Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2012

Gambar Aishwarya Rai selepas bersalin

Inilah dia gambar Aishwarya Rai selepas beliau bersalin. Memang cantik dan menawan, maka tidak hairanlah kenapa beliau dianggap aktress tercantik di India.


Makan anai-anai yang hidup rapatkan hubungan suami isteri??

LEDANG - Seorang lelaki yang menjalankan perniagaan khidmat mengawal serangga perosak mendakwa memakan hidup-hidup ratu anai-anai boleh merapatkan hubungan suami isteri, dan, seperti pil Viagra, ia membolehkan pasangan bertahan lama di ranjang.

'Isteri berterima kasih kepada saya selepas kami bersama,' kata Encik Abdul Rahim Abu Bakar, 45 tahun.

Menurutnya, dia mengetahui kehebatan memakan ratu anai-anai itu daripada seorang tabib Cina di bandar ini kira-kira tujuh tahun lalu sebelum mengamalkannya hingga kini.

'Seelok-eloknya, ia dimakan kira-kira 15 minit sebelum bersama dan selewat-lewatnya tiga hari selepas ratu anai-anai dikeluarkan daripada busut untuk mengekalkan khasiatnya.

'Kehebatannya umpama kita berlari maraton tanpa henti. Malah, tabib Cina itu percaya khasiat ratu anai-anai lebih hebat berbanding cicak tokek,' katanya ketika ditemui akhbar Metro Ahad di rumahnya di Serom 1, di sini, baru-baru ini.

Encik Abdul Rahim berkata, ratu anai-anai hanya boleh …

Bapa bakar kemaluan anak berusia 5 tahun

MAKKAH: Seorang ibu kecewa kerana tidak dibenarkan bercerai dengan suaminya oleh sebuah mahkamah di sini, semalam.


Ketika mengadu masalahnya kepada seorang wartawan, wanita itu berkata, dia tidak tahan lagi hidup dengan lelaki yang menjadi bapa tiga anaknya selepas si suami menyerang anak kedua mereka dan memukulnya dengan teruk sebelum mencucuh api pada kemaluan kanak-kanak itu.

“Ia bukan kali pertama dia memukul anak kedua kami, Raghad yang kini hidup dalam trauma.

“Kehidupan kami sekeluarga penuh dengan keganasan fizikal dan penderaan,” kata wanita itu.

Raghad yang berusia lima tahun dikatakan menjadi sasaran untuk melepaskan geram bapanya.

“Dia akan mengusirnya setiap kali kanak-kanak itu mendekatinya. Dia tidak membenarkan Raghad makan bersama. Dia terpaksa makan bersendirian, jauh dari anggota keluarga lain,” kata wanita itu.

Dalam kejadian terbaru, katanya, Raghad cirit-birit. Ketika ditandas, dia dipukul bapanya hingga teruk. Tubuhnya juga dicucuh dengan api. Suami saya juga m…

Bapa bakar anak kerana gagal dapat semua A dalam peperiksaan

TIANJIN - Seorang lelaki yang dipercayai menghidap penyakit mental, memukul anak perempuan sendiri yang berusia 14 tahun di belakang rumah ketika anaknya sedang mandi.


Bapa yang berusia 47 tahun itu bertindak kejam sedemikian kerana kecewa dengan kegagalan anak perempuannya untuk mendapat semua A dalam peperiksaan akhir di sekolahnya. Mangsa terpaksa dikejarkan ke hospital oleh ahli keluarganya akibat 40% badan mangsa melecur termasuk kedua belah kaki dan tangan serta separuh mukanya.

"Saya tidak menyangka seorang ayah sanggup membakar anaknya sendiri hanya kerana gagal mendapat semua A dalam peperiksaan." katanya ibu mangsa.

"Bagi saya keputusan 4A yang diperolehinya sudah cukup baik dan memuaskan" tambahnya lagi ketika ditemuramah oleh media.

Kejadian itu berlaku ketika mangsa berseorangan mandi di belakang rumahnya kerana berkemas-kemas hendak pergi ke sekolah seperti biasa. Manakala lelaki itu kini telah ditahan reman untuk membantu siasatan dan jika didapati…

Wow !! Gambar-gambar hamil Megan Fox

Inilah gambar-gambar Megan Fox, 26, yang sedang mengandung. Suaminya, Brian Austin Green, 38, sangat menyayanginya, dengan tiga gambar terakhir yang dipaparkan adalah diambil ketika ulang tahun perkahwinan kedua mereka di Kona Hawaii.






Warga emas, 101 tahun langgar 9 kanak-kanak

LOS ANGELES - Sembilan orang kanak-kanak cedera empat daripada mereka parah apabila seorang pemandu lelaki berusia 101 tahun merempuh mereka di luar sebuah sekolah di sini, kata beberapa pegawai dan saksi.


Seorang jurucakap Jabatan Bomba Los Angeles, Erik Scott berkata, dua lagi orang dewasa turut cedera dalam nahas yang berlaku pada Rabu lalu.

Pemandu itu, Preston Carter berkata, dia hilang kawalan manakala brek keretanya gagal berfungsi. "Saya minta maaf," katanya kepada seorang jurukamera stesen televisyen ABC7.

Sumber : Kosmo Online

Rooney tinggalkan Manchester United?

MANCHESTER - Penyerang England, Wayne Rooney mahu kekal dan berjuang bagi memastikan masa depannya terus bersama Manchester United.


Rooney menyuarakan keazaman itu selepas laporan akhbar mendedahkan dia berselisih faham dengan pengurus United, Alex Ferguson pada kempen pramusim baru-baru ini.

Situasi itu mencetuskan spekulasi mengenai masa depan Rooney terutama selepas diketepikan daripada kesebelasan utama skuad The Red Devils pada aksi Liga Perdana England menentang Fulham, Sabtu lalu.

Namun, Rooney menerusi laman sosial Twitter peribadinya memberi- tahu: "Beberapa pihak bercakap mengenai Rooney yang akan meninggalkan United.

"Ia sangat mengarut. Saya mahu kekal di Old Trafford."

Bagaimanapun, pemain berusia 26 tahun itu perlu berehat selama dua bulan selepas ditimpa kecederaan paha pada aksi menentang Fulham lalu.

Disebabkan itu, United dilaporkan bersedia untuk menjual Rooney dengan nilai £50 juta (RM246 juta) sekiranya bekas penyerang Everton itu gagal mempamerkan …

Diceraikan suami kerana terlalu cantik

MELBOURNE - Seorang lelaki bertindak menceraikan isterinya selepas berkahwin tiga bulan lepas kerana terlalu cantik dan menawan. Lelaki yang hanya dikenali sebagai Jason, 28, bertindak demikian akibat terlalu cemburu kerana ramai lelaki yang mengganggu isterinya setiap malam melalui telefon atau datang ke rumahnya.

"Saya tidak tahan dengan situasi kehidupan kami sekarang. Isteri saya mempunyai ramai peminat dan sentiasa diganggu. Mungkin adalah lebih baik kalau kami bercerai." katanya.

Isteri beliau, katy, 27, sangat terkejut dengan tindakan demikian dan tidak dapat menerima kenyataan, namun tidak dapat berbuat apa-apa kerana Jason tetap dengan pendirianya.


Isteri bakar suami kerana lambat terima wang bantuan RM300 dari JKM

LEDANG: Hanya kerana lambat menerima wang bantuan RM300 daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), seorang isteri naik berang sehingga tergamak cuba membakar hidup-hidup suaminya di Taman Tun Syed Nasir, di sini, awal pagi semalam.


Lebih mengerikan, si suami yang juga Orang Kurang Upaya (OKU) ditinggalkan begitu saja tanpa belas kasihan sebaik wanita itu, yang dipercayai mengalami masalah mental, menyalakan tilam kelamin dan melihat api semakin marak sambil tersenyum dari luar rumah.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi di Jalan Puyuh, Taman Tun Syed Nasir, mangsa, Ismail Ibrahim, 64, yang ditinggalkan berseorangan di dalam rumah hanya mampu menjerit meminta tolong sebaik menyedari rumahnya terbakar.

Isterinya yang berusia 50 tahun dikatakan keluar rumah dan hanya tersenyum melihat suaminya menjerit meminta tolong.

Tindakan wanita terbabit dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati apabila suaminya memberitahu mereka lewat menerima wang bantuan daripada JKM.

Ismail bernasib ba…

Pencuri maut selepas dibelasah pelajar

ALOR SETAR: Seorang lelaki yang parah akibat dibelasah sekumpulan pelajar sebuah sekolah tahfiz di sini, selepas ditahan kerana memecah masuk asrama sekolah berkenaan, meninggal dunia lapan jam selepas kejadian ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini, semalam.


Dalam kejadian jam 6 pagi itu, suspek dipercayai memecah masuk asrama sekolah berkenaan sebelum ditangkap sekumpulan pelajar tahfiz berkenaan, tetapi berlaku pergelutan sehingga mengakibatkan suspek dipukul.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, suspek dikatakan memecah masuk asrama dan mengambil beberapa beg serta telefon bimbit sebelum tindakannya disedari pelajar.

Sumber : Kosmo Online

Sanggup panjat gunung batu setinggi 275mm untuk ambil gambar perkahwinan??

CHARLESTON - Sejauh manakah anda sanggup lakukan untuk mengabadikan ikatan perkahwinan anda?


Di Amerika Syarikat (AS), sepasang pengantin baharu, Bob Ewing dan isterinya, Antonie Hodge bertindak mendaki sebuah gunung batu setinggi 275 meter dengan lengkap berpakaian pengantin.

Mereka berbuat demikian untuk merakam gambar perkahwinan yang unik dan luar biasa.

Walaupun berdepan kesukaran, usaha pasangan itu berbaloi apabila gambar perkahwinan mereka ditonton lebih 500,000 kali di internet.

Gambar perkahwinan yang dirakam itu menunjukkan lokasinya adalah di puncak Gunung Seneca di negeri Virginia Barat.

Idea untuk mendaki gunung yang curam dan sempit itu datang daripada pengantin perempuan ekoran ibunya, Evangeline Hodge merupakan seorang pendaki gunung.

Turut sama melakukan pendakian termasuklah ibu pengantin perempuan dan rakan-rakan mereka yang juga merupakan pendaki amatur.

"Saya perlu membuktikan kepada diri sendiri bahawa saya mampu mendaki gunung batu ini," kata Ho…

Pelakon $eks, Paris Hilton peluk islam

JEDDAH - Arab Saudi - Artis terkenal, Paris Hilton telah menukar agama kepada islam menurut jurucakap beliau, Ian Brinkham melalui media CBS. Dengan menukar agama kepada islam, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan cara hidup lama sebagai selebriti dan artis terkenal.


Katanya "saya telah menemui kedamaian dalam hidup saya selepas menganut islam. Sebelum ini, saya lebih dikenali sebagai seorang yang tidak bermoral, rendah akhlak dan sanggup melakukan kerja-kerja kotor, tetapi sekarang semua itu sudah berubah. Pujian hanya kepada Allah".

Paris Hilton telah menukar namanya kepada 'Tahirah' yang bermaksud suci dalam bahasa arab. Beliau akan mula memasuki sekolah agama islam pada julai ini. Tindakan mengejut Paris Hilton ini pastinya akan menjadi igauan buruk bagi selebriti-selebriti terkenal yang lain.

Sumber : dailysquib.co.uk

Kerana isteri terlalu ganas, suami hanya tidur waktu pagi selepas isteri keluar kuliah

KUALA LUMPUR: Bagi mengelak menjadi mangsa keganasan isteri, seorang pengurus projek hanya tidur pada watu pagi ketika isterinya keluar menghadiri kuliah, malah tidak berani mendekati isterinya serta menjalani kehidupan seperti pasangan lain sejak enam bulan lalu.


Kejadian itu berlaku selepas mangsa enggan menurut kehendak isterinya yang menuntut cerai meskipun tahu wanita berkenaan menjalin hubungan sulit dengan seorang pensyarah.

Sumber polis berkata, lelaki berusia 42 tahun itu bukan sahaja pernah dicakar dibahu dan leher, malah turut dibelasah di bahagian alat sulitnya keran enggan menceraikan isterinya yang mahu berkahwin dengan kekasih gelapnya itu.

Menurutnya, penderitaan mangsa bermula pertengahan Mac lalu apabila wanita berkenaan membelasah mangsa hingga bengkak di muka sebelum membuat laporan polis palsu selepas suaminya meminta pengakuan terbuka mengenai hubungan sulit isterinya dengan kekasihnya.

"Menyedari tembelangnya pecah, wanita itu meminta diceraikan melalui…

Kesian !! Bayi perempuan parah diserang kucing ketika tidur

LONDON: Seorang ibu dikejutkan jeritan bayi perempuannya awal pagi semalam dan mendapati dia cedera diserang kucing jiran di dalam katilnya.


Menurut Samantha Gittus, ketika dia bergegas memeriksa anaknya, kucing berkenaan masih menyerang muka anaknya, Georgie, 17 bulan.

Samantha, 23, kemudian bergegas membawa anaknya ke hospital dan doktor terpaksa mengenakan 17 jahitan untuk mencantumkan semula luka berkenaan.

Luka itu dipercayai akan menjadi parut kekal di kening Georgie. Insiden itu adalah yang terbaru membabitkan serangan kucing ke atas manusia. Ia mencetuskan desakan awam supaya ada undang-undang digubal bagi mengawal kucing berbahaya - sama seperti dilakukan ke atas anjing. Kata Samantha, pengalaman itu amat menakutkan.

“Hingga kini kucing itu masih berkeliaran di halaman kami dan tiada apa dapat dilakukan,” katanya. Ekoran kejadian itu, Samantha - seorang pelayan sambilan - bercadang berpindah ke rumah lain berhampiran Salisbury.

Katanya, kucing itu masuk melalui tingkap terbuk…

Mahkamah saman ketua kampung RM50 kerana maki polis

KUALA KANGSAR: Seorang bekas ketua kampung didenda RM50 oleh Mahkamah Majistret semalam, selepas didapati bersalah mengeluarkan kata-kata kesat dan mengaibkan terhadap anggota polis, dua tahun lalu.


Tertuduh, Mohd Ridzuan Asit, 44, bekas Ketua Kampung Sungai Ati, Padang Rengas didakwa mengikut Seksyen 14, Akta Kesalahan Kecil 1955 dan boleh didenda maksimum RM100 kerana memaki Koperal Omar Saari dari Balai Polis Kuala Kangsar.

Mohd Ridzuan yang juga Pengerusi Ketua Kampung Pakatan Rakyat Negeri Perak didakwa melakukan kesalahan itu di hadapan Pasaraya Hari-Hari di Jalan Kangsar kira-kira jam 5.55 petang pada 9 Disember 2010 kerana tidak berpuas hati dengan tindakan polis menyaman kenderaan orang awam di hadapan pasar raya itu.

Majistret Noordura Mohamed Din menjatuhkan hukuman denda RM50 kepada tertuduh selepas Mohd Ridzuan membuat pengakuan bersalah.

Mohd Ridzuan yang tidak diwakili peguam, pada mulanya mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan kali pertama diba…

Bodoh !! Hanya kerana berebut wanita cantik ini, 17 orang mati dipenggal

KABUL - Seorang jurucakap di Afghanistan menyatakan, 17 orang termasuk yang ditemui mati dengan kepala mereka dipenggal kelmarin merupakan mangsa yang terperangkap dalam pergaduhan melibatkan dua komander kumpulan Taliban.


Beberapa pegawai tempatan sebelum ini mendakwa, kumpulan Taliban menyerang satu parti di kawasan yang dikuasai mereka di selatan Afghanistan dan memenggal kepala 17 orang termasuk dua wanita, malam Ahad lalu.

