Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Disember, 2011

Ganti rugi dibuli RM474.7 bilion

CHICAGO, Amerika Syarikat (AS) - Juri di sebuah mahkamah di daerah Fayatte, negeri Texas pada Selasa lalu memutuskan ganti rugi sebanyak AS$150 bilion (RM474.7 bilion) diberikan kepada keluarga seorang budak lelaki yang terbakar pada ulang tahun kelahirannya yang kelapan akibat dibuli oleh seorang jirannya, kata seorang peguamnya kelmarin.

Budak lelaki itu, Robbie Middleton diserang oleh seorang jiran, Don Wilburn Collins yang berusia 13 tahun pada 28 Jun 1998.

Collins mengikat Middleton di sebuah hutan dan mencurahkan badan mangsa dengan minyak tanah sebelum membakarnya.

Middleton berjaya melepaskan diri dan meminta bantuan.

Selama lima bulan, Middleton sengsara kerana terpaksa berulang kali menjalani pembedahan untuk menggantikan kulitnya.

Dia meninggal dunia akibat kanser kulit pada 29 April lalu.

Seluruh badannya terbakar kecuali tapak kakinya.

Middleton yang pernah memberikan keterangan menerusi rakaman video menyatakan Collins melakukan serangan seksual ke atasnya dua ming…

Salman halau Shah Rukh dari kapal terbang

KEJADIAN lucu telah berlaku antara Salman Khan dan Shah Rukh Khan yang dikatakan secara tidak sengaja telah menaiki kapal terbang yang sama untuk ke New Delhi baru-baru ini.

Umum mengetahui hubungan antara kedua-dua aktor tersohor Bollywood itu tidak baik tetapi takdir telah menemukan kedua-duanya dalam kapal terbang yang sama.

Ujar sumber: "Shah Rukh yang baru memasuki perut kapal terbang penerbangan ke New Delhi di bahagian kelas bisnes terkejut apabila mendapati Salman telah duduk di salah satu kerusi di situ.

"Sedangkan ketika itu Salman serta krew filem terbaharu lakonannya, Ek Kha Tiger juga berada dalam kapal terbang itu. Apabila Shah Rukh melihat Salman dalam kapal terbang itu, dia kelihatan panik sambil menelefon seseorang dan serta-merta turun dari kapal terbang itu."

Namun jurucakap Shah Rukh pula telah memberi alasan yang tersendiri yang boleh dipersoal kebenarannya.

Katanya: "Shah Rukh pada awalnya mahu menaiki jet peribadi. Namun, disebabka…

Elakkan perut anda menjadi buncit ...

Pelbagai cara boleh dilakukan untuk membakar lebihan lemak di dalam badan. Antara cara yang sering dilakukan adalah melalui senaman dan bersukan. Walaubagaimanapun, lemak terutamanya di bahagian perut, adalah sukar untuk dihapuskan hanya dengan melakukan senaman dan bersukan. Lebihan lemak yang diperolehi melalui pemakanan, juga boleh disusutkan melalui pemakanan. Terdapat beberapa makanan yang dikenalpasti boleh menyusutkan lemak, terutamanya di bahagian perut.
Lemak di bahagian perut akan menyebabkan perut seseorang kelihatan buncit. Masalah perut buncit ini turut dihadapi oleh individu yang tidak mempunyai berat badan berlebihan. Bagi mengelak dan mengatasi masalah tersebut, amalkan pengambilan makanan-makanan berikut.
1. Kebanyakan individu tahu bahawa yogurt adalah makanan yang sangat sihat kerana ia kaya dengan kalsium, tetapi tidak ramai yang tahu ia juga sangat membantu dalam mengurangkan berat badan dan membakar lemak di bahagian perut. Menurut kajian yang dilakukan di…