Gadis cantik berumur 16 tahun dibunuh, dipanggang dan dimakan

Seorang remaja dibunuh dan dimakan oleh dua orang lelaki. Sebelum dibunuh, Karina ada kemungkinannya diperkosa terlebih dulu. Karina Barduchyan, 16 tahun, dikatakan hilang setelah pulang dari sekolah di St. Petersburg.


Polis percaya dia dibunuh dan dicincang pada malam sama. Semua anggota tubuh gadis remaja berkenaan ditemui di dalam beberapa beg plastik yang dibuang di sekitar kota. Dua beg plastik telah dijumpai di dua tempat yang berbeza. Manakala, kedua-dua lelaki tersebut telah ditahan reman untuk membantu siasatan.

Karina memang dikenali oleh kedua pembunuh tersebut. Yuri Mozhnov penjual bunga dan Maxim Golovatskikh penjual daging di pasar. Dalam kejadian malam itu, Karina dirayu untuk ke apartment mereka di mana dia kemudian dibenamkan ke dalam tub mandi. Kedua mereka mengaku telah memakan daging mangsa kerana kelaparan.

Kedua lelaki itu membunuh Karina, kemudian memotong-motong bahagian yang ingin dimakan. Kemudian, tubuh Karina yang telah di pilih itu dipanggang dengan kentang dan dimakan oleh keduanya tanpa perasaan bersalah.

Sumber : kecikbeso.blogspot.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan