Like Cerita Kosong Ku on Facebook →
USERS
-ARE CURRENTLY ON-
Written by PORUMAN | Khamis, 20 Jun 2013

Gambar sebenar Farah Nurizzati Salleh kini didedahkan - Ketika keluarga Redzwani Puteri tidak mahu lagi nama Shah Jaszle dikaitkan dengan Redzwani Puteri, ibu Shah Jaszle pula masih menafikan status pertunangan mereka sudah berakhir. Semalam, Shah Jaszle dan ibunya telah datang bersemuka dengan Farah Nurizzati Salleh yang ditemani abangnya, Muaz di sebuah restoran di Bangsar Utama untuk berbincang dan melempiaskan amarahnya. 

Inilah gambar sekitar pertemuan dua hala antara Shah Jaszle dan Farah Nurizzati Salleh. Akhirnya, admin dapat juga melihat wajah sebenar Farah Nurizzati Salleh yang kini hangat meniti di laman-laman hiburan kerana pengakuan beraninya menerusi rancanan Melodi berkenaan pembohongan Shah Jaszle.



Written by PORUMAN |

Gambar sekitar kebakaran 50 buah rumah di Kg Datu Sibu Sarawak - Negeri Sarawak sekali lagi gempar dengan insiden kebakaran 50 buah rumah di kampung Datu Sibu Sarawak yang berlaku kira-kira jam 4.00 petang semalam. Jika bulan lepas, kita dikejutkan dengan insiden tenggelamnya bot express sehingga mencedera dan mengorbankan nyawa, berita kebakaran yang berlaku semalam dilihat lebih dahsyat dan menyayat hati.

Sehingga kini, punca berlakunya kebakaran itu masih belum diketahui manakala jumlah mangsa yang terkorban dan cedera masih dalam siasatan. Admin berharap setiap keluarga yang menjadi mangsa kebakaran ini akan dapat bersabar dan bertenang. Berikut ialah beberapa keping gambar sekitar kebakaran di Kampung Datu Sibu Sarawak.












Written by PORUMAN |

Senarai terkini jawatan kosong SPA Jun 2013 - Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk memohon sebarang jawatan kosong yang berkaitan seperti tertera di bawah. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang atau portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam. Semoga berjaya.



Written by PORUMAN |

Gambar Eddie CRK, kekasih baru Raja Azmi - Selepas putus cinta dengan pemuda berusia 27 tahun dikenali Hafiz kira-kira lima bulan lepas, kini Raja Azmi telah menemui penggantinya. Eddie, 45, yang merupakan bekas pemain bass kumpulan rock terkenal, CRK pada era 90-an dan berstatus duda dua anak selepas kematian isterinya beberapa tahun lalu, menjadi pilihan Raja Azmi sebagai kekasih.

Nampaknya, peminat merestui hubungan dua selebriti ini memandangkan perbezaan umur mereka tidak terlalu jauh berbanding antara Raja Azmi dan Hafiz. Jarak usia mereka berdua hanya 9 tahun dan cukup ideal jika serius untuk mendirikan rumahtangga dalam masa terdekat.

Untuk makluman, Raja Azmi telah bercerai dengan Jailani Sidek setahun lepas kerana tidak ada persefahaman. Hasil perkahwinan mereka, Raja Azmi dan Jailani Sidek telah dikaruniakan tiga orang anak dan dua orang cucu.

Sehingga kini, hubungan cinta antara Eddie dan Raja Azmi sudah terjalin sejak 5 bulan lalu namun mereka lebih suka merahsiakannya kerana mahu mengenali hati budi masing-masing terlebih dahulu. Di bawah ini, admin ingin berkongsi beberapa keping gambar Eddie CRK yang berjaya menambat hati Raja Azmi.





Written by PORUMAN | Rabu, 19 Jun 2013

Shah Jaszle putus tunang dengan Redzwani Puteri - Susulan penjelasan terperinci wanita dikenali Farah yang ditangkap khalwat bersama Shah Jaszle empat minggu lepas menerusi Harian Metro semalam, tunangnya Redzwani Puteri dikhabarkan telah memutuskan pertunangan mereka dengan serta-merta.

Berita mengejut ini telah dikongsikan sendiri oleh laman blog katakcomel. Admin pun sangat terkejut kerana sampai begitu teruk sekali rentetan konflik yang berlaku antara Shah Jaszle dan Redzwani Puteri.

Lebih menarik, selepas mengetahui keputusan tunangnya untuk putus, Shah Jaszle menjadi bengang sehingga datang dan mengamuk di sebuah bank di Bangsar untuk mencari Farah yang menjadi punca segala-galanya. Beliau dikatakan sangat sakit hati dan marah kepada wanita berkenaan.

Akibat kekecohan yang ditimbulkan oleh Shah Jaszle di bank, pihak pengurusan perbankan terus mengarahkan Farah meletak jawatan dalam tempoh 24 jam. Persoalannya, kenapa wanita itu pula dipersalahkan sehingga diarah meletakkan jawatan serta-merta? Bukankah ianya kesilapan Shah sendiri kerana kegagalan beliau mengawal nafsu lelakinya?