Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari April, 2012

Siti Saleha bercinta dengan penjaga gol Sabah

JIKA pemain bola nombor satu negara yang kini menjadi ayam tambatan kelab Pelita Jaya di Indonesia, Safee Sali baru sahaja sah bercerai talak satu dengan isterinya, Sabrina Yusof dan tidak lama dulu penjaga gol Kelantan yang juga penjaga gol kebangsaan Khairul Fahmi Che Mat gempar dengan isu putus tunangnya bersama Elia, lain pula halnya dengan penjaga gol Sabah, Syed Adney Syed Hussein.

Benar, mungkin Adney tidak sepopular Safee atau Khairul Fahmi. Dan apa halnya pula tiba-tiba nak cerita tentang Adney. Memang kena cerita sebab Adney kini sedang hangat bercinta dengan seorang pelakon cantik, Siti Saleha. Aktres cantik Siti Saleha ini merupakan pemegang karakter Nora Elana dalam drama TV popular “Nora Elana” yang disiarkan tahun lalu.

Hal itu disahkan sendiri oleh Saleha. Katanya dia kini sedang bercinta dengan Syed Adney yang juga merupakan adik kepada pelakon Sharifah Sofea. Ia juga bagi menjernihkan salah faham segelintir pihak yang mendakwa kekasihnya merupakan penja…

Supermodal tempatan meninggal dunia

13 Apr – Takziah diucapkan kepada keluarga supermodel terkenal negara, Shida Yaacob yang telah meninggal dunia baru-baru ini.

Menurut MHOnline, model terkenal Malaysia di awal 90-an ini meninggal dunia akibat menghidap penyakit luekimia.

Tahap kesihatan Shida yang dikatakan semakin tenat sejak kebelakangan ini akhirnya telah menghembuskan nafas terakhir pada pukul 3 pagi di kediamannya di Damansara.

Arwah yang sememangnya terkenal di dalam bidang peragaan dan seringkali menghiasi iklan komersial telah meninggal pada usia 41 tahun.

Jenazah telah selamat dikebumikan sebelum Zohor pada Rabu lepas.

Sumber : my.entertainment.yahoo.com