Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari September, 2011

Mati kerana berjoging

Gambar hiasan
KANGAR: Seorang warga emas yang sedang berjoging sambil meredah laluan berbukit untuk menyihatkan tubuh badan ditemui maut di Pusat Rekreasi Bukit Ayer, Sungai Batu Pahat, petang kelmarin.

Mangsa, Teh Chin Geng, 68, dari Taman Pengkalan Asam, di sini, dikatakan mengalami sesak nafas sebelum rebah sewaktu berjoging mendaki bukit bersama sekumpulan rakan dari Kelab 4H, kira-kira jam 5.30 petang.

Mayat mangsa yang berada pada ketinggian 50 meter di Bukit Ayer itu kemudian dibawa turun oleh pasukan penyelamat dengan bantuan orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat.

Anak mangsa, Teh Joo Ghee, 32, berkata bapanya yang juga seorang mekanik kerap berjoging bersama Kelab 4H dan lokasi utama mereka adalah laluan berbukit termasuk kawasan rekreasi Bukit Ayer.

“Kumpulan ini banyak meluangkan masa pada sebelah petang dengan berjoging dan meredah bukit. Bapa sudah menyertainya sejak beberapa tahun lalu, tetapi semalam (kelmarin) adalah…

Makan bangkai harimau elak gout

KATHMANDU: Sekumpulan 15 penduduk kampung di Nepal termasuk remaja berusia 14 tahun ditahan kerana memakan harimau bintang ekoran percaya daging haiwan itu dapat melindungi penyakit gout, kata pihak berkuasa, semalam.

Menurut pegawai perhilitan, Hari Paudel, kumpulan itu berkata, mereka menemui harimau bintang yang mati di kuil dekat kampung mereka, 90 minit perjalanan dari jalan berhampiran di pergunungan Mahabharat di barat Nepal.

“Mereka didakwa kerana memakan daging haiwan terancam. Mengikut undang-undang mereka perlu memaklumkan kepada pegawai perhilitan daerah apabila menemui haiwan yang mati atau cedera,” katanya.

“Seorang daripada penduduk kampung menghidap gout dan percaya dia dapat disembuhkan dengan memakan daging harimau bintang. Penduduk lain beranggapan mereka perlu memakan daging haiwan itu sebagai langkah pencegahan,” katanya. Penduduk kampung yang ditangkap itu bakal didenda 10,000 rupee (RM390) dan penjara dua tahun jika didapati bersalah.

Sumber : Har…

JAWATAN KOSONG 26

Kucing dua muka dilahirkan

MILBURY (Massachusetts): Seekor kucing istimewa dilahirkan dengan dua wajah. Frankenlouie yang tinggal bersama pemiliknya di Milbury, Massachusetts mempunyai kecacatan kelahiran genetik menyebabkan ia mempunyai tambahan wajah.

Dua wajah luar biasa dimiliki kucing itu disebabkan oleh penyakit digelar Janus yang biasanya membolehkan haiwan berkenaan hidup selama beberapa hari saja. Namun, haiwan peliharaan itu mengatasi jangkaan apabila dapat hidup lebih lama untuk meraikan hari jadinya yang ke-12.

Kemampuannya itu membolehkan Frankenlouie mencatat rekod dalam Rekod Dunia Guinness.

Frankenlouie sudah pun menjadi bintang dan muncul dalam ribuan video di YouTube. Haiwan satu dalam seribu itu sudah muncul dalam siaran televisyen seperti ‘Strange, Freaky, True’. Pemilik Frankenlouie adalah seorang jururawat haiwan.

Sumber : Harian metro

Kemaruk memakan mentol lampu

TERRE HAUTE - Indiana - Seorang budak berumur 5 tahun, Natalie, menjadikan mentol lampu sebagai makanan pilihannya selain gemar memakan benda-benda pelik lain seperti kayu dan batu. Walaupun pernah mengalami keracunan makanan dan hampir meninggal dunia pada februari lepas selepas memakan mentol lampu, namun dia masih ketagih dengan benda tersebut sehingga kini.

Ibunya, Colleen, 31, setiap hari cuba mengingatkan anaknya tentang bahaya tabiat tersebut tetapi apabila Natalie gagal mendapatkan mentol sebagai makanannya, dia akan mencari batu dan kayu sebagai makanan ganti yang boleh didapati di taman rumahnya. Baginya, nikmat memakan batu dan kayu adalah sama seperti memakan biskut dan coklat.

"Pernah suatu ketika, dia sudah tidur di biliknya sementara saya sedang membasuh pinggan di dapur. Tiba-tiba saya mendapati dia sedang berjalan sambil memegang segumpal wayar kecil manakala mulutnya kelihatan berdarah. Rupanya, dia telah memakan kesemua mentol lampu di biliknya. Terkejut den…

Terbang dengan sut sayap

BEIJING - Seorang pelagak ngeri, Jeb Corliss dari Amerika Syarikat (AS) terbang dengan menggunakan sut sayap melalui sebuah gua di pergunungan Tianmen, dekat Zhangjiajie, wilayah Hunan.

Corliss yang berusia 34 tahun berjaya terbang dengan menggunakan sut tersebut dengan melalui celah lubang gua itu kelmarin.

Dia terjun dari sebuah helikopter pada ketinggian 1,828 meter dengan kelajuan lebih 120 kilometer sejam dengan menggunakan sut berenjin.

Sayap itu mempunyai membran nipis di antara badan dengan lengannya.

Bagaimanapun, dia hanya berjaya melakukan aksi itu menerusi percubaan yang kedua selepas percubaan kali pertamanya gagal disebabkan oleh masalah teknikal apabila asap keluar dari sut tersebut.

