Searching...
18.59 0

Adeh !! Gaun seorang aktress China terbuka

CHINA - Seorang aktress wanita di China, Sun Fei Fei, terpaksa menanggung malu dalam Anugerah “Men of the Year 2011″ selepas gaun labuh yang dipakainya terbuka serta-merta akibat dipijak ketika sesi bergambar di lokasi karpet merah ahad lalu.


Ketika kejadian itu, pelakon aktress berkenaan sedang berjalan di lokasi karpet merah bersama seorang pengacara televisyen, Fang Ling. Mereka kemudiannya dipanggil untuk sesi fotografi ringkas.

Selepas bergambar, Sun terus berjalan beriringan dengan Fang Ling ke arah tempat duduk. Tanpa disedari Fang Ling telah terpijak gaunnya menyebabkan pakaian Sun terbuka serta-merta dan menampakkan colinya.


Sun yang terkejut dengan kejadian memalukan itu terus menarik gaun ke atas dan meminta salah seorang pembantunya bergegas mendapatkan baju kot untuk menutup bahagian dadanya yang terdedah. Dia kemudiaanya meninggalkan majlis itu tanpa menghabiskan majlis penganugerahan berkenaan.

Sumber : boyzonne-hijaurimba.blogspot.com

0 Komen:

Poskan Komentar