Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2011

JAWATAN KOSONG 37

Anak perempuan cederakan ayah sendiri kerana tidak kongsi makanan "potato salad"

Pihak polis telah menahan seorang wanita berumur 45 tahun kerana mencederakan bapa sendiri selepas ayahnya menolak untuk berkongsi makanan potato salad dengan beliau.

Menurut sumber rasmi, Karen Henry yang menetap di Palm Bay, dilaporkan melakukan keganasan terhadap bapa sendiri dengan menggunakan pisau. Kejadian itu berlaku pada 22 Oktober yang lepas. Bapa Karen Henry berumur 80 tahun.  
"Karen yang tiba-tiba marah selepas beliau tidak diberikan makanan potato salad, telah bertindak ganas dengan membuang dan merosakan barang-barang dapur," menurut laporan yang dipetik dari The Daytona Beach News-Journal States. "Dia kemudiannya mengambil sebilah pisau besar di dapur dan cuba mengugut ayanhya,".

Bapa Karen, Hubert, melindungi dirinya dengan sebuah kerusi sebelum melarikan diri ke biliknya dan membuat laporan polis.
Sumber : Huffingtonpost

Suami denda isteri RM1,561 kerana lahirkan anak perempuan

PATNA: Tindakan seorang lelaki di Bihar kelmarin mengenakan denda kepada isterinya 25,000 rupee (RM1,561) kerana melahirkan bayi perempuan, memaksa pentadbiran tempatan campur tangan.

Nargis, bayi perempuan yang dilahirkan di kampung negeri jiran Uttar Pradesh adalah antara bayi yang diiktiraf sebagai penduduk dunia ke-7 bilion. 

Pihak berkuasa campur tangan dalam isu itu selepas Mohammad Manzoor, dari daerah majoriti Islam di Purnea, Bihar menghalau isterinya, Shahnaz, 30, dari rumah mereka dan hanya membenarkan beliau kembali ke rumah itu selepas membayar denda yang dikenakan.

Menurut pegawai di kawasan itu, Manzoor turut mengisytiharkan denda akan berganda jika isterinya melahirkan bayi perempuan lagi, lapor Gulfnews.

“Saya tidak mahu anak perempuan, ini terlalu membebankan,” katanya.

Ditinggalkan tanpa pilihan, wanita itu mengemukakan aduan kepada pentadbiran daerah tempatan untuk mendapatkan bantuan.

“Saya dihormati keluarga mentua sebelum ini tetapi sebaik melahir…