam sektor awam dan swasta di Malaysia, korang boleh merujuk di sini untuk beberapa jawatan kosong terbaru dan masih terbuka untuk dipohon. Bagi JAWATAN KOSONG TERBARU 53 yang lepas, korang boleh klik di SINI. Korang boleh klik mana-mana senarai jawatan kosong terbaru di bawah untuk maklumat lebih lanjut. Selamat mencuba dan berjaya !!
Jawatan Kosong Di Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang
Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Kajang
Jawatan Kosong Di Institut Pendidikan Guru Kampus Perlis
Jawatan Kosong Di Pejabat Menteri Besar Negeri Johor
Jawatan Kosong Di Yayasan Warisan Johor
Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Kelantan
Jawatan Kosong Di Majlis Agama Islam Negeri Kedah

Gambar Emma Maembong dan Erry Putra dalam pakaian seragam sekolah

Inilah gambar comel Emma Maembong bersama Erry Putra dalam pakaian seragam sekolah. Memang comel dan cun giler Emma Maembong walaupun tidak memakai mekap. Sebenarnya, Emma Maembong kelihatan lebih cantik jika tidak bersolek dan bersahaja. Beliau berpotensi untuk menjadi wanita tercantik di Malaysia akan datang menggantikan gelaran yang sekarang ini masih dipegang oleh Carmen Soo.



27 daripada 129 kanak-kanak adalah mangsa culik kenalan Facebook

JAKARTA - Seramai 27 daripada 129 kanak-kanak yang dilaporkan hilang kepada Suruhanjaya Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan (KOMNAS PA) dipercayai diculik selepas bertemu penjenayah menerusi Facebook, kata pengerusi kumpulan itu, Arist Merdeka Sirait.

Salah seorang daripada mereka berkenalan dengan penculik menerusi laman web sosial itu ditemui mati manakala ada sekurang-kurangnya tujuh laporan penculikan gadis oleh lelaki yang mereka temui di Facebook.

Walaupun tiada data kukuh, polis dan kumpulan bantuan yang bertanggungjawab menangani isu penyeludupan manusia berkata ia menjadi masalah besar di negara itu.

Mungkin Indonesia adalah negara yang unik. Sebaik laporan mula diterima, anda akan tahu ia memang berlaku di banyak negara. Internet adalah antara medium global. Ia tidak membezakan antara kaya dan miskin. Ia tidak membezakan antara ekonomi atau budaya negara, kata pegawai program yang bertanggungjawab ke atas isu perlindungan kanak-kanak online, Anjan Bose.

Laman web yang m…

Senarai 30 lagu Separuh Akhir Muzik Muzik ke-27

Muzik Muzik Separuh Akhir kini kembali lagi dengan edisi ke-27. Kali ini Muzik Muzik Separuh Akhir akan menampilkan 30 buah lagu untuk berentap menempa nama ke Anugerah Juara Lagu 27. Berikut ialah senarai 30 lagu Separuh Akhir Muzik Muzik ke-27 yang bakal bertanding dengan dibahagikan kepada tiga bahagian seperti di bawah.

Bahagian pertama (11 November 2012, 9 malam hingga 10.30 malam)
Cerita Dia - Drama band/Ammar Habir/AepulIdola - Azlan&The Typewriter/Audi Mok/AzlanWatak - Hafiz/Aidit Alfian/AD SamadAku Datang - Tomok/Tomok/Rafidah AbdullahAku Suka Dia - Ainan Tasneem/Ainan Tasneem/Ainan TasneemPelangi Senja - Stacy/Taja/Tun TejaJerrypah - Aizat/Anas & Aizat/AizatMajnun - Hazama/Audi Mok/Audi Mok & Omar KPencinta Terbaik - Sofaz/Edry Abdul Halim/Edry Abdul HalimKasanova - Stacy/Edry Abdul Halim/Edry Abdul HalimBiar Sampai Ke Bintang - Asmidar/Ajai/Ahmad Farid Abdul JalalBahagian kedua (18 November 2012, 9 malam hingga 10.30 malam)
Anak Kampung - One Nation Emcees&…

Keputusan penuh Hougang United vs Harimau Muda 29 Oktober 2012

Keputusan penuh Hougang United vs Harimau Muda 29 Oktober 2012 yang baru sahaja selesai berlangsung sebentar tadi, menyaksikan Hougang United vs Harimau Muda seri tanpa jaringan. Dengan satu mata yang dikutip oleh Harimau Muda, ini meletakkan mereka naik di tangga ke-3 Singapore League dengan mengumpul 42 mata mengatasi kelab Albirex Niigata melalui perbezaan gol. Tahniah diucapkan kepada Harimau Muda kerana mampu bersaing dengan kelab-kelab hebat dari Singapore.