Dalam percubaan kali kedua, dia akhirnya berjaya melepasi gua berkenaan dan mendarat dengan menggunakan payung terjun.

Corliss merupakan lelaki bersayap yang pertama terbang melalui sebuah lubang gua di China.
Dia sebelum ini pernah terbang di celah air terjun di banjaran Alps Switzer…

Hantar mesej di Facebook selepas bunuh suami

MELBOURNE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita berusia 40 tahun, Jennifer Lynn Hearn ditangkap selepas polis menyatakan bahawa dia menembak mati suaminya dalam satu pergaduhan dan menanamnya di sebuah kandang babi.

Dia kemudian menghantar mesej di Facebook dengan menyatakan bahawa suaminya, Carl Cliff Hearn berusia 41 tahun telah meninggalkannya selain menyatakan kegembiraan kerana menjadi bujang semula.

Wanita itu ditahan atas dakwaan melakukan pembunuhan kelas kedua baru-baru ini selepas ejen-ejen syerif menemui tinggalan mayat suaminya.

Mayat suaminya itu ditemui di dalam kandang babi di rumah keluarganya di Melbourne, Florida.

Selepas pejabat syerif menerima maklumat mengenai kejadian tersebut, Hearn memberitahu para penyiasat bahawa dia menembak suaminya dalam satu pergaduhan.

Sumber : kosmo online

Genggam ijazah (CPA 3.92) pada umur 64 tahun

KUALA LUMPUR 25 Sept. - Usia bukan penghalang bagi Datuk Ruhanie Ahmad, 64, untuk menggapai impiannya mendapatkan segulung ijazah dalam bidang Analisis Strategi dan Keselamatan di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi.

Beliau menyifatkan ketekunan dan fokus kepada kajian yang dijalankan sebagai rahsia kejayaan menamatkan pengajian dengan purata nilai gred kumulatif (PNGK) 3.92 dan menerima anugerah itu daripada Pro Canselor UKM, Tunku Panglima Besar Kedah, Datuk Seri Tunku Intan Safinaz Tuanku Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Ruhanie berkata, kejayaan itu milik ahli keluarganya yang mendorong beliau melanjutkan pelajaran.

"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada anggota keluarga yang memberi semangat untuk terus melanjutkan pelajaran. Selain itu, saya juga bercadang menyambung pengajian ke peringkat Doktor Falsafah (Phd)," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di Majlis Konvokesyen Ke-39 UKM di sini, hari ini.

Beliau yang juga bekas Ahli Parlimen Pari…

Peratusan suami didera isteri terus meningkat

KUALA LUMPUR: Bilangan suami menjadi mangsa dera isteri semakin membimbangkan, malah aduan diterima meningkatkan sejak kebelakangan ini.

Fenomena itu didedahkan Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (HELWA) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim), Fadhlina Siddiq pada majlis mesra Aidilfitri Wadah-Abim-PKPIM, di sini, semalam.

Menurutnya, jika dulu lelaki adalah pelaku dalam banyak kes dilaporkan, tetapi kini penderanya wanita.

“Abim pusat kerap menerima laporan golongan suami yang mengadu diri mereka dicederakan oleh isteri.

“Ada kes dirujuk kepada pihak kami apabila suami mengadu dipukul isteri menggunakan objek keras seperti batang pengelap lantai dan mangga kunci.

“Secara tidak langsung kami melihat ia sebagai penanda aras banyak kes keganasan rumah tangga kini dilakukan kedua-dua pihak. Ini kerana isteri hilang rasa hormat dan tak takut kepada suami, menyebabkan isteri berani menggunakan kekerasan,” katanya.

Beliau juga mengatakan, jika dulu penderaan dalam rumah tangga hanya ter…

Sanggup berlari sejauh 30km setiap hari

Seorang pelajar SMA berasal dari China terpaksa menanggung keperitan apabila perlu berlari sejauh 30km setiap hari untuk pergi ke sekolah demi untuk mengurangkan kos perbelanjaan pengangkutan sebanyak RM5.00 sehari sejak 2 tahun lepas.

Walaupun Yan Mingqiang lahir daripada keluarga yang miskin namun status itu tidak pernah membuat beliau berputus asa dan malu. Ketika Yan mempunyai masa terluang, beliau akan menggunakan kesempatan itu untuk bekerja bagi mencari sumber kewangan tambahan.

Kedua ibu dan ayah Yan pula tidak dapat bekerja kerana mengalami sakit yang teruk. Ibunya hanya terbaring di katil dan tidak dapat bergerak. Kisah menyayat hati ini telah dilaporkan melalui satu laman web iaitu chinanews.com.

Di sebalik keperitan berlari setiap hari yang terpaksa dilalui oleh Yan, perkara ini secara tidak langsung melatih beliau untuk menjadi atlit larian jarak jauh, menurut salah seorang gurunya. Gurunya percaya, Yan boleh menjadi perlari jarak jauh yang baik suatu hari nanti.

Bagi Y…

Genggam ijazah usia 74 tahun

GEORGE TOWN – Seorang warga emas berusia 74 tahun membuktikan bahawa umur bukan penghalang kepadanya untuk mencapai kejayaan dalam akademik apabila menerima Ijazah Sarjana Muda Pengajian Kemanusiaan pada majlis Konvokesyen Universiti Sains Malaysia (USM) ke-44 di sini semalam.

Pada majlis itu, Ab. Hamid Yunos yang berasal dari Melaka turut mencatat rekod baharu bagi USM apabila pertama kali menganugerahkan ijazah kepada graduan berusia lebih 70 tahun.

Menurut datuk kepada lima cucu itu, keinginannya untuk belajar adalah kerana tidak mendapat peluang sedemikian ketika usia muda apabila berkhidmat dengan tentera selepas tamat sekolah pada 1954 sehinggalah bersara.