Seorang pegawai tersebut, Neyamatullah Khan berkata, mereka dibunuh kerana mengadakan parti yang melibatkan pergaulan bebas antara lelaki dan wanita berserta iringan muzik serta acara tarian yang melanggar ajaran Islam.

Serangan kejam itu berlaku di sebuah rumah dekat daerah Musa Qala, sekitar 75 kilometer ke utara ibu negeri wilayah Helmand, Lashkar Gah.

Namun, jurucakap gabenor wilayah Helmand memberitahu, semua mangsa maut akibat terperangkap dalam pergaduhan melibatkan dua komander kumpulan Taliban.

Jurucakap berkenaan, Daoud Ahmadi berkata, mereka bergaduh…

Kelab China bakal jual Drogba dan Anelka?

SHANGHAI - Dua bekas penyerang Chelsea, Didier Drogba dan Nicolas Anelka berkemungkinan besar bakal dijual kelab China, Shanghai Shenhua gara-gara kemelut pengurusan kelab itu.


Akhbar China Daily mendedahkan, pengerusi kelab, Zhu Jun yang meme- gang saham sebanyak 28.5 peratus di- laporkan hanya bersedia mengeluarkan peruntukan jika permintaannya menguasai majoriti keputusan kelab itu dipersetujui pemegang saham lain.

Difahamkan, beliau tidak berpuas hati apabila peratusan sahamnya tidak meningkat biarpun telah membuat pelaburan sebanyak $94 juta (RM289 juta) sejak lima tahun lalu.

Disebabkan itu, Jun dilaporkan mahu pengurusan Shenhua menandatangani perjanjian baharu.

Menerusi perjanjian itu, beliau bersedia mengeluarkan dana sebanyak $23.6 juta (RM 72.7 juta) dalam tempoh dua tahun jika sahamnya meningkat sehingga 70 peratus.

"Ia sesuatu yang cukup mendukacitakan kerana memberikan impak terhadap pembangunan kelab.

"Ketika ini, operasi kelab dilihat tergendala gara-gar…

Suami tanam isteri di bawah tanah dalam biliknya

MALANG: Penduduk di Kampung Roggowuna terkejut apabila mendapati seorang warga tua, Samijah, 75, mati dan ditanam oleh suaminya, Kaseri, di dalam bilik.


Mangsa selama ini hanya tinggal bersama suaminya dan meneruskan hidup dengan memperoleh bantuan makanan daripada jiran.

Penduduk mendapat tahu Samijah sudah meninggal dunia apabila seorang jiran, Siti, 50, yang biasa menghantar makanan kepada pasangan itu setiap pagi, dilarang oleh Kaseri.

Curiga dengan perbuatan Kaseri, Siti meminta bantuan penduduk lain.

Ketua Kampung, Budi Santoso berkata, orang kampung tiba di rumah pasangan itu dan meminta Kaseri, yang kebelakangan ini kerap mengalami gangguan jiwa supaya membuka pintu yang dikunci.

“Ketika kami masuk, kami dapati mayat Samijah ditanam dalam timbunan tanah di bawah meja,” katanya.

Sumber : Kosmo Online

Jurulatih asing akan diberi status penduduk tetap?

CADANGAN pemberian taraf kerakyatan kepada jurulatih asing yang bernaung di bawah Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan dibawa ke Kabinet dalam tempoh terdekat.


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, kerajaan harus mempertimbangan perkara tersebut dalam usaha melahirkan atlet berstatus bintang.

Malah jelasnya, khidmat serta kepakaran jurulatih luar yang terbukti mempamerkan kecemerlangan membentuk atlet yang mampu berdiri sebaris jagoan dunia amat sukar diperoleh.

"Sesetengah negara memberi status kerakyatan kepada atlet luar yang cemerlang tetapi ia bukan model pilihan kita kerana jika mereka sudah berusia maka habislah sumbangan mereka.

