Kucing jadi teman bayi selepas dibuang oleh ibunya


PARIT PANJANG – Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan atas kerusi di hadapan rumah seorang penoreh getah di Kampung Charuk Bakap, semalam. Ketika ditemui, bayi malang berkenaan hanya ditemani seekor kucing.

Penoreh getah, Maimunah Bidin, 55, berkata, dia mendengar tangisan bayi kira-kira jam 12 tengah malam namun tidak mempedulikannya kerana menyangka ia adalah tangisan bayi jirannya yang berusia lapan bulan.

“Kira-kira jam 3 pagi, sekali lagi tangisan bayi itu didengari namun saya tidak memeriksa keadaan di luar rumah kerana bekalan elektrik terputus.

“Bagaimanapun, sewaktu anak saya bersiap-siap untuk ke sekolah, bunyi tangisan bayi masih lagi kedengaran menyebabkan saya terus mengambil lampu suluh dan keluar mencari sebelum terlihat kaki bayi terjulur keluar dari kain pelikat yang membaluti badannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Maimunah yang lebih dikenali sebagai Mak Tam berkata, ketika dia menemui bayi berkenaan, kucing kesayangannya kelihatan tidur di sebuah lagi kerusi, seolah-olah menemani bayi yang tidak berdosa itu.

Kira-kira jam 7.50 pagi semalam, pegawai perubatan dari Klinik Kesihatan Parit Panjang membawa bayi yang dipercayai baru dilahirkan itu untuk menjalani pemeriksaan lanjut di Hospital Sultan Abdul Halim. - SH Sungai Petani/ROSNANI SAAD & RIZAL ABDULLAH.

Sumber : Minda khayalan

7 Responses to "Kucing jadi teman bayi selepas dibuang oleh ibunya"

  1. Salam;
    ada lagi kes buang bayi ni..tapi yang ni ok sikit dia tak bunuh atau buang kat tong sampah...

    BalasPadam
  2. nasib ada kucing boleh temankan baby..

    BalasPadam
  3. nseb baek bukan anjing yg teman

    BalasPadam
  4. kucing tu pun ada perasaan kasihan pada bayi tersebut kan. Kita yang jadi manusia ni tak boleh nak berfikir pula.kan cian kat baby yang comel tu

    BalasPadam
  5. nape pic baby ni baby mat salleh? ni gambar hiasan ke ape? anyway..nk tgk gak pic yg real.. sian bby tuh

    BalasPadam
  6. binatang pun ada hati nk beri kasih sayang dia pada baby dgn cara temankn dia( baby) berbanding dgn manusia yang sepatutnya lebih dripada patut beri dgn cara beri belaian ksih syg n dll.. malahan trus dibuang...huh~~ kesal...

    BalasPadam

dzulCYBER