Perlawanan Singapore League 2012
Hougang United vs Harimau Muda
  29 Oktober 2012
7.45 petang Keputusan Penuh : 0 - 0 


Lelaki 12 tahun cedera ditanduk lembu korban

KARACHI - Seorang budak lelaki cedera selepas dia ditanduk seekor lembu jantan yang akan disembelih sempena Hari Raya Aidiladha di sini kelmarin.

Budak tersebut ditanduk semasa haiwan itu mengejar kanak-kanak itu. Bagaimanapun, budak itu hanya mengalami cedera ringan ketika haiwan tersebut terlepas daripada ikatan ketika ia hendak disembelih.

Pemiliknya, Abdul Quddoos berkata, lembu korban tersebut berjaya ditangkap semula dua jam selepas ia terlepas. Sementara itu di bandar Peshawar, seekor lembu korban yang terlepas mencederakan tiga orang termasuk seorang budak lelaki berusia 12 tahun.

Seorang anggota polis, Abdul Waheed berkata, berpuluh-puluh orang mengejar lembu tersebut selama sejam sebelum ia berjaya ditangkap semula.

Di Gaza, seorang lelaki Palestin mati selepas dipijak seekor lembu korban yang terlepas di Rafah, Genting Gaza. Seorang pegawai kesihatan, Ashraf al-Kidra berkata, kira-kira 150 orang dirawat di hospital di wilayah Palestin kerana cedera akibat terkena pisau …

Keputusan penuh Chelsea vs Manchester United 29 Oktober 2012

Apakah keputusan penuh Chelsea vs Manchester United 29 Oktober 2012 yang berlangsung awal pagi tadi? Berikut ialah keputusan penuh Chelsea vs Manchester United 29 Oktober 2012, yang menyaksikan Chelsea tewas kepada Manchester United, 2-3, dalam perlawanan penuh dramatik. Kedua-dua gol Chelsea dijaringkan oleh J. Mata pada minit ke-44 dan Ramires ke-53, manakala gol-gol Manchester United pula dijaringkan oleh D. Luiz (gol sendiri) seawal minit ke-4, R.v. Persie ke-12 dan J. Hernandez ke-75. Perlawanan Chelsea vs Manchester United berlangsung dengan beberapa insiden pergaduhan apabila dua pemain Chelsea dilayangkan kad merah iaitu B. Ivanovic da F. Tores. Diucapkan tahniah kepada Manchester United kerana berjaya menewaskan Chelsea walaupun bermain di tempat lawan.

English Premier League 2012
Chelsea vs Manchester United
  29 Oktober 2012
12.00 AM Keputusan Penuh : 2 - 3

Pelakon Filem James Bond paling cantik di dunia

Siapakah pelakon Filem James Bond paling cantik di dunia bagi korang yang meminati filem ini? Pelakon James Bond paling cantik di dunia ialah Caterina Murino, berasal dari Cagliari, Sardinia, Italy. Caterina Murino dilahirkan pada 15 September 1977, dengan kini berumur 35 tahun. Pelakon Filem James Bond paling cantik di dunia ini merupakan pemenang tempat ke-4 pertandingan Ratu Cantik Itali.







Wanita paling kotor di Asia

Inilah wanita paling kotor di Asia bagi tahun 2012. Wanita paling kotor di Asia ini memang sangat cantik dan menawan namun korang pasti tawar hati nak mengorat dia apabila nampak cairan pekat yang keluar dari hidungnya.




Misha Omar bakal kahwin tahun depan

Misha Omar bakal kahwin tahun depan? Jarang kedengaran kisah terbaru penyanyi bersuara gemeresik, Misha Omar. Dalam diam-diam, Misha sebenarnya masih aktif menyanyi dan dalam proses menyiapkan album terbarunya.

Dari segi kehidupan peribadi, pelantun Bunga Bunga Cinta yang bertunang Februari lalu ini masih mencari tarikh sesuai untuk melangsungkan perkahwinan.

