Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Oktober, 2011

Lahirnya babi berkaki dua

Di negara China, babi bukan sahaja untuk dimakan tetapi juga dijadikan selebriti kerana keupayaannya berjalan walaupun hanya memiliki dua kaki.


Gantung diri kerana putus cinta

KULAIJAYA: Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, kelmarin.

Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.

Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan memutuskan perhubungan cinta mereka.

“Kurang dua jam kemudian, remaja lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang berkaitan beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah meninggal dunia.

“Remaja lelaki itu kemudiannya menceritakan apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal denga…

JAWATAN KOSONG 36

Dipenjara sehari dan didenda RM700 kerana curi coli dan jeans

KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri dua coli dan sehelai seluar jeans di sebuah pusat beli-belah terkemuka, seorang pembantu makmal dipenjara sehari dan didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu terhadap Noraida Bahari, 36, selepas ibu kepada dua anak itu mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.

Zaki Asyraf juga mengarahkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu kelmarin.

Tertuduh juga berdepan dengan penjara tujuh hari sekiranya tidak membayar denda itu. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri seluar jeans jenama Seed dan coli jenama Audrey bernilai RM72.76, di Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, jam 4.10 petang pada 26 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala tertuduh diwakili peguam dari Biro Bantuan Guaman, M…

Gadis berumur 14 tahun sorok bayi dalam plastik

KUALA LUMPUR – Kemusykilan seorang bapa terhadap anak gadisnya yang didapati berlumuran darah terjawab apabila remaja berkenaan rupa-rupanya telah melahirkan anak sebelum membungkus mayat bayinya itu di dalam plastik di Kampung Sungai Rasau, Sepang kelmarin.

Perkara itu terbongkar selepas bapa gadis berusia 14 tahun tersebut membawa remaja itu ke Hospital Putrajaya untuk dirawat sehari sebelum penemuan tersebut.

Difahamkan, gadis tersebut telah empat kali mengalami keguguran sebelum ini.

Sumber memberitahu, sebaik dirawat, doktor mengesahkan yang suspek telah melahirkan bayi yang tidak cukup bulan dan masih terdapat uri di dalam rahimnya.

Katanya, salah seorang ahli keluarga suspek kemudian terus memaklumkan kejadian itu kepada polis.

“Polis yang pergi ke rumah gadis tersebut pada pukul 6 petang semalam (kelmarin) telah menemui mayat bayi lelaki yang disorok di dalam salah sebuah bilik di rumah tersebut.

“Mayat bayi itu dibungkus dalam beg plastik kuning. Siasatan awal men…

Penduduk bumi akan cecah 15 billion menjelang akhir 2100

NEW YORK: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran penduduk dunia akan mencecah 15 bilion orang menjelang akhir abad ini, menyebabkan tekanan berat kepada sumber planet Bumi, kecuali tindakan segera diambil untuk mengawal kadar pertumbuhan.

Perangkaan itu berkemungkinan mengejutkan ramai pakar kerana ia jauh lebih tinggi berbanding yang dianggarkan.

Terdahulu, PBB menganggarkan dunia akan memiliki 10 bilion penduduk menjelang akhir abad ini, manakala ketika ini hampir tujuh bilion orang menghuni dunia.

Perangkaan baru itu dinyatakan dalam kajian oleh Dana Kependudukan PBB (UNFPA) yang akan disiarkan minggu ini. Laporan bertajuk ‘Kedudukan Penduduk Dunia 2011,’ dihimpun untuk menandakan bahawa di mana-mana saja di muka Bumi, bayi yang dilahirkan akan menjadikan penduduk dunia melebihi tujuh bilion.

Sebahagian pakar memberi reaksi terkejut dengan perangkaan itu. Pengerusi Population Matters, Roger Martin, yang berkempen untuk mengawal penduduk, berkata Bumi mem…

Lelaki berumur 100 tahun tamatkan larian marathon sejauh 42km

FAUJA SINGH mengejutkan dunia dengan menyertai larian maraton ketika usianya mencecah 100 tahun. Pelari Britain itu menamatkan maraton Toronto Waterfront di Kanada sejauh 41.9 kilometer dalam masa lapan jam, 25 minit dan 16 saat baru-baru ini.

Bagaimanakah pencapaian melangkaui usia itu dapat dilakukan? Padahal kebanyakan daripada kita akan bersyukur sekali gus terkejut kerana masih terus bernafas pada usia satu abad. Menyertai larian maraton pada usia sebegini ibarat nukilan novel sains fiksyen.