Dia yang menyambung pengajian di USM menerusi Skim Warga Emas tiga tahun lalu secara sepenuh masa juga aktif berpersatuan dan dilantik sebagai penasihat jurulatih Pasukan Latihan Pegawai Simpanan (Palapes).

“Dua cabaran yang saya hadapi sepanjang pengajian iaitu untuk menguasai bahasa Melayu standard dan memp…

Ibu muda terpaksa curi susu demi anak

Seorang ibu muda yang terpaksa mencuri susu kerana tiada wang dilepaskan dengan pengawasan selama dua tahun dengan jaminan RM2,000 tanpa cagaran dengan seorang penjamin oleh Mahkamah Majistret Georgetown, semalam.

Nur Izzati Syamimi Isa, 21, dari Jalan Thean Tek, Air Itam, dituduh mengambil barangan di pasar raya Tesco Tanjung Pinang, Tanjung Tokong, pada kira-kira jam 9 malam 17 September lalu.

Antara barangan yang dicuri ialah dua tin susu Gain Plus dan empat paket susu jenama Anlene Gold semuanya bernilai RM281.60.

Jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara 10 tahun dan denda.

Mengikut fakta pertuduhan, seorang pengadu yang juga pelanggan di pasar raya yang sama ternampak dua wanita dalam keadaan mencurigakan, cuba memasukkan barangan dalam beg masing-masing.

Setibanya di kaunter bayaran, beg yang mengandungi susu berkenaan tidak diletakkan untuk membuat bayaran, tetapi Nur Izzati membawanya keluar sehingga ke tempat letak kereta.

Dia ditahan pengawal keselamata…

Lawak buah

Ketua puak tu pun mengarahkan anak buahnya supaya membunuh ketiga
lelaki itu utk dijadikan santapan. Ketiga lelaki itu pun merayu dgn
sepenuh hati supaya mereka dibebaskan.

Oleh kerana mereka merayu dgn bersungguh-sunggguh, ketua puak itu
pun setuju utk melepaskan mereka dengan satu syarat. Syaratnya ialah
mereka perlu mencari 10 biji buah dari jenis yang sama.
"Ah.. nie simple punya keje".. kata mereka dalam hati.

Maka mereka pun berpecah ke dalam hutan untuk mencari buah-buahan
tersebut dengan diiringi oleh beberapa lelaki dari puak tersebut.
Lelaki yang pertama keluar dengan membawa 10 buah nenas. Kemudian
berkata ketua puak kepada anak buahnya, "Sumbatkan buah tersebut
ke dalam punggungnya, kalau dia mengeluarkan bunyi, bunuh dia!"
Lalu buah nenas itu pun disumbatkan kedalam punggung lelaki malang
tersebut. Pada buah nenas yang kedua, lelaki itu pun menjerit dan
dia pun dibunuh.

Kemudian lelaki kedua pun muncul. Dia membawa 10 biji ciku bersamanya.
Dia pun dik…

JAWATAN KOSONG 25

Seperti biasa, c-k-k akan kongsi jawatan kosong terbaru di sektor awam dan swasta ... bagi yang masih tercari-cari dan berminat mencari pekerjaan , anda boleh lah tengok-tengok senarai jawatan kosong di bawah ini .. untuk entri JAWATAN KOSONG 24 yang lepas , anda boleh lihat di SINI ... semoga berjaya !!!

Jawatan Kosong Di Majlis Perbandaran Pasir Gudang
Jawatan Kosong Di Universiti Malaysia Terengganu
Jawatan Kosong Di Bank Islam
Jawatan Kosong di Maktab Tentera Diraja
Jawatan Kosong di Hospital Gleneagles Kuala Lumpur
Jawatan Kosong di Lembaga Pelabuhan Johor
Jawatan Kosong di Pentadbiran Kerajaan Negeri Pulau Pinang
Jawatan Kosong Di Pizza Hut
Kursus Sijil Veterinar Di Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia


10 bustop tercantik di dunia

Untuk pengetahuan rakan-rakan semua, 10 gambar di bawah ini ialah antara bustop terbaik di dunia. Korang pasti akan terkejut kerana salah satu daripada 10 bustop tersebut adalah berasal dari MALAYSIA. Perhatikan gambar bustop dari MALAYSIA yang dipaparkan di bahagian paling bawah ... Amat membanggakan kerana negara kita tetap tersenarai dalam top 10 berbanding beratus-ratus negara lain yang lebih hebat seperti Amerika Syarikat, Jerman dan lain-lain.

California
Dubai - bustop ada air-condition
England
Finland
Perancis
Belanda
 Itali
Jepun
Rusia
Malaysia
Sumber : qunqun-2yue06

Wanita terpendek di dunia

CHICAGO 21 Sept. - Seorang pelajar perempuan berusia 22 tahun dan hanya mempunyai ketinggian 69 sentimeter dinamakan sebagai wanita terpendek di dunia.

Bridgette Jordan, 22 dan adik bongsunya, Brad Jordan, 20, yang memiliki ketinggian 98 sentimeter turut dinobatkan sebagai 'pasangan adik-beradik paling pendek di dunia' oleh Guinness World Records.

Pasangan adik-beradik yang belajar di kolej Kaskasia di Illinois ini memang dilahirkan kerdil.

Namun kekurangan itu tetap tidak menghalang Bridgette untuk gemar menari dan mengikuti kumpulan sorak, manakala Brad menyertai gimnastik, bermain bola keranjang dan membuat persembahan silap mata.

Sebelum ini, wanita terendah di dunia ialah Elif Kocaman dari Kadirli, Turki yang mempunyai ketinggian 72 sentimeter.