"Namun, bagi kes jurulatih ia berbeza kerana mereka mampu melahirkan lebih ramai atlet berpotensi untuk mewakili negara ke temasya sukan berprestij dan tidak salah jika mereka (jurulatih) diberikan taraf penduduk tetap," katanya.

Sebelum itu beliau diminta mengulas cadangan memberikan taraf kerakyatan kepada…

Chong Wei kahwin Wong Mew Choo tahun depan

KUALA LUMPUR - Pemain badminton nombor satu negara Datuk Lee Chong Wei bakal menamatkan zaman bujangnya dengan bekas pemain perseorangan badminton wanita negara, Wong Mew Choo, tahun depan.


Pemenang pingat perak Olimpik London itu berkata beliau kini bersedia berkahwin dengan Wong yang dikenalinya sejak 2001 ketika mereka bersama-sama mengikuti
kem latihan badminton negara.

Bagaimanapun, Chong Wei enggan menyatakan tarikh atau tempat yang dipilih untuk meraikan majlis bersejarah itu memandangkan semuanya masih dalam perancangan.

"Mungkin saya akan mengundur diri tahun depan kerana pertandingan penting sudah berakhir dan mula merancang memandangkan saya bukan lagi muda," katanya kepada Bernama.

Sebelum ini, pemain berusia 30 tahun itu pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin tahun hadapan, bagaimanapun ketika itu beliau tidak mengumumkan wanita pilihannya.

Menurutnya beliau tidak mahu kisah cintanya itu dipandang negatif sehingga mengganggu fokus dan persiapan beliau ke Olim…

Gadis melayu memang cantik menawan

Gadis melayu memang cantik menawan - Kecantikan adalah sesuatu yang subjektif. Namun dalam setiap masyarakat, pasti ada ciri-ciri kecantikan menurut pandangan mereka sendiri. 

Kecantikan itu sebenarnya adalah anugerah Tuhan kerana Tuhan mencipta manusia sebagai makhluk yang paling cantik.






Tembak mati anak sendiri kerana disangka monyet

KATHMANDU: Seorang petani di selatan Nepal, menembak mati anak lelakinya berusia 12 tahun kerana disangka seekor monyet mahu mencuri tanamannya, kata polis semalam.


Chitra Bahadur Pulami memanjat pokok untuk menghalau monyet yang sering mengganggu keluarga mereka tetapi bapanya, Gupta Bahadur, 55 ternampak budak lelaki itu lalu melepaskan tembakan kerana menyangka anaknya itu adalah haiwan berkenaan.

Deputi Superintenden daerah Arghakhanci, Arun Poudel berkata, “Anak lelakinya itu menyorok di atas pokok di kebun mereka untuk menghalau monyet yang sering ke situ untuk mencari makanan di ladang jagung.” Katanya, kanak-kanak lelaki itu mati serta-merta selepas Gupta melepaskan tembakan. Siasatan awal kami mendapati, bapanya tidak sedar anak lelakinya itu pergi ke ladang jagung untuk menghalau monyet,” katanya.

Arun berkata, Gupta kini dalam tahanan polis dan senjata yang digunakan ketika menembak anak lelakinya itu, turut dirampas.

Tiga spesies monyet, berasal dari Nepal iaitu Rhesus dan…

Bolt ulangi hasrat mau sertai Manchester United

MANCHESTER - Pelari terpantas di muka bumi, Usain Bolt mengulangi hasratnya untuk menyertai kelab gergasi England, Manchester United.

BOLT memegang jersi United bernombor 963 sebagai signifikan dengan catatan masa 9.63s yang dilakarnya pada Sukan Olimpik 2012 di London baru-baru ini.
Bolt pernah menyuarakan hasrat tersebut sebaik melakar rekod baharu dalam acara pecut 100 meter pada temasya Sukan Olimpik 2012 di London baru-baru ini.

Dia kemudiannya dilaporkan telah bersemuka dengan pengurus United, Alex Ferguson sebelum pasukan kegemarannya itu menewaskan Fulham 3-2 dalam aksi Liga Perdana England di Stadium Old Trafford malam kelmarin.