Ini kerana, tunangnya yang juga seorang juruterbang agak sibuk dengan karier. Bagaimanapun, Misha sangat berharap agar dapat menamatkan zaman bujang tahun depan. - Sinarharian


Teknik binatang Dinosaur dihasilkan dalam Filem Jurassic Park

Apakah teknik binatang Dinosaur dihasilkan dalam Filem Jurassic Park? Inilah teknik yang digunakan oleh pembikin Filem Jurassic Park untuk menghasilkan binatang Dinosaur seperti yang kita nampak dalam filem berkenaan. Memang kreatif sungguh pembikin filem barat yang sukar ditandingi oleh negara lain. Jom kita tengok teknik binatang Dinosaur dihasilkan dalam Filem Jurassic Park.








Bertaubatlah ustaz - Sha

“Bertaubatlah ustaz... kembalilah ke pangkal jalan.” Itulah rayuan seorang bekas isteri kepada Mohd Razis Ismail, 30, yang didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Kajang, Khamis lalu, atas tuduhan memalsukan dokumen dan bernikah tanpa kebenaran mahkamah.

Wanita itu yang memperkenalkan dirinya sebagai Sha, 36, berkata, sudah sampai masa Razis menginsafi perbuatannya menganiaya isteri dan bekas isterinya yang lain selama ini.
“Setidak-tidaknya fikirkan masa depan anak, jangan malukan mereka. Saya berharap dia ambil pengajaran dengan apa yang berlaku. Ramai yang marah dan tertipu dengan perbuatannya, jadi berubahlah,” katanya ketika ditemui Metro Ahad di sini.

Sha pernah menjadi isteri Razis pada 2010, namun perkahwinan mereka dibatalkan mahkamah awal tahun ini kerana dinikahkan oleh jurunikah tidak bertauliah. Berikutan pembubaran hubungan itu, anak pertama mereka dianggap anak luar nikah dan kini dibinkan Abdullah, malah nasib sama juga bakal menimpa bayi yang kini dalam kandungan Sha. Buat…

Bayi 5 bulan digigit hantu rumah

GEORGE TOWN - Seorang ibu tidak dapat menahan kesedihan apabila anak sulungnya berusia lima bulan terpaksa menjalani pembedahan di kepala Khamis lalu selepas disyaki didera pengasuh di sebuah rumah di Sungai Nibong di sini.

Kejadian itu disedari oleh wanita berkenaan pada 22 Oktober lalu ketika membawa anak perempuannya menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP) akibat mengalami demam panas.

Sebaik sahaja diperiksa, doktor memaklumkan paru-paru anaknya telah dijangkiti kuman manakala pemeriksaan menerusi mesin pengimbas mendapati ada darah beku di ubun-ubunnya.

Ibu bayi tersebut yang mahu dikenali sebagai Lin mendakwa, anaknya diasuh oleh seorang wanita berusia 20-an sejak berusia dua bulan. Pengasuh itu merupakan jiran lama mereka.

Menurutnya, dia mula curiga dengan cara penjagaan pengasuh berkenaan sebaik sahaja menyedari terdapat kesan lebam dan luka kecil di belakang kepala anaknya pada 27 Ogos lalu.
"Pada masa itu, saya cuba bertanya kepada dia (pengasuh) tetapi dia…

Tasha Shilla yang menawan

Tasha Shilla yang menawan - Walaupun heboh digembar-gemburkan sebagai artis yang dibela oleh Datuk J, namun Tasha menafikan perkara itu sekeras-kerasnya. Tasha kini menjadi ikon kepada kempen I Love Malaysian Designers. Mari layan gambar menawan Tasha Shila di bawah.



Gambar Izara Aisyah tendang dan tumbuk Dato’ Eizlan Yusoff

Inilah beberapa gambar Izara Aisyah pukul dan tumbuk Eizlan Yusoff dalam sesi penggambaran filem terbaru Balun edaran Grand Brilliance. Filem ini diarahkan oleh anak kepada Dato’ Aziz Singah iaitu Bob Singah. Penggambaran filem ini dijalankan di Kamunting, Taiping, Perak Darul Ridzuan. Selain Izara Aishah dan Dato’ Eizlan Yusoff, pelakon-pelakon lain yang turut terlibat sama menjayakan filem ini ialah Beto Kushairy, Reen Rahim, Namron dan ramai lagi.