Bagaimanapun, Bridgette mungkin tidak lama memegang gelaran ini kerana seorang gadis di India Jyoti Amge yang mempunyai ketinggian 70 sentimeter bakal mencapai usia 18 tahun Disember ini, sekali gus melayakkannya bertandin…

Lelaki 90 tahun miliki 50 anak, 100 cucu & 30 cicit

SAO PAULO - Seorang pesara pekerja ladang dari Rio Grande do Norte, Brazil, Luiz Costa de Oliveria yang berumur 90 tahun mempunyai 50 orang anak hasil hubungannya dengan empat wanita, dua daripadanya adik-beradik dan seorang lagi adalah ibu mereka sendiri, lapor sebuah akhbar semalam.

Dia mempunyai 17 anak hasil hubungan dengan isterinya yang pertama. Selepas isteri yang pertama meninggal dunia, dia berkahwin dengan Maria Francisca da Silva yang melahirkan 17 lagi anak.

Lelaki itu kemudian menjalin hubungan dengan adik isterinya yang kedua menyebabkan dia memperoleh 15 orang lagi anak. Ibu kedua-dua wanita adik-beradik itu yang berusia 89 tahun itu juga menjalin hubungan dengan Oliveria telah melahirkan seorang anak.

"Perkara yang terbaik dicipta Tuhan di dunia ialah wanita," katanya kepada sebuah akhbar tempatam, Diario de Natal.

Beberapa orang anaknya mati semasa mereka hidup dalam kemiskinan. Namun, dia kini mempunyai lebih 100 cucu dan 30 cicit.

Lelaki itu tidak per…

AirAsia tawar tempat duduk percuma

AIRASIA Bhd (AirAsia) menawarkan promosi tempat duduk percuma bagi penerbangan domestik dan antarabangsa terpilih seperti Langkawi, Banda Acheh (Indonesia), Hat Yai (Thailand) dan Singapura.

Ketua Komersial Serantaunya, Kathleen Tan berkata, orang ramai boleh membuat tempahan tiket sempena promosi itu menerusi laman web www.airasia.com dan telefon bimbit pintar melalui mobile.airasia.com bermula 21 hingga 25 September ini bagi tempoh penerbangan dari 3 Mei hingga 27 Oktober 2012.

“Penumpang hanya perlu membayar cukai lapangan terbang serta caj bahan api dan orang ramai juga boleh mendapatkan tawaran lebih menarik sekiranya mereka mendaftarkan diri sebagai ahli AirAsia apabila maklumat mereka akan disimpan secara automatik bagi memudahkan tempahan secara online tanpa perlu mengisi semula,” katanya.

Copy & paster dari : Harian Metro

Rosyam bintangi KL Gangster 2

SUTRADARA muda terhebat, Syamsul Yusof, tidak berniat menukar pelakon asal filem KL Gangster apabila mengarahkan KL Gangster 2 tidak lama lagi.

Lebih menarik, dia juga menyenaraikan aktor handalan Rosyam Nor berganding bersama pelakon utama Aaron Aziz, Adi Putra, Zizan Razak dan Ridzuan Hashim.

Syamsul berkata, filem sekuel itu akan memulakan penggambaran pada penghujung November ini dengan kos sekitar RM3 juta.

“Lega rasanya kerana berjaya mendapat Rosyam untuk berlakon bersama barisan filem lalu. Sebelum ini usaha mendapatkan Rosyam dalam KL Gangster tidak kesampaian kerana dia sibuk dengan jadual lakonan lain.

“Seperti filem pertama, saya tidak akan meletakkan sebarang pelakon utama wanita. Filem KL Gangster 2 juga akan memberi fokus kepada pelakon lelaki handalan baru dan lama.

“Jalan cerita untuk filem kedua ini lebih menarik. Ia bukan sekadar memberi tumpuan kepada aksi pertarungan saja. Harapan saya terhadap KL Gangster 2 tetap tinggi dan mahu memastikan ia filem ditun…

Aktiviti berak di tengah orang ramai

JAWATAN KOSONG 24

Bacalah, kalau tidak kau akan menyesal

Seperti yang kau tau nama aku Isnin bin Selasa... .adapun aku dilahirkan pada hari Khamis, sampai ke hari nie aku tak tau apesal bapak aku bagi aku nama tue... maybe hari Isnin nie hari dier berkenal dgn bakal bini dier merangkap mak aku kot... mana lah aku tau kisah cintan cintun diorang nie... takde kuasa aku nak tau... baik aku cerita pasal aku..tak gitu...

Dan untuk pengetahuan kau... seperti yg kau lihat... dan sememangnya tidak dinafikan lagi... aku dilahirkan sehensem-hensem umat... kerana itulah jugak... berebut awek merayu-rayu nak aku jadik pakwe diorang... .siap ada listing lagik... tapi ada satu bende yang sedih... .setiap kali awek yg kuar dgn aku mesti break selepas aku ajak diorang naik keta aku... aku pun tak tau apasal..

Intan, awek cun yang aku jumpe masa aku nak beli ikan todak kat pasar borong simpang, Taiping, Perak. Dier nie lain sket sebab aku dah janji dgn diri aku... dier le awek aku yg paling last... .muktamad dah nie... surat menyurat takkan di…

Bos Mansfield Town bekas pelacur

LONDON: Wanita termuda dilantik menjadi ketua eksekutif dalam sejarah kelab bola sepak England, Carolyn Still, didakwa pernah menjadi pelacur.

Akhbar tabloid Britain melaporkan, Carolyn, 29, pernah menjalin hubungan dengan ramai pemain bola sepak profesional negara itu sebelum dia diberikan jawatan berkenaan.