"Saya bakal menjadi pemain terpantas dalam skuad United.

"Justeru, saya percaya mampu membuat perubahan yang besar bersama kelab ini," kata Bolt kepada Ferguson.

Bolt dilaporkan kembali semula ke London selepas memenangi acara 200 meter dengan catatan masa 19.58 saat pada kejohanan olahraga Liga Berlian Lausanne, Switzerland pada Rabu m…

Makan anjing beri khasiat yang luar biasa

Terdapat hampir 11 juta haiwan peliharaan di China pada tahun 2007, di mana menurut Euromonitor International, jumlah itu telah meningkat daripada 10.8 juta pada 2006. Haiwan yang dipelihara termasuklah burung, ikan dan reptilia.


China menganggarkan terdapat kira-kira 150 juta anjing peliharaan di negara itu. Statistik bagaimanapun menunjukkan masih banyak haiwan peliharaan yang tidak didaftarkan oleh industri berkenaan.

Euromonitor meletakkan angka sebanyak 26.8 juta dan mengatakan China mempunyai 10.7 juta kucing peliharaan.

Meskipun kemunculan pembela haiwan peliharaan mengikut gaya barat, daging anjing masih popular sebagai masakan musim sejuk di sebahagian negara China.

Beijing mempunyai lebih 120 buah restoran yang menghidangkan daging anjing walaupun laporan media mengatakan bahawa banyak yang telah ditutup apabila bandar tersebut cuba mengubah imejnya sebelum menganjurkan Sukan Olimpik pada bulan Ogos ini.

Dikenali sebagai daging yang berbau harum, daging anjing dikatakan memp…

Angkasawan AS Neil Armstrong meninggal dunia

WASHINGTON: Angkasawan Amerika Syarikat (AS), Neil Armstrong, manusia pertama menjejakkan kaki ke Bulan meninggal dunia, lapor media AS hari ini.


Beliau berusia 82 tahun. Armstrong menjalani pembedahan jantung awal bulan ini selepas doktor mendapati ada sekatan di pembuluh jantungnya.

Beliau dan rakan angkasawan yang menaiki Apollo 11, Buzz Aldrin mendarat di bulan pada 20 Julai 1969 yang mencatat satu sejarah hebat serta mendapat tontonan ratusan juta penduduk dunia.

Sumber : Berita Harian Online

Wanita Malaysia ke-3 paling ramai curang di dunia

ACCRA, Ghana - Wanita Malaysia adalah yang ketiga paling ramai curang di dunia, menurut akhbar laman berita GhanaWeb kelmarin yang memetik laporan akhbar China Press.


Penemuan mengejutkan itu dibuat berdasarkan satu kaji selidik yang mendapati 39 peratus wanita Malaysia mengaku mencurangi pasangan mereka.

Senarai tersebut diungguli oleh Ghana apabila 62 peratus wanitanya mengaku curang diikuti oleh Thailand sebanyak 59 peratus.

Wanita Rusia pula dianggap keempat paling curang di dunia dengan angka 33 peratus diikuti Singapura di tempat kelima dengan 19 peratus.

Kaji selidik sama turut mendapati pasangan di Thailand adalah paling curang di dunia dengan 54 peratus manakala Korea Selatan berada di tempat kedua apabila 34 peratus rakyatnya dilaporkan bermain kayu tiga.

Sumber : Kosmo Online

Khairul Fahmi Che Mat hampir maut kemalangan

Semalam, penjaga gol kebangsaan terkenal, Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali sebagai Apex dikhabarkan cedera di dalam sebuah kemalangan. Beberapa minit lalu, saluran berita Astro Awani mengesahkan beliau terlibat dalam kemalangan itu menerusi Twitter mereka. Facebook Kelantan FA turut menunjukkan sekeping gambar kereta berjenama Audi yang didakwa milik Khairul Fahmi. Kemalangan dikatakan berlaku di  Kampung Badak, Bachok Kelantan. Sehingga kini, keadaan Khairul Fahmi masih menjadi tanda tanya.