Kebanyakan lokasi penggambaran dijalankan di sekitar kawasan Kamunting dengan kerjasama pihak kerajaan negeri Perak. Penggambaran filem ini telah dimulakan pada awal bulan september dan dijangka berakhir dalam bulan Oktober 2012. - Rotikaya.com






Penyampai Radio FM paling comel di Malaysia

Penyampai Radio FM paling comel di Malaysia - Siapakah Penyampai Radio FM paling comel di Malaysia? Inilah Penyampai Radio FM paling comel di Malaysia yang dikenali sebagai Feeya atau nama penuhnya Nor Shafiza Iskandar Azizan, berumur 22 tahun, belum berkahwin dan berasal dari Pasir Gudang, Johor.

Feeya yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik, memiliki Diploma Pengurusan Seni dari UiTM. Kini, Feeya merupakan salah seorang Penyampai Radio FM Malaysia dan juga seorang pelakon drama Kasih Alia dan Jamilah I Love U.


Wanita paling cantik di Asia Tenggara 2012

Siapakah wanita paling cantik di Asia Tenggara 2012? Inilah wanita paling cantik di Asia Tenggara 2012 yang korang perlu tahu dan sebagai informasi. Nama wanita ini ialah Monica Nicholle Sandra Dewi Gunawan Basri, berasal dari Pangkal Pinang, Kepulauan Bangka Belitung, Indonesia, dan berumur 29 tahun. Wanita paling cantik di Asia Tenggara 2012 ini merupakan seorang pelakon dan model sepenuh masa di Indonesia. Sandra Dewi mula terlibat dalam bidang seni melalui program Quickie Express bersama dengan Tora Sudiro dan Aming. Jom tengok beberapa gambar wanita paling cantik di Asia Tenggara 2012 ini yang memang lawa dan menawan. Untuk wanita paling cantik di Asia 2012, korang boleh tengok di SINI.








JAWATAN KOSONG 54

Sedang mencari jawatan kosong terbaru di Malaysia? Untuk pengetahuan korang, terdapat jawatan kosong terbaru di Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi jawatan Head of Sales and Marketing. Tarikh tutup permohonan ialah pada 21 November 2012. Maklumat lanjut korang boleh masuk kat laman ini:
Job Vacancies at Permodalan Nasional Berhad (PNB) Bagi JAWATAN KOSONG TERBARU 53 yang lepas, korang boleh klik di SINI. Selamat mencuba memohon. Kita tidak tahu kat mana rezeki kita boleh dapat.


Ramai wanita cemburu dengan kecantikan saya - Rozita Che Wan

Lagi lagi kontroversi pasal Rozita Che Wan. Nampak gayanya, kontroversi bagaikan tak boleh berenggang dengan pelakon yang baru saja pulang bercuti ke London dan Paris, awal bulan ini.

Selain kisah peribadi mengaitkan dirinya dengan artis muda, dikaitkan dengan VIP dan masuk wad hospital gara-gara sakit, terbaru kisah mengenai penyebaran kononnya gambar bogel seorang wanita yang tersebar di internet dikatakan menyerupai dirinya.

Gambar erotik berkenaan difahamkan diambil menerusi perbualan rakaman video. Namun, pengacara program bual bicara Primadona di Astro Prima itu menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu. Hakikatnya, Rozita Che Wan seperti kenyataannya dalam portal murai.com.my menjelaskan dia sendiri tidak tahu menggunakan aplikasi video chat atau rakaman video.

Lebih lucu dalam kenyataannya, Rozita Che Wan berkata, ramai wanita dan golongan lembut teringin memiliki wajah sepertinya. Gambar yang tersebar itu dikatakan sudah disiarkan di sebuah laman blog awal tahun ini dan wanit…

Wanita paling cantik di Asia 2012

Siapakah wanita paling cantik di Asia 2012? Inilah wanita paling cantik di Asia 2012 yang korang perlu tahu. Nama wanita ini ialah Elly Tran Ha, seorang yang berbangsa Vietnam dan berumur 25 tahun. Wanita paling cantik di Asia 2012 ini merupakan seorang model sepenuh masa di Vietnam dan beliau mula terkenal pada tahun 2009 selepas beberapa gambar seksinya tersebar di internet melalui blog. Elly Tran Ha mempunyai ketinggian 1.63m dan berat 47kg.