Akhbar berkenaan melaporkan, Carolyn pernah bekerja dengan dua syarikat pembekal ‘pengiring sosial’ dan dikatakan “bertemu ramai lelaki pada siang dan malam.” Carolyn menjadi perhatian selepas diumum sebagai Ketua Eksekutif Mansfield Town FC pada minggu lalu.
Dia ditawarkan ke jawatan berkenaan oleh pengerusi kelab berkenaan, John Radford.

Pasangan Radford dan Carolyn mendakwa, ‘hubungan akrab’ mereka tidak ada kena-mengena dengan pelantikan berkenaan.

Dipercayai berasal dari Lancashire, Carolyn didakwa mula menjadi pelacur ketika masih belajar kira-kira 10 tahun lalu.

Dia bekerja dengan sebuah agensi dikenali sebagai Lucy Brookes dengan menggunakan nama samaran Luella.…

JAWATAN KOSONG 23

Seperti biasa, c-k-k akan kongsi jawatan kosong terbaru di sektor awam dan swasta ... bagi yang masih tercari-cari dan berminat mencari pekerjaan , anda boleh lah tengok-tengok senarai jawatan kosong di bawah ini .. untuk entri JAWATAN KOSONG 22 yang lepas , anda boleh lihat di SINI ... semoga berjaya !!!


Jawatan Kosong di Perbadanan Putrajaya
Jawatan Kosong di Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)
Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA)


Kisah suami isteri

Sepasang kekasih sedang asyik memadu asmara di tepi sebuah tasik, sambil berbual-bual mesra...

Makwe: bang, andaikata saya menjadi bintang...

Pakwe: abang kan jadi Ultramannya

Makwe:kenapa pulak, sepatutnya abg jadi bulan purnamalah

Pakwe:Salah tu, kan ultraman ada bintang kepunyaannya

Makwe: gitu... kalau saya jadi bunga

Pakwe: Abang jadi tukang kebunnya

Makwe: Kenapa bukan kumbang

Pakwe: Sebab kumbang keje dia hanya menghisap madu..sedangkan tukang kebun kerjanya menyiram dan membaja bunga tu setiap hari

Makwe: Wah! hebatnya abg nie... begitu pandai berkata-kata

Setelah puas berbicara dan bergurau senda, bangunlah pasangan kekasih tersebut untuk bersiar-siar... tiba2 si makwe tersepak sebatang tunggul kayu, dan jatuh tersembam ke tanah...bedebik!!!!!! macam nangka busuk daa!!!!

Makwe: Aduh!!!! sakiknya be, (awek tu rupanya minah kelate)

Pakwe: Cilako! punyo tunggul kayu... .buto ko!!!!!, tak nampak ko oghang nak lalu(rupa2nya si pakwe tu orang N9)... sayang takde apa2 ke?

Makwe…

PM Bangladesh gesa rakyatnya jangan lepaskan peluang jadi pengundi Malaysia

Sebuah laman web rasmi Hal Ehwal Badan Bukan Kerajaan (NGO) Jabatan Perdana Menteri, Bangladesh mengesahkan bahawa ada rakyatnya yang telah diberi taraf warganegara oleh kerajaan Malaysia.
Laman sesawang itu yang menggunakan domain ngoab.gov.bd, dipercayai sebuah laman sesawang rasmi Kerajaan Bangladesh.
Laman itu antara lain menyatakan bahawa sumber yang diperolehi dari Jabatan Perdana Menteri Bangladesh mengesahkan bahawa, sebilangan Pekerja Bangladesh yang terlibat dengan bidang pekerjaan di beberapa sektor di Malaysia telah diberi taraf kewarganegaraan.
Malah mereka juga diberikan hak untuk mengundi pada pilihanraya umum Malaysia yang akan datang.
Laman itu juga mendakwa pekerja Bangladesh di Malaysia kemungkinan diberikan kewarganegaraan dengan mudah, dengan syarat akan mengundi parti yang mewakili kerajaan yang memerintah.
Sumber : milosuam.blogspot.com

Kondom buatan China terlalu kecil untuk Afrika

Salah sebuah mahkamah di Afrika Selatan memutuskan untuk menghentikan pembelian 11 juta kondom dari negara China selepas mendapati saiz kodom berkenaan terlalu kecil berbanding saiz purata kemaluan lelaki Afrika.


Sebelum ini, syarikat Siqamba Medical telah meraihi kontrak dari kerajaan Afrika untuk membeli  kondom jenis Phoenurse buatan dari China untuk memenuhi permintaan penduduknya.

Bagaimanapun, wujud rasa tidak puas hati dari salah satu syarikat pesaingnya iaitu syarikat Pelaburan Sekunjalo kerana gagal meraihi kontrak tersebut. Susulan daripada itu, syarikat Pelaburan Sekunjalo telah memfailkan kes di Mahkamah.

Keputusan daripada pembicaraan itu tidak memihak kepada kedua-dua syarikat berkenaan. Hakim Sulet Potterill telah memutuskan untuk membatalkan kontrak pembelian kondom dari China dengan alasan saiz kondom berkenaan yang terlalu kecil untuk memuatkan kemaluan lelaki Afrika.

Selain saiz kondom yang terlalu kecil, kondom buatan China juga didapati tidak diiktiraf oleh WHO k…

Safee sekali lagi jaring gol di Cardiff City

BAGAIKAN pahlawan di zaman silam, penyerang Harimau Malaya, Mohd. Safee Sali jelas tidak pernah mengenal erti mengaku kalah.

'Takkan Safee hilang di dunia', kecederaan otot yang selama ini membelenggunya ternyata tidak menghalang penyerang prolifik itu daripada berterusan menjaringkan gol semasa latihan ujian pemilihan bersama kelab England, Cardiff City setakat ini.

