Teknik tingkatkan trafik blog anda


Tahukah anda cara cepat nak tingkatkan trafik untuk blog?

Anda sudah memiliki blog, tetapi adakah blog anda dilawati oleh ramai pengunjung. Sudahkah anda semak dalam satu hari berapa ramai pengunjung yang melawati blog anda. Tanpa pengunjung coretan, tulisan, perkongsian atau bisnes online anda, tidak akan diketahui oleh sesiapa pun. Akhirnya anda akan menjadi lemah, hampa dan meninggalkan blog tersebut sepi. Kerana perkara ini, ramai pemilik blog putus asa dan tiada motivasi untuk terus berblog. Jadi macam mana cara cepat untuk tingkatkan trafik untuk blog anda. Salah satu cara adalah dengan membuat backlinks.

Apa itu backlink?

Bahasa mudah backlinks ialah link web atau blog anda yang terdapat di laman web atau blog orang lain. Semakin banyak link anda di laman-laman web lain, peluang untuk mendapat trafik adalah tinggi. Ini adalah salah satu teknik yang masih digunapakai oleh ramai orang dan yang paling penting Google melihat benda ini sebagai salah satu kaedah untuk PageRank Algorithm.

Cara nak buat backlink?


Gunakan kaedah blogwalking, apa tu? Macam mana anda sampai ke sini, itu tandanya anda sudah berjalan-jalan ke blog saya. Rajin-rajin lah melawat blog orang lain dan tinggalkan jejak di sana. Sekiranya ada ruang komen, tinggalkanlah komen-komen di sana. Jangan lupa letak sekali URL blog anda di sana, atau anda boleh membuat pertukaran Links (Link Exchange) dengan blog rakan-rakan anda, atau hubungi admin blog tersebut yang menawarkan Link Exchange. Mungkin anda ada perasaan blog yang mempunyai section Blogroll, Links, Friends atau Friend Networks. Itu ialah salah satu kaedah backlinks yang boleh tingkatkan trafik blog anda dengan cepat.

Saya tak tahu kat mana nak mula

Di bawah ni saya ada letakkan beberapa laman forum / blog / web yang boleh anda lawati dan tinggalkan URl anda di sana untuk tingkatkan trafik blog anda.

http://www.wangcyber.com/forum/
http://www.carigold.com/
http://forum.lowyat.net/
http://www.webmastermalaysia.com/

Tips cara cepat nak tingkatkan trafik untuk blog

Cari blog atau laman web yang mempunyai PageRank yang tinggi dan tinggalkan jejak anda di sana. Semak samada laman web atau blog yang anda komen tersebut mematuhi dofollow prosedur, kalau tidak sia-sia saja usaha anda. Check kat Firefox DoFollow Plugin  untuk mengetahui samada blog atau laman web tersebut dofollow atau bukan.


0 Response to "Teknik tingkatkan trafik blog anda"

Catat Ulasan

dzulCYBER