Namun, realitinya, Singh masih dapat mengatasi lima peserta lain yang lebih muda untuk menamatkan larian di tempat ke-3,850.

Dia meletakkan kejayaannya kepada amalan tidak merokok atau minum arak, berfikiran positif dan makan kari halia.

Namun, jika hanya semua itu yang diperlukan, jalan-jalan raya akan dipenuhi pelari berusia seabad manakala setiap rumah orang tua memiliki pasukan atletnya sendiri.

Pakar perubatan geriatrik menyatakan, rekod yang dicatatkan oleh Singh akan bertahan …

JAWATAN KOSONG 35

Isteriku Liza yang tersayang

"Abang ni, pakai tu elok-elok la sikit," kata Liza lembut sambil membetulkan pakaian Usin. Usin tersenyum memandang isterinya."Cantik isteri abang hari ni," Usin mencubit pipi Liza lembut. "Ayah, ayah, cepat la yah," Farah dan Adi meluru masuk ke bilik kerana dah tak sabar-sabar nak bertolak pulang ke kampung. "Yelah, yelah, ayah dah siap ni." Liza hanya tersenyum melihat suaminya itu melayan karenah anak-anak mereka yang comel dan manja. "Abang, dah lama kita tak balik kampung macam ni, ye?" "Iyelah, maklumlah abang ni sibuk dengan urusan perniagaan. Baru kali ni abang ada peluang untuk cuti panjang." Usin berkata kepada isterinya tercinta.

Perjalanan daripada KL ke Tangkak mengambil masa lebih kurang empat jam. Farah dan Adi dah pun terlelap kat kerusi belakang. Begitu juga dengan isterinya, Liza. "Tak sabar rasanya nak tiba kat kampung," Usin berkata dalam hati.

Sedikit demi sedikit Usin menekan miny…

Seram - seram suku

Cerita ini mengisahkan tentang seorang lelaki yang bernama Jimmy. Dia ni org johor
Die ade awek name Julie. Julie nih doktor kt perlis..
Diorng nih xpnah jumpe sblom nih, juz msg n call aje..
Gamba pon diorng xpernah tengok sbb mereka hanya memakai nokia 3310i.
Diorng da tak tahan nk jumpe sngat2
Diorng pon berpakat akn berjumpe pada hari raye pertama..
Dan diorng brcdang utk berjumpe di rumah Julie.
Julie telah beritahu keluarga dia yg Jimmy akan dtng beraya kerumah mereka..

Pada seminggu sebelom hari raye, Julie terlibat dgn satu kemalangan..
Mayat Julie selamat dikebumikan. .
Seluruh keluarga Julie sngt bersedih atas pemergian Julie..
Julie didapati terkoban dalam kemalangan tersebut..
Akan tetapi, Jimmy tidak mengetahui hal ini..
Kebetulan, hp Jimmy rosak pada hari kematian Julie..
Sehari sebelum raya, bru lah hp die siap dibaiki
Apabila hp da ok, Jimmy terus msg Julie..
Mesej yg dihantar oleh Jimmy tersebut semua di'reply'..
Pada hari yg ditetapkan, dgn alamat yg pernah …

Anak Kembar Punya Hal

Empat orang bakal ayah sedang menunggu kelahiran bayi mereka diruang
rehat sebuah hospital. Kegelisahan jelas diriak muka mereka…

Seorang jururawat keluar dari bilik pembedahan lalu berkata kepada
lelaki yang pertama, “Tahniah! Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar dua”.
“Kembar dua! Kebetulan pula, saya bekerja di menara berkembar Petronas,”
kata lelaki yang pertama dengan riangnya.

Beberapa minit kemudian, seorang jururawat lain datang memberitahu kepada
lelaki kedua, “Isteri Tuan selamat melahirkan anak kembar tiga. Tahniah!”
“Apa? Kembar tiga! Saya bekerja dengan 3D Corporation, kata lelaki yang kedua.

Setengah jam kemudian, seorang jururawat memberitahu kepada lelaki ketiga,
“Tahniah! Isteri Tuan selamat. Tuan dikurniakan anak kembar empat”
kata jururawat itu dengan tenang.“Kembar empat! Sungguh saya tak menduga
kejadian ini, saya pula bekerja di Four Season Hotel,” kata lelaki ketiga
dengan gembira.