Semalam, Safee sekali lagi membuktikan kehebatannya apabila berjaya mengatasi beberapa pemain pertahanan Cardiff sebelum meledak beberapa gol, dan aksinya itu dikatakan mula menggamit perhatian pengendali Cardiff, Malky Mackay yang kini dikatakan lebih cenderung menguji Safee berbanding penyerang lain semasa sesi latihan tersebut.

Doa ribuan peminat bola sepak tanah air yang mengiringi pemergiannya ke bumi Cardiff sejak Isnin lalu bagi memburu misi sebagai pemain pertama Malaysia beraksi dalam kancah saingan bola sepak England ternyata berbaloi apabila Safee tidak lagi dihantui kecederaan itu.

Pengur…

Cerita ngeri

Pada suatu malam yang hening dan sunyi di lebuhraya
utara selatan kelihatan sebuah kancil putih tersadai di sebelah lane
kerosakan. Ada orang tua yang berdiri disebelahnya,pemilik kancil tu
sedang berjalan kehulu kehilir cuba menahan kereta supaya membantu.tidak
ada sebuah kereta pun berhenti.tiba-tiba datangla sebuah kereta evo
7 berhenti di sebelah kancil tadi.

"Ada apa nie pakcik,kereta rosak ke?"tanya pemuda
berusia dalam lingkungan 20an."a'ha rosak "jawap pakcik tu simple
aje....

"Ok,cam nie,saya ada tali nanti saya ikat kat kereta
saya dan saya tarik kereta pakcik sampai tol"mamat nie bagi idea.

"worrait gak tu...", tapi....nanti kalau pakcik rasa awak bawak laju
pakcik akan hon dan bagi high beam"

"Ok pakcik"..mamat nie pun ikatlah tali kat kereta
kancil didepan dan hujungnya diikat dibelakang bumper evonye.
dia pun jalanla..dengan slow dan berhati-hati. Dalam lima
kilometer mamat nie laju le sikit,apalagi pakcik tu pun…

JAWATAN KOSONG 22

Seperti biasa, c-k-k akan kongsi jawatan kosong terbaru di sektor awam dan swasta ... bagi yang masih tercari-cari dan berminat mencari pekerjaan , anda boleh lah tengok-tengok senarai jawatan kosong di bawah ini .. untuk entri JAWATAN KOSONG 21 yang lepas , anda boleh lihat di SINI ... semoga berjaya !!!


Jawatan Kosong Di Lembaga DIUS API Semenanjung Malaysia
Jawatan Kosong Di Nasim Sdn Bhd
Karnival Kerjaya Kementerian Sumber Manusia
Jawatan Kosong di Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN)
Jawatan Kosong di Indah Water Konsortium


Pemandu bas usir PM Australia

AUCKLAND - Kerajaan New Zealand secara rasmi memohon maaf kepada Perdana Menteri Australia, Julia Gillard setelah seorang pemandu bas mengusir beliau keluar dari bas ketika menaikinya untuk pergi ke Persidangan Kepulauan Pasifik di Auckland yang diadakan minggu lepas. Pemandu itu telah mengarahkan Gillard untuk pindah ke bas lain ketika beliau bersama pemimpin lain hendak menaiki bas berkenaan. Perkara itu berlaku disebabkan salah komunikasi di antara pemandu, pihak pengurusan bas dan kumpulan PM Australia. Berdasarkan petikan dari Stuff.co.nz (15/9/2011), kejadian itu berlaku ketika para pemimpin tertinggi berkenaan hendak pergi ke pantai dari Sky City Grand Hotel pada khamis minggu lepas. Akibat salah faham tersebut, pemandu bas berkenaan segera diberitahu perkara yang sebenar sebelum Gillard dibenarkan menaiki bas itu seperti yang sepatutnya, menurut seorang jurucakap Jabatan Dalam Negeri. Walaupun Gillard tidak mempersalahkan pemandu berkenaan, khidmatnya telah digantung sepanjang be…

Kerajaan mansuh Akta ISA dan Akta Buang Negeri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak malam ini mengumumkan keputusan kerajaan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dan Akta Buang Negeri 1959.


"Sepertimana yang saya janjikan dalam ucapan sulung saya semasa mula-mula mengambil alih jawatan perdana menteri pada 3 April 2009, ISA akan dikaji secara komprehensif.

"Suka saya mengumumkan pada malam yang bersejarah ini, bahawa Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 (yakni ISA) akan dimansuhkan terus," katanya dalam ucapan perutusan khasnya sempena Hari Malaysia malam ini dan disiarkan secara langsung menerusi RTM1 dan RTMi. 
Selain memansuhkan ISA, katanya, kerajaan juga akan memansuhkan Akta Buang Negeri 1959 di samping mengkaji semula beberapa undang-undang lain bagi memastikan ia memenuhi kehendak semasa.

"Sehubungan dengan itu lagi, kita tidak akan teragak-agak untuk meminda atau memansuhkan undang-undang yang tidak lagi relevan," tambahnya.
Kajian semula komprehensif itu akan melibatkan…

Kata Najib beberapa kejutan, rupanya satu sahaja

Seperti yang diberitahu oleh Najib dalam pelbagai media semalam, beliau ingin membuat beberapa pemgumuman mengejut melalui ucapan beliau malam ini. Ingatkan beberapa pengumuman termasuk pembatalan kenaikan 6% tarif pra-bayar tapi rupanya hanya berkenaan akta ISA yang dimansuhkan.


Air kolam renang di Palembang boleh diminum

Atlet acara akuatik di Palembang pasti dapat menghilangkan dahaga dengan percuma selepas air kolam bagi acara terjun dan renang di Sukan Sea pada November ini didakwa bersih dan boleh terus diminum.


