Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Julai, 2011

JAWATAN KOSONG 2

Jawatan Kosong Pos Malaysia Berhad

Pos Malaysia Berhad has been corporatised since 1992 and we are now accelerating our transformation journey. We employ more than 15,000 people, at more than 700 outlets, reaching 6 million addresses nationwide.With solid financial standing, we continue to deliver to our stakeholders the good performance that they expect, year in and year out. We are looking for highly dynamic professionals who are results driven to join us in the following position:

1. ASSISTANT VICE PRESIDENT, TALENT MANAGEMENT (Kuala Lumpur)

Requirements:
- Degree in Human Resource Managements (or related discipline).
- Minimum 3 years in talent management.
- Excellent in English presentation and communication skills.
- Fully proficient in spoken and written (English & Bahasa Melayu).
- Experience in leading a team.
- Software skills (Word, Excel, PowerPoint, etc).

2. ASSISTANT VICE PRESIDENT, REWARDS & REMUNERATION (Kuala Lumpur)

Requirements:
- Degree in Human Reso…

Lebar rumah 1.5m je???

POLAND - Seorang arkitek telah merekabentuk sebuah rumah paling sempit di dunia apabila rumah itu hanya mempunyai 1.5m lebar dan ianya boleh dimuatkan di antara dua blok menara di Warsaw. Rumah tersebut mempunyai satu bilik tidur, tandas dan ruang penyimpanan di tingkat empat.  Mengulas mengenai rekabentuk tersebut, arkitek Jakub Szczesny berkata: "saya melihat terdapat ruang kecil di antara dua blok menara di Warsaw. Jadi saya mula berfikir bagaimana hendak memanfaatkan ruang tersebut untuk kegunaan lain". 
Menurut Daily Mail, orang pertama yang pernah tinggal di rumah kecil itu ialah Etgar Keret, seorang penulis berasal dari Israel. Penulis tersebut perlu menggunakan ladder bersiri untuk bergerak dari satu ruang ke ruang lain. Tangga tidak dapat dimuatkan di rumah itu disebabkan lebarnya yang terlalu sempit.

Sebelum ini, rumah yang paling sempit di dunia terletak di Great Cumbrae, Pesisir Utara Ayrshire, Scotland. Rumah tersebut mempunyai lebar 1.18m di bahagian hadapan ruma…

Motosikal terhebat!!!

SWITZERLAND - Sebuah kenderaan ganjil yang terdiri daripada gabungan komponen kereta dan motosikal telah dicipta oleh seorang budak lelaki Switzerland berusia 17 tahun. Bagaimanapun, kenderaan ganjil itu telah diharamkan polis selepas mendapati ianya membahayakan para pemandu jalan raya yang lain.


Markus Sell, dari Jonschwil, Switzerland, didapati memandu dengan cara yang amat pelik dan melucukan. Tempat duduk kenderaan ganjil itu adalah bahagian belakang kereta manakala steering pula menggunakan bahagian hadapan motosikal.

Ketika pertama kali memandu kenderaan itu di atas jalan raya, beliau sudah menguji keupayaannya pada kelajuan lebih daripada 110km/h. Bagaimanapun, beliau telah disekat oleh polis trafik ketika memandu di jalan raya dan akhirnya kenderaan itu diharamkan.

Menurut polis, budak lelaki itu sebelum ini sudah banyak kali melanggar undang-undang ditambah pula dengan kenderaan ganjil yang dipandunya tidak mengambarkan samada ianya sejenis kenderaan atau bukan.

Sumber asal

Huh!!!

Apa dah jadi ngan mamat nie??? Mabuk ker???

Lembu di atas bumbung bangunan

MANCHESTER - Seekor lembu hitam didapati berada di atas bumbung sebuah bangunan yang berada pada ketinggian 1.98m dari aras tanah. Lembu yang berasal dari Somerset, Blagdon, itu dipercayai melompat ke atas bumbung sebuah bangunan tanpa tersangkut dan mengalami kecederaan.


Gambar tersebut telah diambil oleh seorang budak lelaki berusia 17 tahun, William de Cothi. Dia merupakan satu-satunya yang telah mengambil gambar tersebut untuk dijadikan bukti supaya rakan-rakan beliau akan mempercayai ceritanya.

Di sebalik keupayaan lembu tersebut untk melompat pada ketinggian itu, ia telah dinobatkan sebagai pemenang program "Tense Showdown 2009" selepas mengalahkan seekor musang lain yang turut dirakam memasuki satu tiub kecil berukuran 75mm.

Sumber asal

Tanduk manusia...

SIYUAN - China - Seorang lelaki berusia 84 tahun menderita sejak dua tahun lepas apabila satu tanduk kecil berukuran 75mm tumbuh di belakang kepalanya.

Huang Yuanfan, 84, berkata tanduk kecil tersebut mula tumbuh dua tahun lepas dan ianya semakin membesar.

"Saya sudah cuba beberapa kali untuk memendek dan mencabut tanduk tersebut tetapi masih tiada perubahan berlaku, malahan semakin membesar".

Menurut Yuanfan lagi, panjang tanduk tersebut sudah mencecah 75mm dan masih belum menunjukkan tanda-tanda untuk berhenti.

"Saya sudah berjumpa dengan banyak doktor tetapi punca kepada ketumbuhan ini masih belum diketahui. Mereka pernah beberapa kali mencabut tanduk tersebut tetapi ianya tetap tumbuh semula".

Dalam satu lagi kes lain membabitkan seorang nenek berusia 101 tahun, beliau turut menderita akibat ketumbuhan tanduk di bahagian dahi kepalanya.

Zhang Ruifang pertama kali menyedari kewujudan tanduk di dahinya pada tahun 2009 dan kini panjangnya tersebut sudah menceca…

Perayaan Vegeterian...

THAILAND - Sempena sambutan Perayaan Vegeterian yang diadakan di Phuket, Thailand, seorang lelaki telah menusuk pipinya dengan dua tangkai nenas sehingga menembusi bahagian mulutnya. Upacara menusuk ini merupakan salah satu daripada perkara wajib yang harus dilakukan untuk memeriahkan lagi sambutan Perayaan Vegeterian.

JAWATAN KOSONG 1

Khusus kepada mereka yang berminat untuk mencari pekerjaan di sektor kerajaan, tiga sektor kerajaan mempunyai kekosongan yang boleh dipohon bergantung kepada kelayakan masin-masing. Rujuk di bawah untuk maklumat lanjut :


1. Jawatan Kosong di Universiti Teknologi MARA (UiTM)

Universiti Teknologi MARA (Perak) dengan ini mempelawa calon-calon Warganegara Malaysia yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan di Universiti Teknologi MARA
(Perak) bagi memenuhi Wawasan 2020 Negara.

   a). Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29
   b). Penolong Jurutera (Awam) J29
   c). Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran U29

Klik di sini untuk iklan jawatan
Klik di sini untuk borang permohonan

        Tarikh tutup permohonan : 5 Ogos 2011

2. Jawatan Kosong di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA)

Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan dan mempunyai tahap keyakinan serta berintegriti tinggi, berse…

Motosikal berukuran 22m...

Sebuah motosikal scooter telah diubahsuai menjadi motosikal paling panjang di dunia dengan ukuran 22m. Motosikal itu mengambil masa sebulan untuk diubahsuai dan boleh menampung penumpang sehingga 25 orang.


Pemilik motosikal, Colin Furze, 31, telah mengubahsuai motosikal tersebut di belakang rumah maknya untuk tujuan ingin mencipta satu lagi rekod lain dalam Guinness World Record. Sebelum ini, beliau pernah mengubahsuai motosikal scooter rakannya menjadi motosikal paling pantas di dunia dengan kelajuan sehingga 115km/h.

Untuk mencipta rekod tersebut, beliau telah memandu motosikal yang telah diubahsuai itu sejauh 1km pada kelajuan 57km/h.

Beliau berkata; "pada kali pertama saya memandu motosikal itu, saya fikir ianya tidak akan berfungsi dan jika berfungsi pun motosikal ini tidak mungkin akan mencapai kelajuan tinggi. Selepas menyesuaikan diri dengan cara pemanduan motosikal tersebut, ianya menjadi mudah walaupun agak meletihkan tangan akibat berat steering yang melampau.

Sebelum…

Hitler marah Singapura kalahkan Malaysia 5-3 pada 23 Julai 2011

Sambutan kuning untuk PM di KL Sentral: 10 ditangkap

Sepuluh orang termasuk pembantu ahli parlimen Ampang dan pemimpin pemuda PKR ditangkap di KL Sentral petang ini kerana berpakaian kuning dan cuba menyerahkan memorandum tuntutan BERSIH 2.0 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.


Mohd Fareez Kamal Intidzam, pembantu kepada Zuraida Kamaruddin, ditahan oleh sekumpulan anggota polis sejurus sebelum ketibaan Najib dan rombongannya.

"Ironinya, seorang daripada kami memakai jersi bolasepak pasukan Malaysia dan saya sendiri memakai warna merah 'Patriot' ketika kami ditangkap,” kata Fareez kepada Malaysiakini .
Semua mereka yang ditahan kemudiannya dibawa ke balai polis Travers.

Selain Fareez, timbalan ketua penerangan pemuda PKR Rozan Azem Mat Rasip adalah antara mereka yang ditangkap.

Najib dan beberapa anggota jemaah menteri menaiki kereta api laju Express Rail Link, dari Putrajaya menuju ke stesen KL Sentral bagi mengedarkan bendera Jalur Gemilang menjelang sambutan hari kebangsaan pada 31 Ogos ini.


Beliau dan rombongan…

Senjata sulit Malaysia malam ini...

Kepada semua peminat bola sepak tanahair, anda jangan riasu kerana malam ini Malaysia mempunyai senjata sulit yang memastikan Malaysia tidak dibolosi tetapi akan membolosi....Tengok gambar di bawah.

Itik berkaki 4 dilahirkan...

Seekor itik yang diberi nama "Stumpy" menarik perhatian dunia apabila dilahirkan dengan 4 kaki di Warrawee Duck Farm, New Forest, Hampshire, pada 7 februari 2011. Lebih menarik lagi itik ini dilahirkan dengan satu sayap sahaja.


Bagaimanapun, satu daripada kaki itik itu terlerai dari badannya selepas mengalami kemalangan ketika cuba melepaskan diri akibat tersangkut di pagar. Ini menjadikan Stumpy hanya memiliki tiga kaki saja.
Di sebalik kemalangan itu, ianya merupakan satu kebaikan bagi itik tersebut. Stumpy boleh merayau dan berjalan secara bebas dengan itik yang lain tanpa berhadapan dengan risiko tersangkut sehingga membahayakan nyawanya sendiri.


Pemilik ternakan, Nicky Janaway, berkata "dia sekarang hanya mempunyai tiga kaki dan satu sayap. Ketika kaki dia tersangkut di pagar, dia berjaya melepaskan diri tetapi tidak merasa apa-apa kesakitan walaupun kakinya terlerai. Kami telah mengubati luka pada bahagian kakinya dan membalut luka tersebut. Kebaikan daripada ke…

Signboard yang merapu...

"Dial 999 for Coastguard, Police, Fire or Ambulance" telah dipilih sebagai signboard paling merapu apabila hanya mengandungi tiga nombor digit (1, 2 & 3) pada telefon awam di bawah signboard itu. Perhatikan gambar di bawah. Orang awam tidak mungkin dapat menelefon 999 kerana digit 9 tidak terkandung pada telefon itu.


Selain daripada signboard merapu yang dipaparkan di atas, terdapat juga beberapa signboard lain yg melucukan dan tidak masuk akal untuk dijadikan panduan bagi orang awam. Perhatikan gambar di bawah.

Nama signboard : Buaya makan orang yang duduk di atas kerusi roda 



Sumber

Lelaki vs Wanita

Berikut ada senarai perbandingan lelaki melawan perempuan:
Tahap bau perempuan ialah 75% lebih tinggi daripada lelaki.Tahap homoseksual wanita dua kali lebih tinggi daripada lelaki pada usia 45 tahun.Mata lelaki kebanyakkannya lebih besar daripada wanita.Hidung lelaki lebih besar daripada wanita.Bibir wanita lebih leper dan besar berbanding lelaki.Wanita mempunyai sel darah 1 juta lebih sedikit daripada lelaki.Berat purata otak lelaki lebih 1.4kg berbanding wanita.Wanita lebih berani daripada lelaki. Keupayaan meramas tangan lelaki dua kali lebih tinggi daripada wanita.Kira-kira 48 % lelaki berdengkur ketika tidur berbanding hanya 22 % bagi wanita.Wanita secara puratanya memerlukan 153 saat untuk berada di tandas berbanding hanya 113 saat bagi lelaki.Wanita tidur 1 jam lebih lama daripada lelaki pada waktu malam. 95% penghuni penjara ialah lelaki.Wanita dua kali ganda lebih banyak hidup sendirian berbanding lelaki pada usia 65 tahun.Sperma lelaki menentukan jenis jantina bayi. 15. Ba…

7 fakta pelik...