Lelaki yang keempat mula mundar-mandir kegelisahan. Ketiga-tiga lelaki
tadi…

Program Pengambilan Pelatih SL1M-TNB

JobsMalaysia.gov.my menjayakan pengambilan pelatih bagi Program Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) - TNB
PEMILIHAN TERBUKA: Sekiranya anda MEMENUHI KRITERIA yang kami cari dan berminat untuk menyertai program tersebut sila hadir pada ketetapan dibawah.

INTROTNB adalah syarikat utiliti bekalan elektrik terbesar di negara ini akan melaksanakan tanggungjawab sosial nya dalam usaha merealisasikan Gagasan 1Malaysia.  

TNB dengan ini mempelawa semua siswazah yang menepati kriteria di bawah untuk menyertai Program SL1M-TNB. 

Skim latihan …

Cium anjing untuk beri bantuan pernafasan

WAUSAU, Amerika Syarikat - Dua anggota bomba di sini memberikan bantuan pernafasan dari mulut ke hidung seekor anjing yang berusia tujuh tahun pada Selasa lalu.

Anggota bomba itu, Jared Thompson dan Jamie Giese memberikan bantuan pernafasan itu selepas haiwan tersedut asap dalam kebakaran yang berlaku di rumah tuannya.

Haiwan itu dikatakan tidak bernafas semasa ia dibawa keluar oleh kedua-dua ahli bomba tersebut.

Anjing itu kemudian diberikan bantuan pernafasan melalui oksigen sebelum ia dihantar ke dua buah hospital haiwan untuk mendapatkan rawatan.

Tindakan kedua-dua anggota bomba tersebut menyebabkan anjing itu masih hidup.

Ketika kejadian, haiwan itu terperangkap di dalam rumah tuannya.

Tuannya tidak berada di rumah kerana mereka keluar ke bandar semasa kebakaran berlaku.

Sumber : Kosmo online

Jean Beliveau berjalan kaki sejauh 75,000km

SEORANG lelaki Montreal berusia 56 tahun yang mencari penyelesaian kepada tekanan pertengahan umur dengan mengelilingi dunia selama 11 tahun, kini kembali dengan wajah ceria selepas menemui impiannya.

Kelihatan sedikit kurus dan kepala yang mula ditumbuhi uban, Jean Beliveau berjalan menolak kereta sorong tiga rodanya yang membawa beg tidur, pakaian dan ubat-ubatan ketika ditemui AFP kira-kira 290 kilometer di barat Montreal, Kanada.

Berjalan dengan pantas, dia kembali dengan keadaan sihat dan sampai di Montreal pada 16 Oktober selepas menyusuri pantai utara Lake Ontorio dan melepasi ibu negara iaitu Ottawa.

Dia berhenti hanya untuk makan. Beliveau menggambarkan pengembaraannya sebagai manusia asing yang penuh keterujaan serta menemui kegembiraan dan ketenangan daripada kebebasan itu.

Dia juga tidak tahu di mana dia harus tidur setiap malam, tidak bergantung kepada sesiapa dan hanya sedikit wang di dalam poket.

Tetapi, dia tidak bimbang dengan kekurangan itu kerana dia sudah…

Lapangan terbang angkasa pertama dunia dibuka

UPHAM, Amerika Syarikat (AS) - Bilionair Britain, Richard Branson dan Gabenor New Mexico, Susana Martinez mengalu-alukan kehadiran beratus-ratus orang semasa perasmian Lapangan Terbang Angkasa Lepas pertama di AS dikenali sebagai Spaceport America kelmarin.

Pada majlis tersebut, orang ramai berpeluang menyaksikan penerbangan pesawat utama, White Knight TWO yang akan membawa pelancong mengelilingi orbit di angkasa lepas.

Ibu Branson, Eve turut hadir pada majlis tersebut.

Wanita itu berkata, dia sebelum ini tidak pernah terfikir bahawa orang awam akan dapat berkunjung ke angkasa lepas.

Menurutnya, dia merancang untuk menaiki penerbangan White Knight TWO.

Syarikat penerbangan angkasa lepas milik Branson, Virgin Galactic dijadual memulakan penerbangan komersial angkasa lepas dari terminal ini yang dibina di sebuah gurun di Sierra.