Ketua Agensi Kerja Raya Sumatera Selatan, Rizal Abdullah dipetik akhbar Republika sebagai berkata, kolam renang di Kompleks Sukan Jakabaring yang kini di peringkat akhir penyiapannya, akan diisi dengan air yang boleh diminum hasil keluaran Perusahaan Air Minum Jakabaring.

“Kapasiti air bersih tersebut cukup banyak bukan sahaja untuk mengisi kolam renang bersaiz antarabangsa bagi temasya tersebut, tetapi juga mampu menampung keperluan air bersih bagi perumahan sekitar,” katanya.

Sebelum ini, perunding pembangunan kolam renang tersebut, Lukman Niode berkata kolam itu boleh diisi air dari pelbagai sumber lain kerana tempat tersebut mempunyai alat pembersih air secara automatik.

Katanya lagi, air kolam renang tersebut akan hanya diisi sekali sahaja bagi acara akuatik dan pembersih auto…

Kejam !! siram kemaluan remaja dengan air panas

KUCHING : Seorang remaja berusia 14 tahun dipercayai didera oleh ibu saudaranya sendiri selepas remaja tersebut ditinggalkan di bawah jagaannya tanpa pengetahuan keluarga remaja tersebuit.

Gambar hiasan sahaja
Kes tersebut hanya diketahui apabila remaja tersebut berjaya melarikan diri daripada rumah ibu saudaranya yang terletak di Batu 8 Jalan Penrissen Sabtu lepas dan bertindak berjalan kaki balik ke rumah ibu bapanya di Kampung Kudei.

Ibunya yang berusia 39 tahun dan enggan namanya disiarkan berkata ibu saudara remaja tersebut telah mencurahkan air mendidih di bahagian kemaluan mangsa dan menguncinya di dalam bilik dengan bekalan makanan dan minuman yang terhad sejak 18 Ogos.

Menurutnya lagi, beliau dan suaminya telah menghantar anak mereka untuk tinggal bersama dengan nenek remaja tersebut di Kampung Landeh kira-kira dua bulan yang lepas disebabkan mereka sukar untuk mendisiplinkannya.

Tanpa disedari mereka, nenek tersebut terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk mengurusk…

Gumpy sukarela serah diri kepada polis

Kata-kata ckk : Ini ialah sambungan entri lepas pasal  tidak jadi mencuri kerana diketawakan ...

Seorang lelaki berpakaian gumpy yang cuba mencuri minggu lepas telah menyerahkan diri secara sukarela kepada pihak penguatkuasa, menurut Gary Hassen, Pegawai dari Jabatan Polis San Diego.

Jacob Kiss cuba mencuri sebuah kedai 7-Eleven minggu lepas dengan berpakaian gumpy tetapi gagal kerana diketawakan oleh kerani yang sedang bertugas ketika itu di luar stor kedai. Kiss, 19, meninggalkan kedai itu dengan tangan kosong selepas tidak dilayan.
Hassen, detektif dari Unit Kecurian memberitahu bahawa suspek berkenaan memang disahkan terlibat dalam kejadian cubaan mencuri minggu lepas. Oleh sebab itu, pihak polis terpaksa menahan Kiss.
SDPD telah menyoal siasat Kiss dan rakannya, Jason Giramma sebelum membebaskan mereka buat sementara waktu untuk menunggu kes berkenaan difailkan. Manakala pakaian gumby yang dipakai oleh Kiss telah dirampas oleh detektif tersebut untuk siasatan lanjut.
Menurut Hassen, …

Belut masuki pundi air kencing lelaki

BEIJING - Seorang lelaki, Zhang Nan menghadapi saat cemas apabila seekor belut kecil yang digunakan dalam rawatan kecantikan memasuki pundi air kencingnya, lapor sebuah akhbar semalam.


Kejadian itu berlaku semasa dia berendam bersama sejumlah belut yang dipercayainya dapat menjadikan dia kelihatan muda lebih 10 tahun.

Nan menyelam di dalam sebuah tab mandi dan membiarkan haiwan tersebut memakan kulitnya yang telah matinya baru-baru ini.

Namun, selepas berada di dalam tab itu, dia merasa sakit seperti dicucuk.

Dia kemudiannya menyedari seekor belut kecil berada memasuki pundi kencingnya.

"Saya terus bangun selepas merasa sakit akibat gigitan belut itu," katanya yang berusia 56 tahun dan berasal dari Honghu, di wilayah Hubei.

Dia kemudiannya dibawa ke sebuah hospital dan menjalani pembedahan kecemasan selama tiga jam bagi mengeluarkan belut yang telah mati ketika dijumpai doktor.

Menurut seorang doktor, Jin Wang, belut kecil mampu memasuki kemaluan Nan kerana tubuh haiwa…

JAWATAN KOSONG 21

Seperti biasa, c-k-k akan kongsi jawatan kosong terbaru di sektor awam dan swasta ... bagi yang masih tercari-cari dan berminat mencari pekerjaan , anda boleh lah tengok-tengok senarai jawatan kosong di bawah ini .. untuk entri JAWATAN KOSONG 20 yang lepas , anda boleh lihat di SINI ... semoga berjaya !!!


Jawatan Kosong di Majlis Daerah Pendang
Jawatan Kosong di Kementerian Kewangan Malaysia
Jawatan Kosong di Bank Islam Malaysia Berhad
Jawatan Kosong di SME Bank
Jawatan Kosong di Pos Malaysia Berhad


Dua orang kaya dan pemandunya

Suatu hari ada dua orang kaya sedang duduk di cafe,
sambil menggosip pemandunya.