Sumber : terbakor.com

Hentikan menuduh Group Forteen sebagai kumpulan lelaki gay

PETALING JAYA: Kumpulan vokal baru, Forteen meminta masyarakat tidak tersalah anggap dengan melabelkan mereka sebagai lelaki gay kerana penampilan yang kemas dan bergaya.


Anggotanya Muhammad Izzul Islam Mazlan, 22, (Izzue) berkata, imej dan fesyen yang mereka gayakan hanyalah penampilan luaran mengikut konsep muzik yang dipertaruhkan.

“Memang sudah banyak kali kami dengar mengenai tuduhan kononnya Forteen adalah kumpulan lelaki gay dan songsang kerana imej yang kami tonjolkan.

“Orang perlu tahu bahawa imej dan fesyen ini hanya luaran sahaja. Hakikatnya, kami adalah lelaki sejati,” katanya ketika ditemui di Menara Star di sini.

Ariz atau nama sebenarnya Saiful Ridzuan Abd Hamid, 23, berkata, dakwaan itu tidak menjadi isu kerana ibu bapa mereka mengetahui siapa diri mereka yang sebenar.


“Sejak awal kemunculan perkara ini sudah timbul, jadi kami ambil pendekatan untuk tenang menghadapinya. Tiada apa perlu dirunsingkan kerana ia bukan perkara besar pun.

“Ibu bapa tahu…

Digigit buaya ganas ketika berak (buang air besar)

KUCHING – Kejadian serangan buaya di Sarawak berterusan apabila seorang lagi mangsa hampir dibaham reptilia ganas tersebut di Sungai Santubong, Pending Industrial Estate di sini semalam.


Dalam kejadian pukul 8 pagi itu, seorang buruh binaan warga Indonesia yang dikenali sebagai Paie, 32, terpaksa bergelut selama satu minit dengan seekor buaya dipercayai daripada speses jejulong sebelum berjaya melepaskan diri.

Lebih malang, lelaki yang berasal dari Kepulauan Jawa itu dikatakan sedang mencangkung di tebing sungai untuk membuang air besar, namun belum sempat melepaskan ’hajat’, punggungnya telah digigit buaya sepanjang kira-kira dua meter.

Paie yang ditemui di Hospital Umum Sarawak memberitahu, sebelum kejadian, dia berseorangan turun ke tebing sungai berhampiran rumah kongsi untuk membuang air besar.

“Saya baru mencangkung dan tiba-tiba terasa ada sesuatu menerkam punggung saya dari arah belakang dengan begitu kasar sekali.

“Selepas menyedari ia seekor buaya, saya berpaut pada sebatang…

Rozita Che Wan mahu lelaki kacak dan tidak banyak kerenah

KUALA LUMPUR: Biarpun sudah berulang kali dikaitkan dengan lelaki muda, aktres Rozita Che Wan tidak keberatan mengakui dia sebenarnya mencari jejaka kacak, berkemampuan dan tidak banyak kerenah.

Rozita berkata, ciri-ciri itu adalah kriteria utama yang ditekankannya dalam membuat penilaian terhadap mana-mana lelaki muda yang cuba mendekatinya.

“Kalau saya hendak berkawan dengan lelaki muda, biarlah orang itu menepati kriteria yang saya cari.

“Saya suka lelaki yang kacak, tidak banyak kerenah dan matang dalam menangani hubungan, bukannya lelaki yang perlu saya bimbing,” katanya ketika ditemui mStar Online.

Justeru itu, kata pelakon siri Miss Octopus, ini jika dia ditipu atau dipermainkan, ia tidak begitu menyakitkan kerana menyedari hakikat dia menjalin hubungan dengan lelaki yang menjadi idaman ramai wanita.

“Kalau ditakdirkan saya dipermainkan oleh golongan itu, ia logik kerana saya sedar hakikat lelaki itu kacak dan berduit, sekali gus dia boleh buat perangai dan diidamkan ramai …

Perayaan makan daging anjing

Gambar dibawah adalah gambar semasa festival memakan anjing pada tahun 2006.