Spaceport America akan menempatkan kapal angkasa lepas Virgin Galactic, pusat kawalan dan tempat persediaan untuk pelancong-pelancong angkasa lepas y…

77 kes cerai setiap hari

KUALA LUMPUR – Masalah keruntuhan institusi keluarga Islam di negara ini semakin menjadi-jadi apabila rekod Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati, sebanyak 28,035 pasangan bercerai sepanjang tahun lalu.

Statistik itu bermakna, secara purata 77 kes perceraian sehari atau tiga kes bagi setiap jam didaftarkan di Malaysia berbanding 135,548 pasangan yang berkahwin tahun lalu.

Angka itu mencatatkan peningkatan 144 kes berbanding 27,891 pasangan yang bercerai sepanjang tahun 2009.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Mashitah Ibrahim ketika dihubungi semalam mengakui, sekali pandang jumlah kes perceraian pasangan Islam cukup tinggi dan membimbangkan.

Katanya, kebanyakan daripada perceraian itu berlaku selepas pasangan terbabit gagal mencapai persefahaman yang sepatutnya wujud di antara suami isteri.

Beliau bagaimanapun berpendapat, walaupun kes perceraian ditegah dalam Islam, ada pihak mungkin melihatnya dari perspektif yang berbeza.

“Se…

JAWATAN KOSONG 34

Seperti biasa, c-k-k akan kongsi jawatan kosong terbaru di sektor awam dan swasta ... bagi yang masih tercari-cari dan berminat mencari pekerjaan , anda boleh lah tengok-tengok senarai jawatan kosong di bawah ini .. untuk entri JAWATAN KOSONG 33 yang lepas , anda boleh lihat di SINI ... semoga berjaya !!!

Temuduga Terbuka di Astro
Jawatan Kosong Di HSBC Bank
Jawatan Kosong Di Gamuda – Skim Latihan 1Malaysia
Jawatan Kosong Di GDEX
Jawatan Kosong Di Boon Siew Honda Sdn Bhd
Jawatan Kosong Di Danone Dumex
Career Fair – Institut Bank-Bank Malaysia (IBBM)
Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Pahang (UMP)

Bodoh punya bapak

Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni."Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."..

JAWATAN KOSONG 33

Seperti biasa, c-k-k akan kongsi jawatan kosong terbaru di sektor awam dan swasta ... bagi yang masih tercari-cari dan berminat mencari pekerjaan , anda boleh lah tengok-tengok senarai jawatan kosong di bawah ini .. untuk entri JAWATAN KOSONG 32 yang lepas , anda boleh lihat di SINI ... semoga berjaya !!!

Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD)
Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH)
Jawatan Kosong Universiti Malaysia Terengganu (UMT)
Jawatan Kosong di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM)
Jawatan Kosong di Telekom Malaysia (TM)

Kucing jadi teman bayi selepas dibuang oleh ibunya

PARIT PANJANG – Seorang bayi lelaki ditemui ditinggalkan atas kerusi di hadapan rumah seorang penoreh getah di Kampung Charuk Bakap, semalam. Ketika ditemui, bayi malang berkenaan hanya ditemani seekor kucing.

Penoreh getah, Maimunah Bidin, 55, berkata, dia mendengar tangisan bayi kira-kira jam 12 tengah malam namun tidak mempedulikannya kerana menyangka ia adalah tangisan bayi jirannya yang berusia lapan bulan.

“Kira-kira jam 3 pagi, sekali lagi tangisan bayi itu didengari namun saya tidak memeriksa keadaan di luar rumah kerana bekalan elektrik terputus.

“Bagaimanapun, sewaktu anak saya bersiap-siap untuk ke sekolah, bunyi tangisan bayi masih lagi kedengaran menyebabkan saya terus mengambil lampu suluh dan keluar mencari sebelum terlihat kaki bayi terjulur keluar dari kain pelikat yang membaluti badannya,” katanya kepada Sinar Harian.

Maimunah yang lebih dikenali sebagai Mak Tam berkata, ketika dia menemui bayi berkenaan, kucing kesayangannya kelihatan tidur di sebuah lag…

Gadis cantik cintakan kucing lebih daripada lelaki

SHAH ALAM: “Setiap kali mencium, memeluk dan bermain dengan kucing, naluri saya terhadap lelaki akan hilang,” kata gadis hanya mahu dikenali sebagai Camelia yang membuat pengakuan tidak mahu berkahwin kerana lebih cintakan kucing berbanding lelaki.