Orang kaya I : " Hei, kau tau tak, pemandu aku ini bodohnya
setengah mampus ! Kalau kau tak percaya cuba lihat nie."
Terus dia panggil pemandunya si King Kong " King Kong, ini
10 ringgit, pergi ke kedai kereta, dan belikan aku Mercedez."
King Kong pun menjawab dengan sopan, " Yes Sir !! Right A way !!"
Dengan pantas terus ke kedai kereta.

Orang kaya I itu beritahu ke temannya, " Nampak? Apa aku cakap....
dia buat betul-betul"

Orang kaya II : " Haha....itu belum apa-apa, kau nak tengok,
pemandu aku lagi teruk dari itu. Biar aku tunjukkan pada kau.
"Terus orang kaya II memanggil pemandunya Rambo.
"Rambo, pergi ke rumah aku, cuba lihat sama ada aku ada kat rumah ke tidak ?"
Rambo: " Yes Sir !! Right A Way !!" dan dia terus cabut ke rumah tuannya.

Orang kaya II beritahu kepada temannya tadi, " Nampak apa yang aku cakapkan ?
Dia tak ada…

Tidak jadi mencuri kerana diketawakan

Seorang lelaki yang berpakaian Gumby cuba merompak sebuah kedai 7-Eleven yang terletak di Rancho Penasquitos awal pagi isnin lepas. Bagaimanapun, usaha lelaki berkenaan tidak berjaya kerana kerani yang sedang menjaga kedai tersebut ketawa tanpa henti selepas melihat cara pemakaian lelaki itu.

Menurut Gary Hassen, seorang detektif San Diego, suspek memberitahu kerani bahawa dia baru sahaja merompak sebuah stor di Jalan Carmel Mountain.

Kerani itu yang menyangka lelaki berkenaan ingin membawanya bergurau, memberi respon yang dia tidak mempunyai masa bergurau kerana perlu membersihkan lantai kedai tersebut.

Daripada video yang dirakam melalui CCTV, lelaki berkenaan ada mempamerkan bentuk semacam pistol di dalam poketnya untuk menakutkan kerani itu.

Selepas tidak dilayan oleh kerani itu, suspek berkenaan meninggalkan kedai dengan sebuah van yang dipandu oleh rakannya.

Cubaan merompak itu berlaku kira-kira pukul 12.30 a.m pagi isnin. Apapun, kerani berkenaan tidak membuat sebarang laporan p…

Katil

Malek: Doktor, saya ada masalah besar. Setiap kali hendak tidur, saya mesti rasa macam ada orang di bawah katil. Sebaliknya bila saya tidur di bawah katil, saya rasa ada orang di atas. Saya rasa macam nak gila!

Doktor: Jgn bimbang. Bagi saya masa dua tahun, masalah awak akan selesai.Datang jumpa saya tiga kali seminggu.

Malek: Berapa bayarannya utk sekali pertemuan?

Doktor: Tak mahal..hanya RM 100 sahaja.

Enam bulan kemudian, doktor bertemu Malek sedang membeli-belah.

Doktor: Kenapa tak datang jumpa saya?

Malek: Masalah dah selesai. Penjaga kedai seberang jalan tu ubatkan saya.

Doktor: Ya..bagaimana?

Malek: Dia suruh saya potong kaki katil.....

Beli isteri orang

KAMPAR: Kemaruk mengidamkan isteri orang menyebabkan seorang ‘samseng miang’ tanpa segan silu berjumpa suami wanita berkenaan dan menawarkan wang ribuan ringgit bagi membeli isterinya.

Kejadian dilaporkan berlaku awal bulan ini dan lelaki terbabit yang berusia 23 tahun dengan selamba pergi ke rumah pasangan suami isteri di sini berjumpa suami wanita terbabit bagi bertanyakan harga yang mungkin dipersetujui.

Bagaimanapun, tindakan suspek yang sudah berumah tangga itu menyebabkan si suami naik angin lalu menghalau suspek tanpa mengetahui latar belakangnya yang memiliki pelbagai rekod jenayah.

Agak mengejutkan apabila penjenayah miang itu tidak memberikan sebarang reaksi, sebaliknya berlalu meninggalkan pasangan suami isteri berkenaan dalam keadaan terpinga-pinga.

Sehubungan itu, suami mangsa membuat laporan polis dan bertindak atas laporan itu suspek ditahan di rumah ibu bapanya di Taman Kledang Emas, Buntong di Ipoh pada Jumaat lalu serta direman sehingga Khamis ini untuk siasatan lan…

Pulangkan pick-up dicuri dengan notis minta maaf

ERIE - Pihak penguatkuasa Timur Laut Pennsylvania sedang menyiasat satu kes kecurian bersiri termasuk kehilangan sebuah pick-up yang kemudiannya dikembalikan dengan notis minta maaf.


Semua kejadian kecurian itu berlaku pada pagi isnin lepas di pekan Heidelberg. Pihak penguatkuasa mengesyaki bahawa kecurian itu dilakukan oleh orang yang sama.

Awal pagi isnin lepas, sekitar 3.00 a.m., dua pencuri dipercayai merompak sebuah rumah yang tidak berkunci dan mencuri beberapa peralatan rumah dan kad kredit.

Tidak lama selepas dua pencuri itu beredar dari rumah berkenaan, seorang pencuri lain telah mencuri sebuah kereta pick-up yang terletak di Blok 6200, Jalan Old Hanover. Jumlah jarak kereta berkenaan dipandu sebelum dikembalikan kepada pemilik adalah tidak diketahui.

Tiada kerosakan ditemui pada kereta pick-up itu. Ketika pihak penguatkuasa memeriksa bahagian dalaman kereta, mereka menemui sebuah notis pendek tanda minta maaf daripada pencuri itu yang ditulis dalam bahasa sepanyol.

Selepas…