Senarai di bawah ialah tujuh fakta pelik yang menarik untuk diketahui.

1. Dalam tempoh 18 bulan, dua ekor tikus boleh membiak lebih dari
    SEJUTA ANAK TIKUS.

2. Satu-satunya makanan yang tidak akan busuk ialah MADU.

3. Setiap lipstik mengandung SISIK IKAN.

4. Nama yang paling banyak digunakan di dunia ialah MOHAMMED.

5. Persamaan di antara BAJU KALI PELURU, PRINTER LASER, TANGGA
    KECEMASAN dan WIPER KENDERAAN ialah semuanya ditemui oleh
    perempuan.

6. Memakai headphone selama satu jam dapat menstimulasi perkembangan
    BAKTERIA dalam telinga sebanyak 700 KALI GANDA.

7. Siput boleh tidur selama 3 TAHUN.

Paris Hilton jadi islam

JEDDAH - Arab Saudi - Artis terkenal, Paris Hilton telah menukar agama kepada islam menurut jurucakap beliau, Ian Brinkham melalui media CBS. Dengan menukar agama kepada islam, beliau telah mengambil keputusan untuk meninggalkan cara hidup lama sebagai selebriti dan artis terkenal.


Katanya "saya telah menemui kedamaian dalam hidup saya selepas menganut islam. Sebelum ini, saya lebih dikenali sebagai seorang yang tidak bermoral, rendah akhlak dan sanggup melakukan kerja-kerja kotor, tetapi sekarang semua itu sudah berubah. Pujian hanya kepada Allah".

Paris Hilton telah menukar namanya kepada 'Tahirah' yang bermaksud suci dalam bahasa arab. Beliau akan mula memasuki sekolah agama islam pada julai ini. Tindakan mengejut Paris Hilton ini pastinya akan menjadi igauan buruk bagi selebriti-selebriti terkenal yang lain.

Sumber

Pokok rambutan berbuah pisang

Satu lagi kejadian pelik berlaku apabila pokok  rambutan menghasilkan buah pisang.

Pokok pisang tumbuh di dahan pokok rambutan

MUAR JOHOR : Dua batang pisang bersaiz kira-kira 15mm didapati tumbuh di dahan pokok rambutan yang berusia separuh dekad. Perkara ajaib ini ditemui oleh sepasang keluarga yang mendiami kawasan itu.


Menurut pemilik pokok rambutan, suaminya sedang membakar daun-daun pokok di bawah pokok rambutan. Dia hanya perasaan perkara itu apabila mendongak ke atas dan ternampak dua pokok pisang di atas dahan poko rambutan.

Senyuman menggoda...

SUM41 datang ke Malaysia

Kumpulan SUM41akan datang ke Malaysia untuk mengadakan konsert besar-besaran.Konsert itu akan diadakan di Kompleks Sukan Negara pada 08 oktober 2011 bersamaan hari sabtu. Kedatangan mereka akan menjadi pengubat kekecewaan para peminat selepas kegagalan mereka untuk datang ke Malaysia 10 tahun lepas.


Manusia terpendek di dunia

Junrey Balawing telah dinobatkan dalam Guinness World Records sebagai manusia hidup terpendek di dunia dan dianugerahkan dengan sijil Rekod Guinness daripada siri pengukuran yang dijalankan di selatan Filipina pada hari Ahad 12 Jun 2011. Balawing menyambut hari ulang tahunnya yang ke-18 pada hari tersebut dan menyatakan ini adalah hadiah hari jadi paling bermakna untuk dirinya. Balawing secara rasmi diukur pada pada 59.93 sentimeter atau 23.5 inci.


Anak sulung daripada empat beradik itu berjaya mengalahkan Khagendra Megar dari Nepal yang mempunyai ketinggian 67 sentimeter. Jenis penyakit yang menyebabkan terbantutnya tumbesaran beliau masih lagi belum diketahui sehingga kini, manakala pemeriksaan terus dijalankan untuk mengenalpasti punca tersebut.