Graduan universiti tempatan berusia 24 tahun itu berkata, dia tidak kisah apa tanggapan orang lain, namun yang pasti dia rela tidak berkahwin, sebaliknya ingin sehidup semati bersama 12 kucing kesayangannya.

“Sebelum ini saya mempunyai seorang teman lelaki, namun sejurus dia mengajak saya berkahwin Mei tahun lalu, saya lebih rela menolaknya. Ini kerana jika saya berkahwin dengannya, siapa yang akan membela kucing saya.

“Sejak hari itu, saya semakin cuba menjauhi lelaki kerana saya mahu memberikan tumpuan 100 peratus kepada kucing ini,” katanya.

Dia kini memiliki 12 kucing yang diberi nama Lulu, Wonder Pets, Bobo, Stoki, Chepot, Comot, Lex, Apple, Cici dan Bubu, Bubu 1 dan Bubu 2.

Malah, Camelia menyifatkan cinta terhadap manusia…

Program Pensiswazahan Guru Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) Ambilan 2012

Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma (PPPLD) yang sedang  berkhidmat di sekolah rendah/sekolah bantuan kerajaan/Pejabat Pelajaran Daerah (PPD)/Jabatan Pelajaran Negeri (JPN)/Bahagian di bawah kelolaan Kementerian Pelajaran Malaysia untuk memohon mengikuti Program Pensiswazahan Guru Mod Pendidikan Jarak Jauh (PJJ) di bawah Rancangan Malaysia Ke-10.

Keterangan Program :
Nama Program                :  PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PTG)
Tempoh Pengajian          :  Empat (4) Tahun
Mod Kursus                    :  Pendidikan Jarak Jauh (PJJ)

Sumber : Jawatan kosong kerajaan

Suami letupkan isteri sendiri guna bom petrol

KUALA LUMPUR: Suami setan! Itu ungkapan layak diberikan kepada seorang lelaki berusia 28 tahun apabila didakwa bertindak kejam ‘meletupkan’ isterinya menggunakan bom petrol ketika mangsa sedang mandi di rumahnya di Kampung Baru di sini, tengah malam kelmarin.

Perbuatan keji yang dipercayai bermotifkan cemburu itu menyebabkan mangsa, 28, yang juga jururawat di Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, kritikal apabila lebih 80 peratus tubuhnya melecur.

Semuanya bermula jam 12.20 tengah malam apabila mangsa yang baru pulang kerja, masuk ke bilik air di rumahnya untuk membersihkan badan.

Menurut sumber, sebelum insiden itu suami mangsa dipercayai sudah menyimbah petrol selain meletakkan bom petrol di dalam bilik air berkenaan.

“Sebaik isterinya masuk, suspek dengan sengaja membuang puntung rokok ke kawasan berkenaan menyebabkan tercetusnya api sebelum satu letupan kuat berlaku.

“Api hasil letupan kuat itu menjilat pakaian dan tubuh mangsa menyebabkannya menjerit meminta bantuan da…

JAWATAN KOSONG 32

Seperti biasa, c-k-k akan kongsi jawatan kosong terbaru di sektor awam dan swasta ... bagi yang masih tercari-cari dan berminat mencari pekerjaan , anda boleh lah tengok-tengok senarai jawatan kosong di bawah ini .. untuk entri JAWATAN KOSONG 31 yang lepas , anda boleh lihat di SINI ... semoga berjaya !!!

Jawatan Kosong Di Kolej Islam Sains Dan Teknologi (KIST)
Jawatan Kosong Di Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM)
Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang (UMP)
(SWASTA) Jawatan Kosong di Hospital Pantai
Jawatan Kosong di PLUS Expressways Berhad
Jawatan Kosong di Malaysian Resources Corporation Berhad (MRCB)Jawatan Kosong Di T-Systems Malaysia

Permohonan kemasukan ke UiTM dibuka

Untuk makluman kepada rakan-rakan semua yang berminat untuk menyambung pelajaran ke peringkat ijazah sarjana muda , permohonan kemasukan ke UiTHM telah dibuka. Layari laman sesawang ini untuk maklumat lanjut : program ambilan semester kedua bagi sesi 2011/2012


