Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2012

Duit palsu jadi hantaran kahwin

BANDAR SERI BEGAWAN: Kegembiraan seorang ibu tunggal menerima menantu baru, bertukar peristiwa pahit apabila mendapati wang hantaran belanja hangus yang diterimanya adalah kepingan wang kertas palsu.

Wanita yang mahu dikenali sebagai Juli berkata, dia tidak menyangka perkara ini boleh berlaku, apatah lagi urusan perkahwinan anak perempuannya dibuat secara teratur dan mengikut adat.

Katanya, majlis perkahwi nan anak perempuannya itu diadakan secara serentak dengan majlis menghantar tanda, tunang dan akad nikah pada 1 Januari, lalu.

Katanya, setelah menerima barang hantaran dan wang belanja sebelum akad nikah dilangsungkan, dia membawa barang itu ke dalam bilik untuk diperiksa.

Namun begitu, dia terkejut apabila membuka bingkai kayu tempat wang itu diletakkan, dan mendapati ia adalah wang palsu.

Juli segera memberitahu bekas suaminya yang hadir sebagai wali untuk anak perempuannya dan meminta menghentikan pernikahan itu. Bekas suaminya menolak kerana bimbang keputusan it…

Bilionair maut makan daging kucing beracun

BEIJING: Kematian mengejut seorang bilionair di selatan China mendorong polis menyiasat kemungkinan dia maut akibat memakan daging kucing.

Long Liyuan, 49, mati pada 23 Disember lalu di wilayah Guangdong selepas berkongsi hidangan daging kucing rebus bersama dua lelaki lain ketika makan tengah hari.

Daging kucing rebus adalah menu lazim di selatan China.

Seorang daripada lelaki terbabit, Huang Guang, ditahan pada Jumaat lalu kerana disyaki mencampur racun ke dalam hidangan itu dengan sejenis herba.

Menurut polis, Huang dan Long mempunyai masalah perniagaan sesama mereka sebelum ini.

Huang - bertugas sebagai Timbalan Pengarah Pertanian Bajia di Guangdong - disyaki memasukkan sejenis pokok beracun yang boleh ditemui di hutan China.

Ketiga-tiga mereka jatuh sakit, tetapi Long akhirnya mati kerana dia memakan lebih banyak hidangan berkenaan. Individu ketiga dalam jamuan makan itu, Huang Wen - juga rakan Long - hanya menjamah sedikit daging berkenaan kerana ia “lebih pahit” da…