CARA MEMOHON MELALUI APLIKASI DALAM TALIAN (ONLINE APPLICATION)Berikut adalah panduan untuk memohon melalui aplikasi sistem dalam talian:
Permohonan untuk program yang ditawarkan adalah melalui aplikasi dalam talian (Online).Permohonan dalam talian melalui laman web www.online.uitm.edu.my akan dibuka pada 15 Oktober 2011 (Jumaat) Jam 12 Tengahari sehingga 16 November 2011Pemohon dikehendaki membuat pembayaran yuran pemprosesan dengan menggunakan nombor kad pengenalan pemohon (bukan wakil), di mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) atau menggunakan mesin ATM BSN bermula 15 Oktober 2011 sehingga 16 November 2011.Setelah membuat pembayaran, pemohon boleh melakukan permohonan melalui laman Web Aplikasi Elektronik UiT…

Nenek berumur 65 tahun ulang-alik 300km demi PhD

SERDANG: Keazaman untuk menamatkan pengajian doktor falsafah (PhD) Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM), seorang nenek sanggup menempuh perjalanan hampir 300 kilometer dari Singapura ke Kuala Lumpur selama 10 tahun.

Warga emas yang memiliki lima cucu, Alimah Lob, 65, mengakui terpaksa berulang-alik dari Singapura ke ibu kota menggunakan pelbagai jenis pengangkutan, termasuk kereta api dan kapal terbang.

Alimah yang ditemani suami, Mohd Naim Daud, 67, berkata tempoh 10 tahun untuk menamatkan ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD memerlukan banyak pengorbanan, apatah lagi ia tidak membabitkan sebarang pinjaman.

“Banyak wang dikeluarkan bagi menampung pengajian, tambang perjalanan dan kos hotel, namun itu bukan alasan kerana ia bergantung kepada minat serta kesungguhan menimba ilmu.

“Sebenarnya, saya merancang menyambung pelajaran ketika muda, namun tanggungjawab sebagai ibu membataskan pergerakan saya. Syukur hari ini, hasrat itu menjadi kenyataan,” katanya.

Alim…

Cik Tina

Pada suatu pagi, Cik Tina ingin menghantar anaknya, Farid ke sekolah dengan menggunaka kereta barunya. Semasa hendak mengundurkan keretanya itu Cik Tina pun berpesan kepada anaknya :

Cik Tina          : Farid, tolong tengok-tengokkan belakang kereta. Kalau langgar pokok beritahu ibu.
Farid                : Baiklah , ibu!
Cik Tina          : Kena tak ? Kena tak?
Farid                : Belum, belum. Undurlah lagi ibu.
Cik Tina          : Kena tak ? Kena tak?
Farid                : Undur lagi, lagi, lagi .

Tiba-tiba terdengar bunyi yang kuat , bang !!

Farid                : Okay ibu, dah kena pun pokok !
Cik Tina          : Alamak ! Macam mana boleh terlanggar pokok? Habis kereta aku !
Farid                : Kata ibu bila kena pokok beritahu, dah kena pokoklah itu !.....

Harga barang dah mula naik

KUALA LUMPUR: Harga rata-rata barangan keperluan harian di seluruh negara terutama daging pejal tempatan dan cili merah selain sayuran tertentu meningkat dengan peniaga memberikan alasan terpaksa mengikut harga ditetapkan pemborong yang mendakwa ia berpunca cuaca tidak menentu serta banjir besar di Thailand.

Tinjauan di Pasar Selayang dan Chow Kit mendapati harga daging lembu tempatan dijual RM22 sekilogram (kg), salad antara RM6.50 hingga RM7 1kg, tomato RM5 berbanding RM3 minggu lalu dan santan asli RM9, tetapi harga sesetengah barangan seperti ayam, ikan dan bawang menurun.

Di MELAKA, tinjauan di Pasar Besar Melaka mendapati harga daging lembu, ikan kembung dan ikan merah naik antara RM1 hingga RM4 manakala cili merah sehingga RM18 berbanding RM10 sebelum Bajet 2012. Daging lembu segar dijual RM20 1kg berbanding RM19 harga lama.

Harga hasil laut termasuk ikan kembung pada RM12 berbanding RM10 sebelum ini dan ikan merah sehingga RM24 berbanding RM20, tapi harga ayam turun…

Bayi baru lahir disorok dalam tangki pam tandas

KEMAMAN 14 Okt. - Seorang bayi lelaki yang dipercayai baru dilahirkan dua jam ditemui di dalam tangki air pam tandas sebuah rumah sewa dekat sini, kira-kira pukul 3 pagi tadi.

Bayi yang masih hidup serta bertali pusat itu dijumpai oleh rakan sebilik suspek berusia 23 tahun.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman Superintendan Abdullah Sani Salat, bayi seberat kira-kira dua kilogram itu dijumpai dalam keadaan kebiruan dan lemah, dipercayai akibat lemas di dalam air tangki pam tandas berkenaan.

Katanya, bayi tersebut yang mengalami sedikit kecederaan pada badan itu difahamkan telah disembunyikan oleh suspek bagi mengelakkan kejadian itu diketahui rakan serumahnya yang lain.

"Salah seorang rakan serumahnya menjumpai kesan darah yang terdapat pada lantai tandas menuju ke bilik suspek. Syak sesuatu yang berlaku, dia mula melihat-lihat di sekitar rumah berkenaan sebelum terdengar tangisan bayi di dalam sebuah tandas dan menemui bayi berkenaan di dalam tangki pam tandas bilik ai…

3 Sekawan: ULAT, KURA dan KATAK

Tiga sekawan iaitu KURA, ULAT dan KATAK. Pada suatu hari, KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan. Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA. Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA. Satu jam kemudian, KURA bertanya kepada KATAK.

KURA    : Hei, katak!! Aku rasa ada sesuatu yang kurang lah.

KATAK   : ........patutlah, rokok dah habis lah!!

KURA    : Betul lah, apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.

KATAK   : Ala....kaki aku sakit lah, dari tadi asyik melompat je. Kau suruh ulat lah pergi beli.

KURA    : Bagus jugak idea kau tu.

ULAT     : Aku malas lah nak pergi beli.

KURA   : Ala ... kau tolong lah pergi beli kejap. Kau pun nak hisap rokok jugak kan. Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli. Boleh lah.....

ULAT    : Ok lah, aku pergi beli sekarang.

10 minit ... 30 minit ... 1 jam ... berlalu, ULAT masih belum pulang lagi dari kedai. KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang te…

4.7 bilion tonton EPL

LONDON - Liga Perdana Inggeris (EPL) menarik sejumlah 4.7 bilion penonton seluruh dunia musim lalu.

Permintaan global untuk menonton kelibat pemain bertaraf bintang seperti Wayne Rooney, Robin van Persie, Didier Drogba dan Steven Gerrard mencapai kemuncak baru.

Laporan yang dikeluarkan sebuah agensi perunding perniagaan sukan terkemuka mendedahkan 70 peratus peminat bola sepak seluruh dunia menggemari bola sepak Inggeris.

Laporan kumpulan Sport+ Markt di Jerman menunjukkan liputan televisyen untuk aksi Liga Perdana Inggeris menjangkau 643 juta kediaman musim lalu, iaitu meningkat 11 peratus berbanding musim sebelum ini.

Jumlah penonton di rumah kini mencecah angka 3.9 bilion, manakala 777 juta lagi adalah mereka yang menonton di pub atau kedai makan di seluruh dunia.

Pasaran terbesar bola sepak Inggeris ialah Asia dan Ocenia, di mana 1.3 bilion penonton memilih perlawanan membabitkan Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Chelsea pada 2010-11.

Dianggarkan 64 peratus di ka…

Kisah menarik di lapangan terbang

Masa aku balik dari Singapore menaiki keretapi adalah tiga orang
yang duduk bersama, dua didepan aku satu kat sebelah. Yang kat
depan aku ni, orang American dan disebelahnya orang Cuba. Sebelah
aku pulak orang Bangladesh. Dalam perjalanan tu kami pun berborak-
boraklah pasal negara sendiri...borak punya borak, tiba-tiba si
American ni pun keluarkan duit dollar dia lalu dibakarnya,
dikeluarkannya sebatang rokok lalu dibakarnya rokok itu dengan
duit tadi, lepas tu dibuangnya duit itu keluar.

Terkejutlah semua melihat kelakuan Mat salleh tu tadi... bertanyalah si
orang Cuba tadi "Why you do that for?". Dengan selamba mat salleh tu
menjawab "Don't worry, I got a lot american dollar in my country".

Tercengganglah masing-masing. Belum habis tercenggang..si Cuba ni
pun tiba-tiba mengeluarkan sebatang curut (curut Cuba adalah antara
yang termahal didunia) lalu dinyalakannya. Belum sempat beberapa sedut..
terus dia membuangnya keluar tingkap..."Why you do that for…

JAWATAN KOSONG 31